KUALA LUMPUR: Atlet gimnastik artistik wanita negara Farah Ann Abdul Hadi mungkin mengakhiri penampilan sulungnya di Olimpik dengan linangan air mata, namun kini beliau mampu tersenyum - terima kasih kepada banyak hantaran positif dan memberangsangkan oleh peminatnya dalam media sosial.
Gimnas berusia 27 tahun itu kelihatan hampa apabila meninggalkan Pusat Gimnastik Ariake semalam (25 Julai) selepas menamatkan saingan pada kedudukan ke-68 dalam kelayakan all-around individu, sekali gus menamatkan perjuangannya di Jepun.
Farah Ann yang mengenakan leotard berwarna jingga, melengkapkan pusingan kelayakan dengan mengumpul markah keseluruhan sebanyak 48.565 mata.
Keadaan itu bukan sahaja meninggalkan kesan pada emosinya, tetapi fizikal beliau turut mempunyai parut selepas beraksi pada acara semalam.
"When you wake up after the Olympic Games's battle scars... (Apabila anda bangun dengan parut selepas bertanding pada Sukan Olimpik...)," katanya dalam hantaran Instagram Story sambil menunjukkan beberapa kesan lebam berwarna merah pada kedua-dua lengannya.
Walaupun percubaannya untuk melangkah ke peringkat seterusnya di Jepun gagal, Farah Ann berjaya membawa lenggok tariannya menusuk ke hati rakyat Malaysia apabila beberapa pengguna media sosial memuji persembahannya pada temasya sukan terbesar itu.
Penyanyi terkenal Yuna yang terpesona dengan persembahan atlet kelahiran Selangor itu menulis dalam akaun Twitternya: "OMG (Oh my god) queen @farahannhadi."
Seorang lagi pengguna Twitter dikenali sebagai @lyneids mempunyai caranya tersendiri mengucapkan tahniah kepada Farah Ann, dengan menghasilkan lukisan istimewa memaparkan persembahan ratu gimnastik negara itu di Olimpik Tokyo.
"Quick watercolour painting of Farah Ann. You did great. Well done and chin up! Enjoy being an Olympian! (Lukisan cat air pantas Farah Ann. Anda hebat. Syabas dan bangkit! Selamat menjadi seorang Olimpian!)," katanya.
@IzzatiTaufek pula menulis: "Farah Ann didn't make it to the final round but Malaysians are beyond proud of her. Hats off and well done, @farahannhadi! (Farah Ann tidak berjaya ke pusingan final tetapi rakyat Malaysia sangat bangga dengannya. Tahniah @farahannhadi!) Kami tetap sokong. #DemiMalaysia."
Farah Ann bersyukur mendapat sokongan penuh daripada rakyat Malaysia yang berdiri teguh di belakangnya semalam.
"Terima kasih atas kasih sayang dan sokongan anda...ia sangat bermakna buat saya... Saya sayangkan anda," katanya.
Farah Ann yang bertanding dalam pusingan kelayakan subdivision 4, bermula agak goyah pada awalnya apabila meraih 11.600 mata dalam aparatus palang bertingkat dan 11.566 mata dalam palang imbangan.
Beliau kemudiannya mempamerkan aksi mengagumkan dalam disiplin senam lantai dengan memperoleh 12.233 mata sebelum melengkapkan aksi dengan mata 13.166 dalam disiplin melombol.
Hanya 24 gimnas, dengan maksimum dua wakil dari setiap negara layak ke peringkat akhir acara all-around yang dijadual pada Khamis (29 Julai), sementara lapan gimnas terbaik, dengan maksimum dua wakil dari setiap negara akan meneruskan cabaran di final aparatus.
Seperti yang dijangka, juara bertahan Simone Biles dari Amerika Syarikat (AS) mengungguli ranking keseluruhan hari ini dengan mengutip 57.731 mata diikuti Rebecca Andrade dari Brazil (57.399 mata) dan seorang lagi gimnas AS Sunisa Lee di tempat ketiga (57.166 mata).
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 26 2021

"Apabila anda bangun dengan parut selepas bertanding pada Sukan Olimpik...," katanya dalam hantaran Instagram Story sambil menunjukkan kesan lebam pada lengannya. - Gambar/ IG Story @farahann94

Hubungan dua hala Bangladesh-Malaysia diperkukuh pada Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa
Ahsan menyifatkan Malaysia sebagai model keharmonian dalam kepelbagaian komuniti linguistik.

