KUALA LUMPUR: Kira-kira dua minggu menjelang Sukan Olimpik Paris 2024, debaran pastinya kian dirasai pemain-pemain badminton negara apatah lagi selepas undian oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) semalam.
Kesemua pemain negara kini boleh mencatur strategi kecuali juara dunia beregu lelaki 2022 Aaron Chia-Soh Wooi Yik yang belum mengetahui saingan mereka pada temasya terbesar itu.
Undian bagi acara beregu lelaki tidak diadakan semalam apabila BWF memaklumkan ia akan dibuat pada satu tarikh yang bakal ditentukan susulan perbicaraan di Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS).
Dalam berdepan lonjakan adrenalin itu, pemenang tiga kali pingat perak Olimpik Datuk Lee Chong Wei mempunyai mesej ringkas untuk pemain: 'Jangan biarkan tekanan menguasai anda tetapi fokus untuk mengharumkan nama negara'.
Menerusi undian berkenaan, beregu wanita utama negara Pearly Tan-M. Thinaah berdepan tugas sukar apabila berada dalam kumpulan bersama pilihan utama dari China Chen Qing Chen-Jia Yi Fan dalam Kumpulan D.
Turut berada dalam kumpulan sama, beregu ranking keenam dunia Mayu Matsumoto-Wakana Nagahara dari Jepun dan beregu nombor sembilan dunia Apriyani Rahayu-Siti Fadia Silva Ramadhanti dari Indonesia.
Meskipun berdepan laluan sukar, Chong Wei berharap Pearly-Thinaah dapat mempamerkan aksi terbaik dan memanfaatkan setiap detik di gelanggang dalam penampilan sulung mereka di Olimpik.
"Nikmati permainan dan jaga kesihatan diri," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Dalam pada itu pemain perseorangan profesional lelaki negara Lee Zii Jia mendapat laluan mudah untuk melepasi peringkat kumpulan dengan diundi bersama pemain ranking ke-72 dunia dari Sri Lanka, Viren Nettansinghe dan pemain nombor 63 dunia dari Sepanyol Pablo Abian dalam Kumpulan G.
Bagi acara perseorangan wanita, pemain profesional negara Goh Jin Wei diundi bersama Kim Ga Eun dari Korea Selatan dan pemain Afrika Selatan Johanita Scholtz dalam Kumpulan H.
Beregu campuran negara Chen Tang Jie-Toh Ee Wei turut berpeluang cerah melepasi peringkat kumpulan apabila diundi dalam Kumpulan D bersama pilihan kedua dari China Feng Yan Zhe-Huang Dong Ping, beregu Amerika Syarikat Vinson Chiu-Jennie Gai dan pasangan Singapura Terry Hee Yong Kai-Jessica Tan Wei Han.
Hanya juara kumpulan bagi acara perseorangan dan dua beregu teratas dalam kumpulan layak ke peringkat suku akhir.
Saingan badminton Olimpik Paris akan berlangsung di Porte de la Chapelle Arena pada 27 Julai hingga 5 Ogos ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 13 2024
![Olimpik Paris 2024: Jangan biar tekanan menguasai - Chong Wei Olimpik Paris 2024: Jangan biar tekanan menguasai - Chong Wei](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720856208_DLCWsidahmedia.jpg)
Datuk Lee Chong Wei berpesan supaya pemain negara tidak membiarkan tekanan menguasai diri. - Gambar fail
![Keharmonian, kesejahteraan dan keadilan sosial teras ketamadunan bandar - Dr Zaliha Keharmonian, kesejahteraan dan keadilan sosial teras ketamadunan bandar - Dr Zaliha](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739655954_TBAaronAgoDagang.jpg)
Keharmonian, kesejahteraan dan keadilan sosial teras ketamadunan bandar - Dr Zaliha
Tidak ada maknanya ibu negara memiliki bangunan pencakar langit tertinggi, tetapi masih ada rakyat yang bergelut dalam kesukaran hidup.
