SEREMBAN: Kelab Bola Sepak Negeri Sembilan (NSFC) merasmikan pembukaan pusat fisioterapi kelab itu dikenali sebagai NSFC Sports Physio Centre, di Wisma Persatuan Bolasepak Negeri Sembilan (PBNS) di sini.
Ketua Pegawai Eksekutif NSFC Faliq Firdaus berkata pusat berkenaan yang turut dibuka kepada orang awam, menyediakan fasiliti terbaik kepada para pemain NSFC selain menjadi antara cabang perniagaan untuk kelab bola sepak itu.
"Pusat fisioterapi ini disediakan untuk memenuhi keperluan atlet daripada pelbagai peringkat, sama ada profesional atau amatur yang ingin memulihkan kecederaan. Selepas ini, semua pemain profesional NSFC akan menjalani rawatan rehabilitasi di pusat ini.
"Pusat ini juga adalah sebahagian daripada usaha NSFC untuk memperbaharui pelan perniagaan kelab di samping mendekatkan diri dengan khalayak ramai," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian pusat berkenaan di sini semalam.
Terdahulu, Tunku Besar Tampin Tunku Syed Razman Tunku Syed Idrus Al-Qadri yang juga Presiden PBNS dan Pengerusi NSFC merasmikan pusat fisioterapi itu yang menelan kos RM50,000.
Faliq berkata pusat yang merupakan hasil usaha sama NSFC dengan PhysioDoc itu merupakan satu langkah ke hadapan dalam memastikan kelestarian kelab dan kesejahteraan pemain terus terjaga.
Beliau berkata perkhidmatan yang disediakan merangkumi fisioterapi, urutan sukan dan bekam selain dilengkapi kemudahan terkini dan tenaga pakar berpengalaman untuk memastikan setiap individu mendapat layanan terbaik.
Sempena pembukaan itu, orang ramai ditawarkan diskaun sehingga 20 peratus untuk khidmat urutan sukan dan fisioterapi bermula 4 hingga 15 Julai ini.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 04 2024

Tunku Syed Razman (berdiri tiga, kanan) melihat demonstrasi fisioterapi ketika melawat NSFC Sports Physio Centre selepas Majlis Perasmian Pembukaannya di Wisma PBNS, Seremban, 3 Julai 2024. --fotoBERNAMA

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

NSFC buka pusat fisioterapi kepada atlet, orang awam
Pusat berkenaan menyediakan fasiliti terbaik kepada para pemain NSFC selain menjadi antara cabang perniagaan untuk kelab bola sepak itu.