Teknologi robotik pacu sektor pelancongan kesihatan di Melaka
Upaya memacu sektor pelancongan kesihatan yang menjadi satu daripada subsektor penting dalam industri pelancongan negeri.

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

46 warga Indonesia mangsa pemerdagangan dibawa pulang, termasuk bekas ahli DPRD
46 mangsa pemerdagangan manusia itu datang dari sembilan provinsi dengan majoriti berasal dari Sumatera Utara dan Jawa Barat.

Arab Saudi anjur sidang kemuncak pembinaan semula Gaza
Arab Saudi dijadual menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Lebih 700,000 penyu mendarat di pantai Rushikulya India
Lebih 700,000 ekor penyu spesies Olive Ridley mendarat di pantai Rushikulya yang terletak di timur Odisha, India. Ia rekod terbaharu penetasan penyu atau digelar oleh masyarakat tempatan sebagai fenomena 'Arribada' di pantai itu.

Olimpik Tokyo: Pengerusi syarikat penerbitan utama Jepun didakwa rasuah
Pengerusi sebuah syarikat penerbitan utama Jepun, Kadokawa Corp, didakwa pada Selasa atas pertuduhan memberi rasuah kepada bekas eksekutif Olimpik Tokyo.

Pemenang pingat emas Olimpik, Hidilyn gembira kembali ke Melaka
Jaguh angkat berat Filipina Hidilyn Diaz gembira dapat kembali dan menyambung latihannya di Kampung Kesang Tua di Jasin yang membantunya meraih kejayaan pada temasya Olimpik Tokyo.

Siasatan isu Ziyad selesai, laporan penuh siap minggu depan
Siasatan dalaman berhubung pembatalan penyertaan dan kemenangan jaguh lontar peluru F20 Muhammad Ziyad Zolkefli pada Sukan Paralimpik Tokyo baru-baru ini, selesai dua hari lepas.

Farah Ann jalani proses pemulihan sehingga tahun hadapan
Atlet gimnastik kebangsaan Farah Ann Abdul Hadi berehat daripada menyertai mana-mana kejohanan gimnastik yang kompetetif buat masa ini bagi memfokuskan proses pemulihan dirinya.

Mei Kuan bersara daripada badminton
Persatuan Badminton Malaysia (BAM) berkata mereka telah cuba memujuk pemain berusia 26 tahun untuk kekal beraksi tetapi tidak berjaya.

Tokyo 2020: Khatam sehari sebelum acara keirin, Al-Quran rahsia ketenangan Azizulhasni
menyertai kejohanan dengan tekanan yang besar bukan satu urursan yang mudah apatah lagi bertanding di temasya terbesar dunia.

Olimpik Tokyo 2020 kejayaan luar biasa - Presiden IOC
Thomas Bach menyifatkan temasya sukan Olimpik Tokyo 2020 sebagai kejayaan luar biasa.

Tokyo 2020: Juni Karimah, Nuraisyah bawa haluan masing-masing
Kedua-dua pelayar itu akan mula dipisahkan tahun depan bagi menyertai acara berpasukan campuran.

Tokyo 2020: Ibu sakit inspirasi Hongchan lakar terjunan emas
Khamis lalu, Hongchan, 14 tahun, melakukan dua terjunan sempurna ketika memenangi pingat emas Sukan Olimpik.

Tokyo 2020: Azizulhasni raih kilauan perak untuk Malaysia
Dalam saingan akhir, Azizulhasni menamatkan perlumbaan di tempat kedua untuk membawa pulang pingat perak