JAGUH pecut negara, Mohd Haiqal Hanafi, terpaksa membatalkan penyertaan dalam Kejohanan Olahraga Terbuka Kazakhstan, bermula Sabtu ini selepas dikesan positif COVID-19.
Lebih malang, rakan sepelatihnya, Khairul Hafiz Jantan, selaku pemegang rekod kebangsaan juga terpaksa menarik diri apabila diletakkan sebagai kontak rapat.
Kedua-duanya tidak dibenarkan berangkat ke Kazakhstan ketika proses pendaftaran masuk di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Insiden itu disahkan ketua jurulatih negara, Mohd Mansahar Abd Jalil, dalam laporan wakil Astro Arena, Bazly Azmi, semalam.
"Saya terima makluman mereka terkandas di lapangan terbang.
"Kami sedang menunggu keputusan sebenar sebab saya masih ragu-ragu.
"Mereka sudah mengambil langkah yang diperlukan seperti ujian calitan untuk bertanding di luar negara.
"Jadi kami tidak dapat menilai prestasi sebenar Haiqal tetapi bukanlah kecewa, cuma perkara ini tidak dijangka.
"Khairul Hafiz juga nampaknya terpaksa dikuarantin dengan Haiqal," katanya.
Mujur baki sembilan lagi atlet negara dibenarkan meneruskan perjalanan termasuk pelari 110m berpagar negara, Rayzamshah Wan Sofian, yang memburu catatan masa terbaik di bawah 14 saat musim ini.
"Saya ingin menguji tahap keyakinan sendiri kerana sudah lama tidak bertanding di peringkat antarabangsa sebagai persiapan Sukan SEA 2021.
"Sasaran saya ialah catatan 13.9s. Misi ke Sukan Olimpik memang mustahil sebab tidak banyak kejohanan dilangsung sejak tahun lalu.
"Tapi saya mahu rampas semula pingat emas yang saya terlepas di Filipina."
Astro Arena
Tue Jun 15 2021

Haiqal (gambar) dan Khairul Hafiz tidak dibenarkan berangkat ke Kazakhstan ketika proses pendaftaran masuk di KLIA. - Foto fail/Astro ARENA
Sanusi mohon maaf kepada Amirudin, saman RM10 juta selesai
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, memohon maaf kepada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari di Mahkamah Tinggi di sini pada Rabu berhubung kes saman fitnah RM10 juta berkaitan kenyataan mengenai Projek Gerbang Maritim Selangor (SMG).
AWANI Tonight | 26 Feb 2025
AWANI Tonight with Hafiz Marzukhi
- Zelensky to visit White House after mineral deal agreed
- South Korea's birthrate rises for the first time in 9 years
- Zelensky to visit White House after mineral deal agreed
- South Korea's birthrate rises for the first time in 9 years
10 Berita Pilihan - (26 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Hampir 250,000 kes kanser dilaporkan hingga 2023, peratus kematian meningkat
Lima kanser utama ialah payudara, kolorektal, paru-paru, limfoma, dan hati.
AWANI Tonight: Maintaining neutral ground in ASEAN amid ongoing pressures
Donald Trump’s second term has seen shifts in U.S. foreign policy, impacting global alliances. Taylor’s University’s Julia Roknifard discusses how ASEAN is expected to navigate these evolving dynamics.
AWANI Tonight: Ensuring employee wellbeing amid rising medical costs
Malaysia’s medical cost inflation surged to 15% in 2024. Mun Kiat Ho from Mercer Marsh Benefits Malaysia shares insights on how employers can prioritise staff wellbeing amid escalating healthcare costs.

JAWI diminta selaras masjid dan surau, tingkatkan keselamatan
Perkara itu perlu dilaksanakan segera demi kemaslahatan para jemaah dan anak-anak kariah.

'Fokus saya RUU pekerja gig, bukan poster' - Steven Sim
Steven Sim tidak mahu isu remeh seperti dakwaan terhadap poster program Town Hall Pekerja Gig 2025, mengganggu usaha berkenaan.

Polis tahan empat individu, rampas 11kg heroin bernilai RM105,600
Ia bermula dengan tangkapan seorang lelaki dan hasil pemeriksaan di dalam sebuah kenderaan, ditemukan 10 bungkusan serbuk dan ketulan.
AWANI Ringkas: Sanusi mohon maaf kepada Amirudin
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Tokyo 2020: Jangan pandang rendah kemampuan Malaysia dalam acara keirin
Meskipun cabaran Malaysia dalam saingan pecut berakhir lebih awal, ia tidak boleh menjadi kayu ukur kepada peluang Azizulhasni dan Shah Firdaus dalam acara keirin.

Tokyo 2020: Ulangi pencapaian Bolt, status ratu pecut kekal milik Thompson-Herah
Wakil Jamaica itu telah melakar rekod kebangsaan terbaru 21.53 saat di Tokyo, catatan kedua terpantas dalam sejarah acara tersebut.

Tokyo 2020: Thompson-Herah terkejut pecah rekod Olimpik
Atlet kelahiran Jamaica untuk mempertahankan acara yang dimenangi di Rio 2016 dengan penuh bergaya.

Sukan Olimpik Tokyo: Azizulhasni tenang ranking dunia tergelincir
Tomohiro Fukaya yang pernah ditumbangkannya dalam Sukan Asia Indonesia 2018 mendaki puncak dunia menjelang temasya Tokyo 2020 yang bermula 23 Julai hingga 8 Ogos depan.

Olahraga Terbuka Kazakhstan: Haiqal Hanafi dikesan positif ketika di lapangan terbang
Khairul Hafiz Jantan juga terpaksa menarik diri apabila diletakkan sebagai kontak rapat.

13.48 saat untuk 100 meter, kanak-kanak ini dicanang pengganti Usain Bolt
Rudolph Ingram - hangat diperkatakan selepas dia merekodkan catatan masa terbaik 13.48 saat dalam 100 meter.

Polis tahan lelaki pecut kenderaan sejauh 12 kilometer
Suspek yang memandu kereta jenis Proton Saga memecut kenderaannya dari Jalan Ipoh-Lumut menghala ke Jelapang sebelum memandu melawan arus di Jalan Besar Jelapang ke arah Silibin.

Muhammad Shah Firdaus sah ke Olimpik 2020 - PKBM
E-mel daripada Ketua Jabatan Trek UCI, Gilles Peruzzi itu mengesahkan Malaysia meraih dua slot dalam acara keirin dan pecut individu pada temasya sukan terbesar dunia itu, bersama 36 negara lain.

Biarkan Haiqal terus dibimbing Poad
Program yang dilaksanakan Md Poad itu tampak berkesan dengan Badrul Hisyam dan Khairul Hafiz pernah mengecapi kemuncak prestasi, namun menurun setelah berlaku banyak campur tangan.

Aksi Azizulhasni tersekat di pusingan kedua acara pecut
Azizulhasni ketinggalan 0.916 saat (s) di belakang pelumba Jepun, Tomohiro Fukaya yang merekodkan 9.939s.