SHAH ALAM: Pahang Rangers FC menambah koleksi kejuaraan musim ini apabila berjaya menjulang Piala Futsal Malaysia (MFC) selepas menewaskan Johor Darul Ta'zim (JDT) 3-1 menerusi penentuan sepakan penalti pada final di Stadium Malawati di sini, malam tadi.
Pada penentuan penalti itu, penjaga gol Zainulzahin Sinuan muncul wira Pahang Rangers selepas menyelamatkan dua sepakan sementara pemain import dari Brazil Sergio Jamur, Akmarulnizam Mohd Idris dan Ahmad Harith Na'im Mohd Nasir masing-masing berjaya memastikan bola menerjah jaring.
Zainulzahin bertindak cemerlang untuk menafikan rembatan deras ketua pasukan JDT Mohd Firdaus Ambiah dan Mohd Azwann Ismail sementara percubaan Muhammad Saad Abdul Sani terkena tiang dan hanya pemain import dari Thailand Tanatul Thadavirot berjaya menyempurnakan sepakannya.
Terdahulu, Pahang Rangers bangkit daripada ketinggalan 3-1 untuk mengikat kedudukan 3-3 sebelum kedua-dua pasukan sekali lagi terikat 4-4 dalam tempoh masa tambahan sekali gus pemenang perlu ditentukan menerusi sepakan penalti.
Pada tempoh permainan sebenar, JDT tidak menunggu lama untuk membuka tirai jaringan hasil penyudah Muhammad Ekmal Shahrin seawal minit kedua sebelum Mohd Ridzwan Bakri menyamakan kedudukan buat Pahang Rangers pada minit ke-17.
JDT kemudian selesa mendahului 3-1 selepas Muhammad Ekmal menggandakan kedudukan pada minit ke-23 diikuti gol ketiga Mohd Azwann pada minit ke-36, namun gol sendiri Muhammad Saad Abdul Sani selang beberapa saat selepas itu mengurangkan defisit jaringan.
Mohd Ridzwan meniupkan semangat rakan sepasukan apabila menyamakan kedudukan pada minit ke-39 sebelum Jamur terlepas peluang keemasan untuk menamatkan permainan lebih awal selepas gagal menyudahkan penalti yang dihadiahkan di penghujung perlawanan.
Pada masa tambahan, Jamur berjaya menebus kekecewaannya apabila menjaringkan gol keempat Pahang Rangers pada minit ke-42 untuk pasukan mendahului buat kali pertama dalam perlawanan, namun JDT pantas menyamakan kedudukan menerusi Mohammad Awalluddin Mat Nawi dalam masa selang seminit.
Kejayaan menjuarai Piala Futsal Malaysia menyaksikan Pahang Rangers muncul juara berganda musim ini selepas merangkul gelaran Johan Liga Premier Futsal Malaysia (MPFL) dengan turut menewaskan JDT bulan lepas.
Sebagai rekod, Selangor MAC muncul juara sulung Piala Futsal Malaysia yang mula diperkenalkan musim lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Sep 10 2023

Kejayaan menjuarai Piala Futsal Malaysia menyaksikan Pahang Rangers muncul juara berganda musim ini selepas merangkul gelaran Johan MPFL dengan turut menewaskan JDT bulan lepas. - Foto Facebook FAM

Lebih dua juta bayar balik pinjaman PTPTN hingga 31 Disember 2024
KPT memaklumkan daripada jumlah tersebut, sebanyak 1,044,595 peminjam telah menyelesaikan pinjaman mereka secara keseluruhannya.

Wanita maut dirempuh kereta selepas motosikal terbabas langgar memerang
Seorang jurujual wanita meninggal dunia akibat dirempuh sebuah kereta selepas terjatuh daripada motosikalnya yang terlanggar seekor memerang berhampiran MADAD.

Senarai hitam peniaga sewa, jual tapak bazar Ramadan pada warga asing - Exco
Kerajaan Perak akan bertindak tegas termasuk membatalkan lesen dan menyenaraihitamkan mana-mana peniaga tempatan yang didapati menyewa atau menjual tapak jualan bazar Ramadan kepada warga asing.

Pangkalan data pemantauan salah laku polis AS ditutup atas perintah Trump
Pangkalan Data Akauntabiliti Penguatkuasaan Undang-undang Kebangsaan (NLEAD) dihentikan operasinya.

Reformasi pendidikan fokus utama KPM tahun ini - Azman
Lapan keutamaan termasuk isu keciciran murid, peningkatan profesionalisme guru, pengukuhan kepimpinan pendidikan MADANI, dan penguasaan literasi serta numerasi murid.

Mahkamah Rayuan tetapkan 19 Mei untuk dengar rayuan Siti Bainun
Mahkamah Rayuan menetapkan 19 Mei ini untuk mendengar rayuan pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd Razali yang dijatuhi hukuman penjara 12 tahun.
Dua wanita Singapura ditahan padam rakaman CCTV
Dua wanita didakwa di mahkamah Singapura pada Jumaat kerana memadamkan klip video dan memformat semula sistem televisyen litar tertutup (CCTV) yang memaparkan rakaman seorang lelaki mencabul seorang kanak-kanak perempuan di sebuah pra sekolah.

Proses pemetaan sempadan Selangor, Kuala Lumpur selesai
Kerja-kerja pengukuran dan pemetaan sempadan bagi Selangor dan Kuala Lumpur telah selesai dilaksanakan Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) pada 31 Okt tahun lepas.

Dua lelaki didakwa tipu urusan penjualan jam tangan mewah lebih RM2 juta
Kedua-dua lelaki tempatan itu turut didakwa menipu seorang wanita membabitkan urusan pembelian 41 utas jam tangan berjenama Rolex.

Gabenor Bank of Greece beri amaran tarif AS boleh lambatkan pertumbuhan zon euro
Amaran itu dibuat susulan laporan bahasa Presiden AS Donald Trump mencadangkan tarif timbal balik ke atas rakan dagang utama, termasuk EU.

Pahang Rangers tambah koleksi kejuaraan
Pada penentuan penalti itu, penjaga gol Zainulzahin Sinuan muncul wira Pahang Rangers selepas menyelamatkan dua sepakan.