TOKYO: Suasana mengecewakan menyelubungi kontinjen Malaysia pada hari kelima temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020, apabila acara terjun yang menjadi sandaran untuk menyumbangkan pingat pertama buat negara pada temasya sukan berkenaan, gagal menepati sasaran.
Malah, gandingan penerjun Pandelela Rinong-Leong Mun Yee yang menjadi harapan menyumbangkan kilauan pingat sulung itu, sekadar menamatkan cabaran dalam acara 10 meter platform seirama wanita di kedudukan kelapan, pada saingan di Pusat Akuatik Tokyo, petang tadi.
Pasangan penerjun negara hanya meraih 277.98 mata, sekali gus menyaksikan Malaysia gagal mempertahankan pingat perak yang dimenangi pada edisi Rio 2016, menerusi gandingan Pandelela dan Cheong Jun Hoong.
Di Lapangan Memanah Yumenoshima Park, cabaran Syaqiera Mashayikh pada temasya di Tokyo itu berakhir, selepas terkandas pada pusingan pertama acara recurve individu wanita.
Selepas mencipta rekod panahan peribadi terbaik 630 mata pada pusingan penentuan ranking acara berkenaan Jumaat lepas, Syaqiera, 20, ditunjukkan jalan keluar oleh pemanah yang mewakili Jawatankuasa Olimpik Rusia (ROC) Elena Osipova, dengan keputusan 4-6.
Dalam pada itu, kem badminton negara kembali ceria selepas berdepan episod kekecewaan berikutan kekalahan demi kekalahan, pasangan beregu negara.
Turun beraksi dengan misi wajib menang di Musashino Forest Sport Plaza, beregu lelaki negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik berjaya menumpaskan pasangan Kanada Jason Ho-Shue-Nyl Yakura, 21-15, 21-13, dalam aksi terakhir peringkat kumpulan, sekali gus mara ke suku akhir.
Beregu wanita negara Chow Mei Kuan-Lee Meng Yean, yang sebelum ini tumpas dalam dua aksi awal peringkat kumpulan, akhirnya berjaya meraih kemenangan tunggal pada temasya di Tokyo selepas mengatasi pasangan Great Britain, pagi ini.
Mei Kuan-Meng Yean yang menghuni ranking ke-11 dunia dan merupakan wakil tunggal negara dalam acara itu, tidak berdepan masalah menundukkan gandingan Chloe Birch-Lauren Smith 21-19, 21-16.
Pemain perseorangan wanita negara Soniia Cheah pula, memperoleh kemenangan percuma apabila lawannya, Laura Sarosi dari Hungary menarik diri akibat kecederaan.
Penarikan diri itu disahkan Setiausaha Agung Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Datuk Nazifuddin Najib dan Pengarah Kejurulatihan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Wong Choong Hann, ketika dihubungi.
Dalam pada itu, Soniia perlu mencatatkan kemenangan ke atas pemain nombor enam dunia Ratchanok Intanon dari Thailand esok, untuk mara ke peringkat kalah mati. Hanya juara bagi setiap kumpulan layak untuk beraksi di pusingan kedua.
Sementara itu, atlet pelayaran negara Khairulnizam Mohd Afendy mencatat keputusan positif dalam setiap tiga perlumbaan acara Laser Standard Lelaki, selepas menamatkan saingan di kedudukan ke-29 (perlumbaan keempat), sebelum menduduki tempat ke-18 dan ke-13, masing-masing dalam perlumbaan kelima dan keenam.
Selepas enam siri perlumbaan di Enoshima Yacht Harbour, pemenang pingat perak Sukan Asia 2014 dan 2018 itu, kini berada di kedudukan ke-26 daripada 35 peserta, dengan mengumpul 99 mata bersih.
Dalam acara Laser Radial wanita, atlet muda sensasi negara Nur Shazrin Mohamad Latif, terus bergelut untuk mengulangi prestasi cemerlang dalam perlumbaan pertama pada Ahad lepas, selepas menamatkan perlumbaan kelima dan keenam di kedudukan ke-30 dan ke-34, hari ini.
Keputusan itu menyaksikan Nur Shazrin, 23, jatuh tujuh anak tangga di kedudukan ke-24 mengumpul 105 mata bersih, dengan mempunyai baki empat perlumbaan selepas ini.
Acara pelayaran esok bakal menyaksikan penampilan Nuraisyah Jamil dan Juni Karimah Noor Jamali dalam Perlumbaan Wanita 1 dan 2 acara International 470, manakala perenang Phee Jinq En akan turun bersaing bagi saringan pertama 200 meter Kuak Dada Wanita, di Pusat Akuatik Tokyo.
Selain itu, turut beraksi adalah jaguh memanah negara Khairul Anuar Mohamad, yang dijadual membuat perhitungan menentang pemanah Finland Antti Vikstrom, pada aksi pertama pusingan kalah mati acara Individu Recurve Lelaki di Lapangan Memanah Yumenoshima.
Dalam pada itu, jaguh perseorangan lelaki negara Lee Zii Jia, dijangka berdepan tugas mencabar apabila turun menentang bintang Perancis Brice Leverdez, esok untuk aksi terakhir peringkat kumpulan untuk layak ke pusingan kalah mati.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 27 2021

