Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) tidak akan mengemukakan rayuan terhadap keputusan Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berhubung larangan memohon Lesen Kelab AFC selama dua tahun.
PBNP dalam satu kenyataan berkata, mereka terpaksa menerima keputusan itu yang diputuskan jawatankuasa berkenaan.
"PBNP masih berpegang pada keyakinan bahawa persatuan tidak melakukan sebarang kesalahan,” kata kenyataan ringkas itu.
Hari ini, media melaporkan keengganan Pahang untuk mewakili Malaysia ke kejohanan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) musim depan, membawa padah apabila dikenakan tindakan larangan itu.
Larangan itu membabitkan permohonan tahun depan dan 2019 sekali gus menyaksikan skuad Tok Gajah tidak akan mewakili negara ke Liga Juara-Juara Asia 2019 dan 2020.
Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM, Datuk Baljit Singh Sidhu berkata Pahang melanggar Artikel 14 (obligasi ahli) Statut FAM dengan gagal mematuhi arahan FAM untuk mendaftarkan pasukan untuk bermain dalam pertandingan itu, walaupun menduduki tempat kedua Liga Super 2017 dan mempunyai kelulusan Lesen Kelab AFC yang melayakkan skuad Tok Gajah beraksi pada saingan peringkat benua itu.
BACA: TMJ harap hukuman ke atas Pahang diringankan
"Mengikut peruntukan Artikel 14 Statut FAM, obligasi ahli menuntut pasukan mematuhi sepenuhnya statut, peraturan, arahan dan keputusan FIFA, AFC dan FAM pada setiap masa.
BACA: Skuad Tok Gajah dilarang mohon lesen Kelab AFC selama dua tahun bermula 2018 - FAM
"Pahang juga diberi amaran keras dan hukuman yang lebih berat akan dikenakan jika mengulangi kesalahan sama, namun keputusan ini boleh dirayu," katanya.
Pahang dipilih mewakili Malaysia dalam saingan Piala AFC musim depan bagi menggantikan Kedah, namun menolak pelawaan itu dengan alasan mahu memberi fokus kepada kejohanan domestik. - BERNAMA
Bernama
Thu Dec 21 2017

PBNP menjelaskan mereka terpaksa menerima keputusan larangan memohon Lesen Kelab AFC selama dua tahun seperti yang diputuskan Jawatankuasa Tatatertib FAM. Foto AstroAWANI
Kerajaan Persekutuan peruntuk RM454 juta naik taraf bekalan air di Labuan
Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM454.88 juta untuk membaiki dan penambahbaikan sistem bekalan air sepanjang 106.7 kilometer (km) di Labuan yang menyaksikan 37 km atau 35 peratus daripada projek itu sudah pun siap.

Polis nafi dakwaan pekerja tapak binaan dipukul gengster
Polis menafikan dakwaan berhubung seorang pekerja tapak pembinaan dipukul oleh kumpulan gengster di sebuah tapak pembinaan di Subang Jaya, seperti yang tular di media sosial semalam.
Hujan lebat berterusan hingga Rabu di pantai barat Sabah
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di pantai barat, Sabah mulai Selasa hingga Rabu depan.
Sokongan PIBG penting perkukuh sistem pendidikan negara
Keberhasilan sistem pendidikan negara bukan sahaja bergantung kepada usaha para guru tetapi juga sokongan padu daripada ibu bapa dan komuniti setempat.
Penerima pendidikan tinggi percuma tidak terikat berkhidmat di Sarawak
Anak Sarawak yang menerima tawaran pendidikan tinggi percuma oleh kerajaan negeri tidak terikat untuk berkhidmat di Sarawak apabila tamat pengajian.
Kerajaan Sarawak sedia bincang skop kerjasama Petros-Petronas - Abang Johar
Kerajaan Sarawak bersedia mengadakan perbincangan dengan Kerajaan Persekutuan bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Pemilihan CEC DAP: Chow Kon Yeow umum bertanding
Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow mengesahkan akan bertanding pada pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP bulan depan.

Paus Francis stabil selepas alami masalah pernafasan - Holy See
Paus Francis yang sedang menerima rawatan akibat radang paru-paru telah melalui malam yang tenang selepas mengalami serangan asma.

Malaysia selaku Pengerusi ASEAN utamakan usaha damai di selatan Thailand - Thaksin
Thaksin berkata lawatannya ke selatan Thailand susulan perbincangan beliau dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini.

Polis buka 15 kertas siasatan penipuan pelaburan saham didalangi 'Datuk'
Dalam tempoh 19 Jan hingga Khamis lepas, pihaknya menerima 32 laporan membabitkan kes berkenaan yang melibatkan sebuah syarikat dengan kerugian lebih RM1.3 juta.

Pahang tidak akan rayu keputusan Jawatankuasa Tatatertib FAM
Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) masih berpegang pada keyakinan bahawa persatuan itu tidak melakukan sebarang kesalahan