KUALA LUMPUR: Berbaki kurang 50 hari Sukan Olimpik Paris 2024 membuka tirai, Majlis Olimpik Malaysia (MOM) masih belum menetapkan jumlah sasaran pingat bagi temasya itu yang akan berlangsung pada 26 Julai hingga 11 Ogos ini.
Presidennya, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berkata, pihaknya perlu mengadakan perbincangan bersama Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh terlebih dahulu serta Majlis Sukan Negara (MSN) bagi menetapkan sasaran tersebut agar selari dengan program 'Road to Gold.'
Beliau berkata, antara yang akan diperhalusi secara menyeluruh adalah sama ada Olimpik Paris akan menggunakan formula 'sasaran tanpa warna pingat' yang diperkenalkan pada Sukan Asia Hangzhou 2022.
"Saya belum berkesempatan bincang dengan Hannah berkenaan perkara ini. Kita akan bincangkan apakah langkah terbaik (kerana) kebanyakan atlet punya impian ialah untuk pergi ke Olimpik (selain) tidak mahu atlet berada dalam keadaan tertekan.
"Dia (atlet) sudah berusaha empat tahun nak sampai kepada peringkat itu jadi langkah terakhir ialah untuk kita memberi sokongan sekuat-kuatnya kepada mereka," katanya selepas menghadiri Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) antara MSN dan Persatuan Sukan Kebangsaan di Casa 4, MSN di Bukit Jalil, di sini, pada Selasa.
Sebelum ini Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) mengumumkan sasaran pingat emas di temasya sukan terbesar dunia itu, seiring dengan impian jaguh berbasikal trek negara Datuk Muhammad Azizulhasni Awang.
Sementara itu, Mohamad Norza menjangkakan kontinjen Malaysia akan diperkuatkan dengan 24 atau 25 atlet berbanding 18 atlet yang kini sudah melayakkan diri ke Paris selain mengharapkan mereka dapat mengelakkan kecederaan.
Ditanya berhubung pembawa bendera pada sukan itu, beliau berkata, perkara itu belum dibincangkan. - BERNAMA
Bernama
Tue Jun 11 2024

Mohamad Norza berkata, antara yang akan diperhalusi secara menyeluruh adalah sama ada Olimpik Paris akan menggunakan formula 'sasaran tanpa warna pingat' yang diperkenalkan pada Sukan Asia Hangzhou 2022. - Gambar fail/Bernama
AWANI Ringkas: JIM gempur flat Chow Kit, tahan 124 PATI
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Saya sokong menggantung lesen atas kesalahan yang serius '- YB Jelutong
Menteri Pengangkutan berkata lesen tidak boleh dibatal sewenang-wenangnya oleh JPJ. Hukuman untuk menggantung lesen bergantung kepada tahap keseriusan dan ditentukan oleh mahkamah. #AWANInews

Pengasuh dengar suara Zayn Rayyan cuba lepaskan diri daripada seseorang
Pengasuh Zayn Rayyan telah mendengar suara kanak-kanak autistik itu seakan-akan mahu melepaskan diri daripada seseorang di Blok R, Pangsapuri Idaman pada 5 Disember 2023 lalu.

Sun Life Malaysia lantik Noor Azam Mohd Yusof sebagai CEO unit takaful
Sun Life Malaysia (Sun Life) melantik Noor Azam Mohd Yusof sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sun Life Malaysia Takaful Bhd (SLMT) berkuat kuasa 3 Feb, 2025.
'Kapal yang berlabuh tidak perlu serah dokumen secara fizikal'-Anthony
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke telah mengumumkan satu aplikasi di mana semua dokumen kapal yang berlabuh tidak perlu diserahkan secara fizikal dan akan dilakukan secara dalam talian. #AWANInews

