BANGKOK: Atlet Muay Thai Malaysia Kabilan Jelevan Thiagarajan berjaya membuat penampilan pertama yang menakjubkan di One Championship, selepas menang menerusi 'technical knockout (TKO) di Stadium Boxing Lumpinee di Bangkok dan membawa pulang 350,000 baht (RM45,817) sebagai bonus prestasi.
Kabilan, 23, atlet yang berasal dari Sarawak, menjatuhkan lawannya Sulaiman Looksuan dari Myanmar dengan pukulan tangan kanannya, memperoleh TKO pada minit 2:51 pusingan pertama kategori flyweight Muay Thai, pada Jumaat malam.
"Semua atlet Muay Thai mengidamkan untuk dapat bertarung di One Championship. Ini impian saya sejak saya mula berlatih pada usia 14 tahun.
"Saya bekerja keras untuk mencapai impian ini. Saya menjalani latihan intensif hampir dua bulan sebelum penampilan sulung di One Championship ini.
"Saya berlatih lapan jam sehari iaitu empat jam di waktu pagi dan empat jam lagi di sebelah petang, enam hari seminggu. Semua usaha ini telah membuahkan hasil yang terbaik," katanya kepada Bernama.
Kabilan dari Rentap Muay Thai Gym di Kuching, Sarawak mengucapkan terima kasih kepada jurulatihnya, Addy Singpayak, kerana memastikan latihannya mengikut perancangan.
Sementara itu, seorang lagi atlet Muay Thai Malaysia Muhammad Johan Ghazali Zulfikar, menang dengan keputusan sebulat suara hakim, selepas mengharungi tiga pusingan menentang Samurai Seeopal dari Thailand.
Ini merupakan kemenangan ketiga remaja berusia 16 tahun itu, dalam One Championship.
Johan yang lebih dikenali sebagai 'Jojo' yang berhadapan lawannya berusia 18 tahun, mendominasi dari awal pusingan pertama dengan kombinasi pelbagai pukulan dan memberikan tekanan berterusan kepada lawannya.
Bagaimanapun, Samurai bangkit dan memberikan tentangan pada pusingan kedua, sebelum Johan menguasai semula pada pusingan akhir sebelum hakim memberikan keputusan kemenangan sebulat suara kepadanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 16 2023
![One Championship: Kabilan buat penampilan pertama menakjubkan di Bangkok One Championship: Kabilan buat penampilan pertama menakjubkan di Bangkok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/51689498258_KabilanJelevan.jpg)
Kabilan menjatuhkan lawannya Sulaiman Looksuan dari Myanmar dengan pukulan tangan kanannya, memperoleh TKO pada minit 2:51 pusingan pertama. - Facebook - Kabilan Jelevan
![Palestin perlu hidup aman dengan Israel - PBB Palestin perlu hidup aman dengan Israel - PBB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739145604_tbJabaliyarefugeec.jpg)
Palestin perlu hidup aman dengan Israel - PBB
Beliau turut menggesa penolakan terhadap sebarang kemungkinan untuk kembali kepada situasi yang membawa lebih banyak kematian dan kemusnahan.
Nelayan terjatuh bot ditemukan lemas di muara Sungai Keluang
Seorang nelayan yang dilaporkan terjatuh ketika bot dinaikinya dilambung ombak, ditemukan lemas di muara Sungai Keluang, jertih pada ahad.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Besut Muhammad Azrul Izzham Zulkifli berkata pihaknya menerima laporan kejadian berkenaan pada 10.15 pagi sebelum sepasukan anggota digerakkan ke lokasi kejadian untuk operasi dan menyelamat (SAR).
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Besut Muhammad Azrul Izzham Zulkifli berkata pihaknya menerima laporan kejadian berkenaan pada 10.15 pagi sebelum sepasukan anggota digerakkan ke lokasi kejadian untuk operasi dan menyelamat (SAR).
TDM tahan 15 pendatang tanpa izin warga Myanmar, Thailand
Angkatan Tentera Darat Malaysia (TDM) menahan 15 pendatang asing tanpa izin warga Myanmar dan Thailand dalam dua tangkapan berasingan di daerah Kubang Pasu pada Sabtu dan Ahad.
Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia (2 Divisyen) dalam kenyataan memaklumkan tangkapan pertama dilakukan pada 7.22 malam sabtu di sekitar Kawasan Tanggungjawab Briged Keenam Infantri Malaysia (KTJ 6 Bgd).
Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia (2 Divisyen) dalam kenyataan memaklumkan tangkapan pertama dilakukan pada 7.22 malam sabtu di sekitar Kawasan Tanggungjawab Briged Keenam Infantri Malaysia (KTJ 6 Bgd).
Operasi khas: JPJ keluarkan lebih 100,000 notis kesalahan
Sebanyak 107,014 notis telah dikeluarkan melibatkan pelbagai kesalahan terhadap kenderaan dan pemandu yang gagal mematuhi peraturan dalam Operasi Khas Tahun Baharu Cina 2025 yang dijalankan di seluruh negara, sejak 20 Januari hingga Ahad.
Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Aedy Fadly Ramli berkata notis dikeluarkan hasil pemeriksaan terhadap 429,423 kenderaan dan daripada jumlah itu, sebanyak 724 kenderaan telah disita.
Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Aedy Fadly Ramli berkata notis dikeluarkan hasil pemeriksaan terhadap 429,423 kenderaan dan daripada jumlah itu, sebanyak 724 kenderaan telah disita.
KPN akan terus perkukuh usaha tingkatkan kesedaran, kefahaman perpaduan
Kementerian Perpaduan Negara (KPN) akan terus memperkukuh usaha untuk meningkatkan kesedaran dan kefahaman mengenai kepentingan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia menerusi program bersifat inklusif dan berkesan.
Kerajaan komited bina sekolah baharu tangani sekolah padat - Fadhlina
Menurut Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek, menerusi Belanjawan 2025, Kerajaan MADANI meluluskan pembinaan 44 sekolah iaitu paling banyak dalam tempoh empat tahun terkini.
![Piala FA: Bakal juara EPL, Liverpool disingkir Plymouth Argyle Piala FA: Bakal juara EPL, Liverpool disingkir Plymouth Argyle](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739144347_tbPlymouthArgyleR.jpg)
Piala FA: Bakal juara EPL, Liverpool disingkir Plymouth Argyle
Jaringan penalti Ryan Hardie melakar kejutan terbesar Piala FA musim ini apabila menyingkirkan pendahulu EPL, Liverpool.
Kecerdasan Buatan: Perancis umum pelaburan €109 bilion
Perancis dijangka mengumumkan pelaburan sektor swasta berjumlah sekitar 109 bilion euro (kira-kira RM530 bilion) dalam sektor kecerdasan buatan (AI) sempena Sidang Kemuncak AI Paris yang bermula pada Isnin.
Perang di Ukraine: Trump bincang dengan Putin akhiri perang
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, dilaporkan telah berbincang dengan Presiden Rusia, Vladimir Putin, melalui panggilan telefon berhubung usaha untuk menamatkan perang di Ukraine.
Gencatan senjata: Lima tebusan Thailand tiba di Bangkok
Lima rakyat Thailand yang menjadi tebusan Hamas akhirnya tiba dengan selamat di Bangkok pada Ahad setelah menjalani pemeriksaan perubatan selama 10 hari sejak pembebasan mereka.
![Duo Antarabangsa 2025: Muay Thai lonjak populariti, tarik minat generasi muda Duo Antarabangsa 2025: Muay Thai lonjak populariti, tarik minat generasi muda](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739068687_tbatletMuayThaiP.jpg)
Duo Antarabangsa 2025: Muay Thai lonjak populariti, tarik minat generasi muda
Muay Thai terus mengukuhkan kedudukannya sebagai sukan tempur pilihan apabila semakin ramai anak muda menunjukkan minat terhadap sukan itu.
![Petinju Thailand betulkan bahu terkehel dalam 10 saat Petinju Thailand betulkan bahu terkehel dalam 10 saat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/71731407536_PetinjuMuaythai.jpg)
Petinju Thailand betulkan bahu terkehel dalam 10 saat
Petunju Thai tular selepas dia membetulkan bahunya yang terkehel (dislocated) hanya dengan menggunakan tali gelanggang.