Gandingan Pandelela Rinong-Leong Mun Yee yang menjadi harapan menyumbangkan kilauan pingat sulung itu, sekadar menamatkan cabaran dalam acara 10 meter platform seirama wanita di kedudukan kelapan. - Stadium Astro
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Olimpik Tokyo: Pengerusi syarikat penerbitan utama Jepun didakwa rasuah
Pengerusi sebuah syarikat penerbitan utama Jepun, Kadokawa Corp, didakwa pada Selasa atas pertuduhan memberi rasuah kepada bekas eksekutif Olimpik Tokyo.

Pemenang pingat emas Olimpik, Hidilyn gembira kembali ke Melaka
Jaguh angkat berat Filipina Hidilyn Diaz gembira dapat kembali dan menyambung latihannya di Kampung Kesang Tua di Jasin yang membantunya meraih kejayaan pada temasya Olimpik Tokyo.

Siasatan isu Ziyad selesai, laporan penuh siap minggu depan
Siasatan dalaman berhubung pembatalan penyertaan dan kemenangan jaguh lontar peluru F20 Muhammad Ziyad Zolkefli pada Sukan Paralimpik Tokyo baru-baru ini, selesai dua hari lepas.

Farah Ann jalani proses pemulihan sehingga tahun hadapan
Atlet gimnastik kebangsaan Farah Ann Abdul Hadi berehat daripada menyertai mana-mana kejohanan gimnastik yang kompetetif buat masa ini bagi memfokuskan proses pemulihan dirinya.

Mei Kuan bersara daripada badminton
Persatuan Badminton Malaysia (BAM) berkata mereka telah cuba memujuk pemain berusia 26 tahun untuk kekal beraksi tetapi tidak berjaya.

Tokyo 2020: Khatam sehari sebelum acara keirin, Al-Quran rahsia ketenangan Azizulhasni
menyertai kejohanan dengan tekanan yang besar bukan satu urursan yang mudah apatah lagi bertanding di temasya terbesar dunia.

Olimpik Tokyo 2020 kejayaan luar biasa - Presiden IOC
Thomas Bach menyifatkan temasya sukan Olimpik Tokyo 2020 sebagai kejayaan luar biasa.

Tokyo 2020: Juni Karimah, Nuraisyah bawa haluan masing-masing
Kedua-dua pelayar itu akan mula dipisahkan tahun depan bagi menyertai acara berpasukan campuran.

Tokyo 2020: Ibu sakit inspirasi Hongchan lakar terjunan emas
Khamis lalu, Hongchan, 14 tahun, melakukan dua terjunan sempurna ketika memenangi pingat emas Sukan Olimpik.

Tokyo 2020: Azizulhasni raih kilauan perak untuk Malaysia
Dalam saingan akhir, Azizulhasni menamatkan perlumbaan di tempat kedua untuk membawa pulang pingat perak