ACARA bola sepak Sukan Olimpik menawarkan barisan nama pemain bertaraf bintang yang berpeluang untuk mencipta sejarah dan memenangi pingat emas buat negara mereka.
Tiada beza buat edisi Paris 2024, dan dalam acara lelaki dan wanita memiliki ramai bintang yang diberi perhatian dengan Parc des Princes bakal menjadi saksi buat perlawanan pingat emas yang bakal berlangsung pada 9 dan 10 Ogos nanti.
Walaupun acara bola sepak lelaki terhad kepada pemain di bawah usia 23 tahun -- dengan tiga pemain yang melebihi had bagi setiap pasukan -- ia tidak mengehadkan kualiti serta bakat yang bakal ditampilkan di atas padang.
Tuan rumah, Perancis bakal diketuai oleh Alexandre Lacazette, bekas penyerang Arsenal yang kini telah kembali bersama Olympique Lyonnais. Dia akan mewakili negara buat pertama kali dalam tempoh tujuh tahun.
Di sebalik Lacazette, bintang PSG, Achraf Hakimi, turut memiliki peluang membawa pasukan Maghribi ke perlawanan pingat emas di Parc des Princes. Pertahanan itu merupakan sebahagian daripada skuad yang mara ke separuh akhir Piala Dunia 2022, negara Afrika pertama mencapai tahap tersebut.
Empat pemenang Piala Dunia bakal turun beraksi di Paris 2024 bersama Argentina: Julian Alvarez (Manchester City), pertahan berpengalaman, Nicolas Otamendi, Geronimo Rulli dan Thiago Almada.
Kuartet itu akan mencuba untuk terus mencipta kegemilangan buat Argentina selepas baru sahaja menamatkan saingan selaku juara Copa America minggu ini.
Naby Keita, pemenang Liga Juara-Juara bersama Liverpool pada 2019, bakal mengetuai Guinea di Paris. Ini merupakan kali pertama negara itu kembali bertanding di Sukan Olimpik sejak Mexico City 1968, dan pemain tengah Werder Bremen itu akan berharap untuk membawa negaranya dalam edisi kali ini.
Acara bola sepak wanita itu bakal diwarnai pemain bertaraf bintang di Paris, diketuai juara Piala Dunia, Sepanyol, Amerika Syarikat, Jerman, Brazil dan lain-lain lagi.
Paling mencuri tumpuan adalah Marta. Bintang Brazil itu akan bersara pada penghujung tahun ini, namun akan membuat penampilan keenam di pentas Sukan Olimpik di Paris.
Skuad Sepanyol menurunkan 15 pemain yang bergelar juara dunia, termasuk trio Barcelona, Alexia Putellas, Aitana Bonmati, and Salma Paralluelo. Kehadiran pemain berpengalaman seperti Jenni Hermoso dan Irene Paredes, serta Olga Carmona, yang menjaringkan gol kemenangan ketika final Piala Dunia 2023 ke atas England.
Amerika Syarikat yang di bawah pimpinan Emma Hayes bakal menampilkan muka baru -- Lindsey Horan, Rose Lavelle, dan Crystal Dunn dalam misi memburu pingat emas mnakala Trinity Rodman dan Sophia Smith mahu memastikan penampilan sulung di Olimpik yang cemerlang.
Jangan terlupa tentang Jerman juga; pemenang pingat emas Rio 2016 akan diterajui oleh gandingan penyerang Alexandra Popp dan Lea Schuller. Bintang muda Real Madrid, Linda Caicedo, muncul di pentas dunia pada Piala Dunia FIFA 2023 bersama Colombia, manakala Ali Riley akan bermain dalam Sukan Olimpik kelimanya untuk New Zealand.
Skuad Zambia menampilkan Racheal Kudananji, pemain bola sepak wanita paling mahal di dunia, dan Barbra Banda, yang pada 2021 menjadi pemain bola sepak pertama yang menjaringkan hatrik Olimpik berturut-turut di Tokyo 2020 pada 2021.
Tuan rumah Perancis juga dibina di atas teras yang berpengalaman, diketuai oleh kapten kuat Wendie Renard dan dengan menampilkan Eugenie Le Sommer, Amandine Henry dan Marie-Antoinette Katoto. Negara tuan rumah tidak memenangi emas wanita Olimpik dalam tempoh 28 tahun, tetapi dalam pertandingan bola sepak wanita di Paris 2024, emas sesiapa sahaja untuk menang.
*Artikel disiarkan di Stadium Astro
Astro Arena
Fri Jul 19 2024

Acara bola sepak Sukan Olimpik menawarkan nama pemain bertaraf bintang yang berpeluang untuk mencipta sejarah dan memenangi pingat emas. - Stadium Astro

Hubungan dua hala Bangladesh-Malaysia diperkukuh pada Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa
Ahsan menyifatkan Malaysia sebagai model keharmonian dalam kepelbagaian komuniti linguistik.

Teknologi robotik pacu sektor pelancongan kesihatan di Melaka
Upaya memacu sektor pelancongan kesihatan yang menjadi satu daripada subsektor penting dalam industri pelancongan negeri.

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

46 warga Indonesia mangsa pemerdagangan dibawa pulang, termasuk bekas ahli DPRD
46 mangsa pemerdagangan manusia itu datang dari sembilan provinsi dengan majoriti berasal dari Sumatera Utara dan Jawa Barat.

Arab Saudi anjur sidang kemuncak pembinaan semula Gaza
Arab Saudi dijadual menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Lebih 700,000 penyu mendarat di pantai Rushikulya India
Lebih 700,000 ekor penyu spesies Olive Ridley mendarat di pantai Rushikulya yang terletak di timur Odisha, India. Ia rekod terbaharu penetasan penyu atau digelar oleh masyarakat tempatan sebagai fenomena 'Arribada' di pantai itu.

Azizulhasni tunai janji kepada keluarga, Paris 2024 terakhir
"Saya ada banyak perancangan tapi saya cuma mahu berehat, meluangkan masa bersama keluarga dan relaks dahulu."

Program pembangunan skateboarding negara bermula sekarang
MySKATE dan The Razkals bekerjasama untuk memulakan pembangunan sukan papan selaju negara di Kejohanan Dunia Street di Tokyo.

Jepun pilihan tepat untuk negara buru pingat emas pertama di Olimpik Paris 2024 - Hannah
Memilih Jepun sebagai sumber inspirasi adalah pilihan tepat delegasi Jawatankuasa Road to Gold (RTG) dalam usaha memburu pingat emas pertama negara.

Maloney mahu terus bersama skuad B-23 sehingga Olimpik Paris 2024
Maloney akan melakukan rombakan bagi skuad sedia ada bagi menghadapi perlawanan pelengkap Kumpulan C menentang Vietnam Rabu ini.

Ahmad Faizal umum tiga agenda persiap kontinjen Malaysia hadapi Paris 2024
Ahmad Faizal mengumumkan tiga agenda yang bakal dilaksana dalam mempersiap kontinjen negara bagi menghadapi temasya Sukan Olimpik serta Paralimpik Paris 2024 dan seterusnya.