Tol MLFF dilaksana PLUS usaha konsesi sendiri - Ahmad Maslan
Sistem Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF) yang akan dilaksanakan oleh PLUS adalah atas usaha persendirian syarikat konsesi itu.
'Tapi sedih dia tak jemput' - Timbalan Yang di-Pertua
Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Datuk Seri Fadillah Yusof mengucapkan ucapan selamat pengantin baru kepada YB Sandakan dan Timbalan Yang di-Pertua berseloroh bahawa tidak dijemput ke majlis tersebut. #AWANInews

Penyanyi rap A$AP Rocky bebas tuduhan serangan senjata api
Penyanyi Rap Amerika Syarikat, A$AP Rocky dibebaskan daripada pertuduhan serangan jenayah, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
PETRONAS masih di peringkat awal eksplorasi- Azalina
PETRONAS masih di peringkat awal aktiviti eksplorasi bagi Lembangan Langkasuka dengan perolehan data seismik 2D selesai pada 2024.

Mara ke pusingan 16 ACLE: Pemain beri persembahan terbaik mereka - Hector Bidoglio
Ketua Jurulatih JDT Hector Bidoglio bangga dengan kejayaan anak buahnya mara ke pusingan 16 saingan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE).

Sukan SEA 2025: Penganjur tambah jumlah acara di luar jangkaan - MOM
Sukan SEA 2025 di Thailand berpotensi menjadi edisi yang menawarkan jumlah pingat emas terbanyak, dengan 585 acara dijangka dipertandingkan dari 9 hingga 20 Dis di Bangkok, Chonburi, dan Songkhla.

MOM harap pindah ke bangunan baharu menjelang Sukan SEA 2027 - Nazifuddin
Majlis Olimpik Malaysia (MOM) berharap dapat beroperasi dari bangunan baharu dikenali sebagai Olympic House Malaysia, menjelang Sukan SEA 2027 yang bakal dianjurkan Malaysia.

MOM ucap tahniah kepada Norza atas pelantikan sebagai Presiden Kehormat Seumur Hidup BAM
Majlis Olimpik Malaysia merakamkan ucapan tahniah kepada Presidennya Tan Sri Mohamad Norza Zakaria atas pelantikannya sebagai Presiden Kehormat Seumur Hidup Persatuan Badminton Malaysia.

Persekutuan Sukan Komanwel tolak permintaan Malaysia anjur badminton
Persekutuan Sukan Komanwel (CGF) menolak permintaan Malaysia untuk menganjurkan sukan badminton di sini bersempena Sukan Komanwel 2026.

Glasgow 2026: MOM akur sukan prospek pingat digugurkan
Mohd Nazifuddin berkata langkah yang dibuat tuan rumah itu tidak dapat dielakkan selepas Victoria, Australia menarik diri tahun lepas.

MOM cadang sistem baharu pemilihan atlet ke Sukan SEA 2025
Sistem itu bakal menyaksikan hanya atlet yang benar-benar terbaik, akan disenaraikan pada temasya dwitahunan berkenaan.

MOM biayai sendiri kos delegasi ke Olimpik Paris 2024 - MSN
MSN turut menjelaskan kos pembiayaan bagi tetamu MOM pula ditanggung oleh pihak-pihak berkenaan dan tidak melibatkan dana kerajaan.

Norza guna dana sendiri bawa keluarga ke Olimpik Paris 2024 - MOM
Majlis Olimpik Malaysia (MOM) memaklumkan Presidennya, Tan Sri Norza Zakaria tidak menggunakan dana kerajaan untuk perjalanan keluarganya ke Sukan Olimpik 2024 di Paris, Perancis.

Kem badminton tahu apa yang diharapkan di Paris - Rexy
Kem badminton negara tahu apa yang diharapkan oleh pemegang taruh dan rakyat pada Sukan Olimpik Paris 2024 yang bakal berlangsung dari 26 Julai hingga 11 Ogos ini, iaitu kilauan pingat emas.

Sukan SEA 2027: MOM percaya KBS segera ambil langkah wajar pendirian Sarawak
Langkah itu sekali gus dapat memastikan gerak kerja awal penganjuran temasya dwitahunan berkenaan dapat dilaksanakan secepat mungkin.