TOKYO: "Kami sudah melakukan yang terbaik, dan mungkin kami tiada tuah meraih pingat kali ini. Tiada yang perlu dikesalkan," demikian reaksi ratu terjun negara Pandelela Rinong selepas tamat acara 10 meter platform seirama wanita Sukan Olimpik Tokyo di Pusat Akuatik Tokyo, hari ini.
Pandelela, 28, berkata segalanya berjalan lancar ketika sesi memanaskan badan sebelum saingan bermula, namun ketika aksi sebenar beliau bersama Leong Mun Yee, masing-masing melakukan kesilapan dalam terjunan.
"Kami beraksi tanpa tekanan kerana sudah biasa dengan keadaan ini...mungkin semasa melakukan terjunan sedikit tidak menjadi," kata penerjun kelahiran Sarawak berusia 28 tahun itu.
BACA: Olimpik Tokyo: Pandelela-Mun Yee gagal butir pingat pertama negara
Harapan peminat sukan tanah air untuk melihat gandingan Pandelela dan Mun Yee menyumbangkan pingat tidak kesampaian, selepas gandingan penerjun negara itu sekadar menamatkan acara berkenaan di kedudukan kelapan.
Pasangan penerjun negara itu sekadar meraih 277.98 mata, sekali gus gagal mempertahankan pingat perak yang dimenangi Malaysia pada edisi Rio 2016.
Pingat emas acara itu dimenangi gandingan penerjun China, Chen Yuxi dan Zhang Jiaqi yang meraih 363.78 mata.
Pada edisi Rio 2016, Pandelela meraih pingat perak dalam acara terjun 10m platform seirama wanita bersama Cheong Jun Hoong.
Bagi menebus kekecewaan itu, Pandelela berkata beliau akan berusaha sedaya upaya menampilkan aksi terbaik apabila turun bersaing dalam acara 10 meter platform individu pada 4 Ogos ini.
"Ambil ini sebagai pengajaran dan motivasi untuk buat lebih baik semasa latihan dalam beberapa hari ini, dan kekalkan kekuatan mental.
"Saya perlu konsisten dalam setiap terjunan jika mahu berada dalam kedudukan tiga teratas," kata Pandelela.
Bagi Mun Yee, 36, beliau mengakui penyertaan di Tokyo adalah penampilan terakhirnya di pentas Olimpik selepas edisi Sydney 2000, Athens 2004, Beijing 2008 dan London 2012.
Beliau berkata penularan pandemik COVID-19 sedikit sebanyak menjejaskan persiapan mereka, bagi menghadap temasya sukan di Tokyo itu.
"Gerakan seirama kami agak baik, tetapi kami berdua melakukan kesilapan dalam terjunan masing-masing, ini menyebabkan kami tidak dapat mempamerkan aksi terbaik.
"Selalunya sebelum bertanding di Olimpik, kami akan ada latihan pusat di luar negara, tetapi kali ini kami tidak dapat lakukannya, dan pertandingan antarabangsa juga tidak banyak, dan ini sedikit sebanyak menjejaskan persediaan kami," kata Mun Yee.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 27 2021
Pandelela berkata segalanya berjalan lancar ketika sesi memanaskan badan namun ketika aksi sebenar, beliau bersama Leong Mun Yee, masing-masing melakukan kesilapan dalam terjunan. - Gambar/ BERNAMA
Amaran hujan berterusan tahap buruk di Sabah hingga esok
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan tahap buruk yang dijangka berlaku di Sabah melibatkan kawasan Telupid, Beluran dan Sandakan hingga esok.
Perdana Menteri Australia rombak Kabinet menjelang pilihan raya umum
Perdana Menteri Australia Anthony Albanese mengumumkan rombakan kabinet pada Khamis susulan persaraan awal seorang menteri menjelang pilihan raya umum yang harus diadakan sebelum Mei, lapor Xinhua.
AWANI Ringkas: Perolehan aset ATM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Amerika mahu haramkan jualan kereta keluaran China, Rusia
JOE Biden menghabiskan hari-hari terakhir beliau sebagai Presiden Amerika Syarikat dengan meluluskan beberapa lagi arahan pengharaman teknologi ke atas China dan Rusia.