![Dihukum kad merah, Selangor FC tetap benam PDRM FC 3-2 Dihukum kad merah, Selangor FC tetap benam PDRM FC 3-2](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739655416_TBChallengeCup.jpg)
Dihukum kad merah, Selangor FC tetap benam PDRM FC 3-2
Selangor dan PDRM seterusnya akan bertemu sekali lagi bagi final kedua pada 22 Feb ini di venue yang sama.
![MOF jangka peruntukan Kampung Angkat MADANI dibelanjakan sepenuhnya tahun ini MOF jangka peruntukan Kampung Angkat MADANI dibelanjakan sepenuhnya tahun ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739654077_TBAmirHamzah.jpg)
MOF jangka peruntukan Kampung Angkat MADANI dibelanjakan sepenuhnya tahun ini
Peruntukan itu, yang diumumkan dalam Belanjawan 2024, bertujuan merapatkan jurang antara desa dan bandar dengan menyediakan kemudahan diperlukan.
![Selangor pastikan pemilihan jenis sukan di SUKMA 2026 adil kepada semua Selangor pastikan pemilihan jenis sukan di SUKMA 2026 adil kepada semua](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/71732712031_NajwanHalimi.jpg)
Selangor pastikan pemilihan jenis sukan di SUKMA 2026 adil kepada semua
Selangor akan memastikan pemilihan jenis sukan yang dipertandingkan pada Sukan Malaysia (SUKMA) 2026 adil kepada semua negeri.
![Lebih 16,000 laporan berkaitan bahan penderaan seksual kanak-kanak tahun lepas Lebih 16,000 laporan berkaitan bahan penderaan seksual kanak-kanak tahun lepas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739623650_DatinWongPoiHong.jpg)
Lebih 16,000 laporan berkaitan bahan penderaan seksual kanak-kanak tahun lepas
Sebanyak 16,328 laporan direkodkan berkaitan bahan penderaan seksual kanak-kanak (CSAM) di negara ini sepanjang tahun lepas.
![Tular: Penjual jagung papar notis berunsur perkauman dikecam Tular: Penjual jagung papar notis berunsur perkauman dikecam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739636564_Videotular.jpg)
Tular: Penjual jagung papar notis berunsur perkauman dikecam
Baru-baru ini tular satu rakaman di media sosial yang memaparkan notis berunsur perkauman oleh seorang penjual jagung bakar di Kota Warisan, Sepang.
![Kerajaan sasar tambah van khidmat guaman bergerak bantu rakyat B40 Kerajaan sasar tambah van khidmat guaman bergerak bantu rakyat B40](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739628918_MKulasegaranJust.jpg)
Kerajaan sasar tambah van khidmat guaman bergerak bantu rakyat B40
Ketika ini terdapat lima van bergerak tersedia termasuk tiga yang diperoleh sewaktu kepimpinan Kerajaan MADANI.
![Industri automotif China, Eropah miliki potensi kerjasama besar - Menteri Perdagangan China Industri automotif China, Eropah miliki potensi kerjasama besar - Menteri Perdagangan China](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/71663595871_car.jpg)
Industri automotif China, Eropah miliki potensi kerjasama besar - Menteri Perdagangan China
Industri automotif di China dan Eropah mempunyai asas kukuh serta potensi besar untuk bekerjasama, kata Menteri Perdagangan China, Wang Wentao.
Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.
10 Berita Pilihan - (15 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Majlis penutup Sukan Olimpik Paris 2024 diadakan di Stade de France Majlis penutup Sukan Olimpik Paris 2024 diadakan di Stade de France](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41723367719_TBSTADEDEFRANCE.jpg)
Majlis penutup Sukan Olimpik Paris 2024 diadakan di Stade de France
Majlis penutup itu akan menampilkan persembahan daripada Red Hot Chili Peppers, Billie Eilish dan Snoop Dogg.
![Olimpik Paris 2024: Azizulhasni dibatalkan penyertaan dalam pusingan pertama Olimpik Paris 2024: Azizulhasni dibatalkan penyertaan dalam pusingan pertama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71723304665_TBAzizulhasni.jpg)
Olimpik Paris 2024: Azizulhasni dibatalkan penyertaan dalam pusingan pertama
Azizulhasni dilihat memotong terlalu awal sebelum derny keluar sepenuhnya daripada trek.