![Cabar petinju lain dulu, pesan Denis Puric buat Jojo Cabar petinju lain dulu, pesan Denis Puric buat Jojo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726301324_tbJohanGhazali.jpg)
Cabar petinju lain dulu, pesan Denis Puric buat Jojo
Puric manyarankan jaguh Muay Thai negara, Johan Ghazali Zulfikar atau lebih dikenali sebagai Jojo supaya memilih lawan yang lebih sesuai.
![One 168: Syukur Alhamdulillah, Malaysia Boleh! - Jojo One 168: Syukur Alhamdulillah, Malaysia Boleh! - Jojo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51725676534_MuhamadJohanGhazal.jpg)
One 168: "Syukur Alhamdulillah, Malaysia Boleh!" - Jojo
Lebih bermakna, kejayaan itu juga diraih di negara kelahiran ibunya, Jeanna Johnson.
![Jojo tumbangkan Cruz menerusi 'knockout' di pusingan pertama Jojo tumbangkan Cruz menerusi 'knockout' di pusingan pertama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61725673438_JohanGhazaliONE.jpg)
Jojo tumbangkan Cruz menerusi 'knockout' di pusingan pertama
Jaguh Muay Thai negara Johan 'Jojo' Ghazali, berjaya menumbangkan Josue Cruz di pusingan pertama pada aksi ONE 168 di Denver, Amerika Syarikat.
![One FC 168: Jojo petinju Muay Thai berbakat - Rodtang One FC 168: Jojo petinju Muay Thai berbakat - Rodtang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/71725611618_tbMuayThai.jpg)
One FC 168: Jojo petinju Muay Thai berbakat - Rodtang
Peningkatan bintang Muay Thai meningkat naik, Johan 'Jojo' Ghazali dalam ONE Championship telah dicanang sebagai pengganti Rodtang Jitmuangnon.
![SUKMA 2024: 33 emas jadi rebutan dalam acara seni mempertahankan diri esok SUKMA 2024: 33 emas jadi rebutan dalam acara seni mempertahankan diri esok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81724079267_rentapmuaythai.jpg)
SUKMA 2024: 33 emas jadi rebutan dalam acara seni mempertahankan diri esok
Sukan mempertahankan diri kembali menjadi tumpuan apabila mempertaruhkan 32 daripada keseluruhan 78 pingat emas yang ditawarkan pada saingan Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 esok.
![Muay Thai: Mohd Rifdean raih kemenangan kedua, tumbangkan Petaek dengan TKO Muay Thai: Mohd Rifdean raih kemenangan kedua, tumbangkan Petaek dengan TKO](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721472614_RIFDEAN.jpg)
Muay Thai: Mohd Rifdean raih kemenangan kedua, tumbangkan Petaek dengan TKO
Atlet Muay Thai negara Mohd Rifdean Masdor meraih kemenangan kedua berturut-turut selepas menundukkan lawannya dari Thailand, Petaek Sitbigjasskonrakpathum menerusi Technical Knockout (TKO).
![Jojo idam buka gelanggang Muay Thai sendiri di Sarawak Jojo idam buka gelanggang Muay Thai sendiri di Sarawak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720239109_tbJohanJojoGhaza.jpg)
Jojo idam buka gelanggang Muay Thai sendiri di Sarawak
Jojo ingin mewujudkan arena gelanggang Muay Thai di tempat dia membesar sendiri iaitu di Sarawak.
![Sensasi Muay Thai negara 'Jojo' buat kemunculan istimewa di gelanggang AWANI Pagi Sensasi Muay Thai negara 'Jojo' buat kemunculan istimewa di gelanggang AWANI Pagi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71717836742_TBJOJO.jpg)
Sensasi Muay Thai negara 'Jojo' buat kemunculan istimewa di gelanggang AWANI Pagi
Petarung sensasi muda negara dari ONE Championship, Johan 'Jojo' Ghazali bakal membuat penampilan istimewa di AWANI Pagi, Sabtu ini.