400 pegawai, anggota kawal perlawanan TFC lawan JDT - Polis
Polis akan menempatkan 400 pegawai dan anggota untuk mengawal keselamatan sepanjang perlawanan separuh akhir pertama Piala Malaysia membabitkan TFC dan JDT.
KPN bantu mangsa kemalangan motosikal
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain menghulurkan bantuan kepada seorang penunggang motosikal yang terlibat dalam kemalangan di Lebuhraya Kuala Lumpur - Seremban, pagi tadi.
Donald Trump pertimbang tangguh pengharaman TikTok hingga 90 hari
Menurut laporan Washington Post, Trump sedang mempertimbangkan untuk memanjangkan tempoh jualan TikTok yang dikeluarkan oleh pentadbiran Biden pada Mac tahun lalu.
Tiga pekerja restoran pengsan terhidu gas bocor
Tiga pekerja sebuah restoran dikejarkan ke hospital selepas pengsan terhidu gas bocor di premis berkenaan di sini hari ini.
"Tertanya-tanya, perlu faham kenapa Malaysia ranking ke-132 dunia" - Friend
CEO Harimau Malaya, Rob Friend, sedia membantu dan berkongsi falsafah serta ilmu pengetahuannya supaya dapat mengangkat bola sepak negara ke persada tertinggi dunia.
AWANI Ringkas: Hubungan perdagangan Malaysia-UK
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Perbelanjaan pelancong asing ke Jepun, catat rekod tertinggi pada 2024
Jumlah pelancong asing ke Jepun mencecah lebih 36 juta orang pada 2024, mencatat rekod baharu, manakala perbelanjaan mereka melebihi 8 trilion yen (US$50.8 bilion) buat kali pertama.
Jepun catat 70 juta kes COVID-19, 130,000 kematian sepanjang lima tahun
Berdasarkan populasi Jepun sekitar 120 juta, sekurang-kurangnya 73 juta orang dipercayai telah dijangkiti, minimum sekali.
Sarawak tingkat usaha dapatkan pembiayaan sektor transformasi tenaga - Abang Johari
Sarawak akan meningkatkan usaha mendapatkan pembiayaan projek transformasi tenaga pada tahun ini bagi mencapai kapasiti tenaga bersih sebanyak 10 gigawatt (GW) dan 15GW menjelang 2035.
Pengalihan kubur di Selat Klang: Kerajaan negeri runding dengan ECRL taja kepuk, batu nisan - Exco
Kerajaan Negeri dalam proses perundingan dengan ECRL bagi tujuan penajaan kepuk dan batu nisan baharu susulan berakhirnya proses pengalihan 90 plot kubur di Tanah Perkuburan Islam Selat Klang.
hMPV jangkitan ulangan bermusim, tiada keperluan amaran awam
hMPV tidak mempunyai tahap jangkitan dan penyebaran tanpa gejala yang tinggi seperti mana COVID-19.
Tuna capai harga US$1.3 juta di lelongan tahun baharu, harapan pemulihan ekonomi Jepun
Seekor tuna sirip biru berjaya dijual pada harga 207 juta yen (US$1.3 juta) dalam lelongan pertama tahun baharu di sebuah pasar ikan terkenal di Tokyo pada Ahad.
Virus hMPV bukan penyakit baharu, 327 sampel positif dikesan tahun lalu - KKM
Jelas beliau, virus tersebut merupakan salah satu jangkitan saluran pernafasan disebabkan virus dalam keluarga Pneumoviridae.
Situasi COVID-19, influenza di Malaysia terkawal - KKM
Tiada kes varian baharu dikesan, dan varian SARS-CoV-2 yang sedang menular di Malaysia merupakan varian Omicron dan subvariannya.
Jeju Air kurangkan operasi penerbangan sebagai respons kepada kebimbangan keselamatan
Jeju Air Co. pada Khamis mengumumkan rancangan untuk mengurangkan operasi penerbangan seawal minggu depan, sebagai tindak balas kepada kebimbangan yang semakin meningkat terhadap keselamatan.