ARUWIN Salehhuddin tenang dan sedang menghayati keseronokan meluncur di Beijing walaupun akan membuat penampilan pertamanya dalam acara alpine skiing, Sukan Olimpik Musim Sejuk, Isnin ini.
Dia di samping seorang peserta lelaki, Jeffrey Webb, merupakan kontinjen kelima dalam upacara perasmian di stadium Sarang Burung itu apabila mengibarkan Jalur Gemilang dengan megah, malam tadi.
Mereka mengenakan persalinan musim sejuk berwarna hijau gelap dan hitam selain dilengkapi topi putih tertera bendera Malaysia.
Selepas meluncur di beberapa lokasi di sana, Aruwin sudah bersedia untuk beraksi dalam kategori giant slalom wanita apabila berpeluang menguji Xiaohaituo Alpine Skiing Field, pada Ahad.
"Semangat saya berkobar-kobar untuk penyertaan sulung Sukan Olimpik Musim Sejuk ini.
"Acara perasmian semalam satu detik yang sangat memukau buat saya, begitu juga Jeffrey.
"Sejak tiba di Beijing, saya berkesempatan menyertai beberapa perlumbaan dan latihan yang baik," katanya yang bakal bertanding dalam slalom wanita, Rabu depan.
Acara giant slalom lelaki melibatkan Jeffrey pula berlangsung 16 Februari depan.
Aruwin muncul pemain wanita pertama negara yang layak ke temasya itu selepas layak secara merit menerusi ranking dunia.
Astro Arena
Sat Feb 05 2022

Aruwin dan Jeffrey mewakili kontinjen Malaysia dalam upacara perasmian Sukan Olimpik Musim Sejuk di Beijing malam tadi. - Foto Astro ARENA

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

Olimpik Musim Sejuk 2022: Aruwin pamer aksi cemerlang
Peluncur ais Negara, Aruwin Salehhuddin meraih keputusan membanggakan dalam penampilan sulung pada Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022.

Olimpik Musim Sejuk: Aruwin tenang hadapi aksi pertama
Dia di samping seorang lelaki peserta, Jeffrey Webb, merupakan kontinjen kelima dalam upacara perasmian malam tadi.

Cabaran Malaysia di Olimpik Musim Sejuk Beijing bermula
Kontinjen negara memperagakan persalinan musim sejuk berwarna hijau gelap serta hitam, selain dilengkapi topi salji berwarna putih tertera Jalur Gemilang di bahagian depan.

Dua atlet Malaysia ke Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing 2022
Malaysia berkemungkinan besar akan diwakili oleh dua atlet, seorang lelaki dan seorang wanita di Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing 2022, yang dijadualkan dari 4 hingga 20 Feb tahun hadapan.