KUALA LUMPUR: Genggam bara api biar sampai jadi arang.
Itu perumpamaan paling tepat bagi menggambarkan pesanan Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh kepada 26 atlet negara supaya mengeluarkan 'taring sebenar' ketika berhadapan pihak lawan di temasya Sukan Olimpik Paris 2024 yang akan membuka tirai secara rasmi esok dan berlangsung hingga 11 Ogos ini.
Hannah berkata atlet perlu bersedia menempuh adat bersukan dengan kebarangkalian 50 peratus memenangi perlawanan dan sebaliknya justeru itu, beliau tidak mahu mereka keluar dari 'gelanggang' dengan perasaan kecewa apabila tidak memberikan yang terbaik.
"Apa yang kita nak ialah tetapkan satu sasaran iaitu negara berjalan ke arah matlamat yang sama... oleh itu, kita umum nak dapatkan emas pertama. Sekarang kontinjen, agensi, Majlis Olimpik Malaysia, atlet dan jurulatih, semua ada sasaran sama yang saja. Kita nak bawa balik satu pingat emas.
"Namun ini adalah sukan, bermaksud bila kita masuk ke gelanggang, ada peratusan (menang atau kalah). Apa yang saya nak atlet buat (ialah) usahakan yang terbaik supaya bila mereka keluar ke gelanggang, mereka tak ada rasa kecewa kerana tak buat yang terbaik. Itu saja," katanya menerusi program bual bicara Misi D'OR 2024 terbitan Bernama TV malam ini.
Menyentuh mengenai jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang, Hannah berkata beliau tidak pernah mempersoal keyakinan pemenang pingat perak Olimpik Tokyo 2020 itu apabila pelumba berusia 36 tahun tersebut disifatkan sebagai 'dahaga' merangkul pingat emas pada temasya empat tahun sekali itu.
Hannah turut memaklumkan bahawa pakar institut jantung akan bersama Mohd Azizulhasni setelah mendapat persetujuan Jawatankuasa Road To Gold bagi memastikan beliau dalam keadaan selamat.
"Awal tahun ini, saya ada di Australia bersama Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) dan sempat melawat Mohd Azizulhasni di tempat latihan beliau, beliau tunjukkan ekosistem beliau di Australia.
"Saya gembira kerana saya dengar daripada Mohd Azizulhasni sendiri persiapan beliau cukup baik dan beliau juga ada keyakinan," katanya yang akan berangkat ke Paris pada 31 Julai ini.
Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia telah menetapkan sasaran satu pingat emas di Paris 2024 selari dengan impian Mohd Azizulhasni yang sebelum ini menyatakan hasrat mengakhiri penyertaan beliau dalam temasya itu dengan kilauan emas.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 25 2024

Hannah berkata atlet perlu bersedia menempuh adat bersukan dengan kebarangkalian 50 peratus memenangi perlawanan dan sebaliknya. - Gambar fail/Bernama

3 bas meletup di Tel Aviv, polis Israel tuduh pengganas
Dua butir bom turut ditemukan dalam bas yang berasingan berjarak kira-kira 500 meter antara satu sama lain.

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

JK HARMONI bincang kaedah terbaik perkukuh perpaduan - Mohd Na'im
JK HARMONI mencari jalan dan memberikan pandangan kepada kerajaan tentang kaedah terbaik untuk memperkukuh perpaduan masyarakat.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

G20 mesti terus perjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik
Presiden Afrika Selatan gesa G20 untuk terus memperjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik di seluruh dunia.

IOC tangani isu pingat lusuh, pemenang Olimpik Paris terima ganti
IOC telah menjawab kepada permasalahan yang melibatkan pemulangan semula lebih daripada 100 pingat Sukan Olimpik Paris 2024, baru-baru ini.

Kualiti dipertikai, atlet pulang semula pingat Sukan Olimpik Paris 2024
IOC mengesahkan bahawa pingat yang rosak akan digantikan secara sistematik oleh Monnaie de Paris.

Nurul Izzah Izzati sedia 'tawan' Eropah pada 2025
Tiada sambutan Ambang Tahun Baharu 2025 yang khusus buat bintang muda berbasikal trek wanita negara Nurul Izzah Izzati Mohd Asri yang kini terus sibuk menjalani latihan di Velodrom Nasional Nilai.

Lee Zii Jia dedah faktor air mata tumpah di bumi Paris
Lee Zii Jia, mendedahkan faktor dirinya tidak dapat menahan perasaan sebak dalam sesi wawancara bersama wartawan Astro Arena usai meraih pingat gangsa Sukan Olimpik Paris 2024.

Saya hilang 2 kilogram selepas tewas kepada Kunlavut - Lee Zii Jia
Zii Jia mengakui dia tertekan sehingga hilang selera makan dan berat badan selepas tewas kepada Kunlavut Vitidsarn dalam separuh akhir Sukan Olimpik Paris 2024 Ogos lalu.

Azizulhasni kembali berkayuh sejak Olimpik Paris 2024
Jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang kembali berkayuh basikal selepas kali terakhir melakukannya ketika temasya Sukan Olimpik Paris 2024.

KBS adakan pascanilai Olimpik Paris 2024 minggu hadapan - Hannah
Kementerian Belia dan Sukan akan mengadakan sesi pascanilai Sukan Olimpik Paris 2024 pada minggu depan.

'Semua orang kenal kami selepas Sukan Olimpik'
PEARLY Tan dan M Thinaah dalam satu temu bual baru-baru ini mengakui bahawa mereka kini lebih dikenali selepas mencipta sejarah dengan menduduki tempat keempat dalam Sukan Olimpik Paris lalu.

Paris 2024: Bonnie penerima terbesar SHAKAM, bawa pulang RM1.02 juta
Atlet berusia 25 tahun itu menerima ganjaran lumayan berjumlah RM1 juta beserta insentif tambahan sebanyak RM20,000.

Atlet menembak sensasi Korea Selatan ditawar jadi 'pembunuh upahan'
Atlet menembak Korea Selatan Kim Ye-ji ditawar menjadi 'pembunuh upahan' selepas penampilan uniknya mendapat perhatian seluruh dunia.