![Tola dari Ethiopia rangkul emas maraton lelaki dengan rekod Olimpik baharu Tola dari Ethiopia rangkul emas maraton lelaki dengan rekod Olimpik baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51723298203_TBTamiratTola.jpg)
Tola dari Ethiopia rangkul emas maraton lelaki dengan rekod Olimpik baharu
Tola melepasi garisan penamat dengan catatan masa 2:06:26, mengatasi rekod Sukan Olimpik sebelum ini iaitu 2:06:32 oleh Samuel Wanjiru dari Kenya.
![Mohamad Aniq gembira sukan angkat berat mula dapat perhatian Mohamad Aniq gembira sukan angkat berat mula dapat perhatian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51723295144_AniqKasdan.jpg)
Mohamad Aniq gembira sukan angkat berat mula dapat perhatian
Angkat berat kini lebih dikenali terutamanya selepas Aniq membuktikan bahawa Malaysia mampu memberi saingan di temasya sukan terbesar dunia itu.
![Olimpik Paris 2024: Nurul Izzah Izzati terkandas, Azizulhasni mara Olimpik Paris 2024: Nurul Izzah Izzati terkandas, Azizulhasni mara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41723037492_NurulIzzahIzzatiM.jpg)
Olimpik Paris 2024: Nurul Izzah Izzati terkandas, Azizulhasni mara
Nurul Izzah dilihat sedikit terkepung di dalam kelompok pelumba, sekali gus menyaksikan dia terpaksa akur menamatkan saingan di kedudukan ketiga.
![Olimpik Paris 2024: India hantar 40 penyaman udara untuk atletnya Olimpik Paris 2024: India hantar 40 penyaman udara untuk atletnya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51722700704_TBOLIMPIK.jpg)
Olimpik Paris 2024: India hantar 40 penyaman udara untuk atletnya
Atlet India yang mengambil bahagian dalam Sukan Olimpik Paris 2024 telah mengadu mengenai ketidakselesaan di Perkampungan Sukan Olimpik.
![Kritikan terhadap petinju Algeria berkaitan ujian jantina tidak boleh diterima - Presiden IOC Kritikan terhadap petinju Algeria berkaitan ujian jantina tidak boleh diterima - Presiden IOC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71722696406_TBIMANE.jpg)
Kritikan terhadap petinju Algeria berkaitan ujian jantina tidak boleh diterima - Presiden IOC
IOC meluluskan penyertaan Iman Khelif dalam kejohanan tinju wanita Olimpik walaupun petinju itu tidak layak bertanding pada Piala Dunia 2023.
![Olimpik Paris 2024: Kualiti air Sungai Seine merosot, latihan triatlon dibatalkan lagi Olimpik Paris 2024: Kualiti air Sungai Seine merosot, latihan triatlon dibatalkan lagi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51722677682_TBParis.jpg)
Olimpik Paris 2024: Kualiti air Sungai Seine merosot, latihan triatlon dibatalkan lagi
Hujan baru-baru ini menyebabkan sungai itu tidak selamat untuk atlet berenang, dan semua latihan untuk acara individu juga terpaksa dibatalkan.
!['Saya penembak semula jadi' - Atlet menembak Turkiye perjelas gaya santai 'Saya penembak semula jadi' - Atlet menembak Turkiye perjelas gaya santai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81722607670_YusufDike.jpg)
'Saya penembak semula jadi' - Atlet menembak Turkiye perjelas gaya santai
Walaupun kelihatan santai, Yusuf Dikec jelaskan pingat perak yang dimenanginya tidak datang tanpa kerja keras dan dedikasi.
![Paris 2024: Acara papan selaju ditangguh akibat hujan Paris 2024: Acara papan selaju ditangguh akibat hujan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41722071383_TBSakuraYosozumi.jpg)
Paris 2024: Acara papan selaju ditangguh akibat hujan
Berdasarkan jadual awal, 22 atlet sepatutnya bertanding pada peringkat awal acara itu pagi ini di Place de la Concorde.