KUALA LUMPUR: Ketua jurulatih pasukan kebangsaan, Kim Pan Gon menyuarakan hasrat untuk terus mengemudi pasukan Harimau Malaya walaupun skuad negara terlepas peluang untuk layak ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2026.
Pengendali warga Korea Selatan itu yang kontraknya tamat awal tahun depan berkata, beliau mahu kekal bersama pasukan kebangsaan sehingga Piala Asia 2027.
Bagaimanapun, bekas pengarah pasukan Persatuan Bola Sepak Korea (KFA) berusia 55 tahun itu akan menyerahkan keputusan mengenai nasibnya kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).
"Mengenai kontrak saya harus kekal di sini dan saya tidak pernah meminta untuk meninggalkan pasukan. Sebaliknya jika dipaksa keluar, saya akur... saya sentiasa berusaha di sini tetapi dari semasa ke semasa saya letih, sangat letih tetapi akhirnya berdiam diri dan berjuang.
"Tetapi ini (kekal atau pergi) bukan keputusan saya dan semua bergantung kepada FAM, media, peminat dan kelab,"katanya.
Pan Gon berkata demikian ketika ditanya mengenai masa depannya dalam sidang media selepas Malaysia menewaskan Taiwan 3-1 dalam perlawanan terakhir Kumpulan D pusingan kedua Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.
Harapan Malaysia untuk melangkah lebih jauh dalam kempen kelayakan Piala Dunia 2026 sudah hampir tertutup walaupun menang 3-1.
Bagaimanapun, Malaysia kini perlu berharap untuk Oman membelasah Kyrgyzstan dalam satu lagi perlawanan Kumpulan D di Muscat yang dijadualkan bermula tengah malam (waktu Malaysia).
Oman sekurang-kurangnya perlu mencatat kemenangan 7-0 untuk membolehkan Malaysia memintas Kyrgyzstan di tempat kedua berdasarkan jumlah perbezaan jaringan sekali gus mara ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2026.
Malaysia kini berada di tangga ketiga dalam kedudukan empat pasukan dengan 10 mata, sama seperti Kyrgyzstan (kedua).
Oman mendahului kumpulan dengan 12 mata manakala Taiwan tercorot tanpa mata.
- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 11 2024

Kim Pan Gon menyuarakan hasrat untuk terus mengemudi pasukan Harimau Malaya walaupun skuad negara terlepas peluang untuk layak ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2026. - Foto BERNAMA
'Kapal yang berlabuh tidak perlu serah dokumen secara fizikal'-Anthony
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke telah mengumumkan satu aplikasi di mana semua dokumen kapal yang berlabuh tidak perlu diserahkan secara fizikal dan akan dilakukan secara dalam talian. #AWANInews

Tol MLFF dilaksana PLUS usaha konsesi sendiri - Ahmad Maslan
Sistem Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF) yang akan dilaksanakan oleh PLUS adalah atas usaha persendirian syarikat konsesi itu.
'Tapi sedih dia tak jemput' - Timbalan Yang di-Pertua
Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Datuk Seri Fadillah Yusof mengucapkan ucapan selamat pengantin baru kepada YB Sandakan dan Timbalan Yang di-Pertua berseloroh bahawa tidak dijemput ke majlis tersebut. #AWANInews

Penyanyi rap A$AP Rocky bebas tuduhan serangan senjata api
Penyanyi Rap Amerika Syarikat, A$AP Rocky dibebaskan daripada pertuduhan serangan jenayah, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
PETRONAS masih di peringkat awal eksplorasi- Azalina
PETRONAS masih di peringkat awal aktiviti eksplorasi bagi Lembangan Langkasuka dengan perolehan data seismik 2D selesai pada 2024.

Mara ke pusingan 16 ACLE: Pemain beri persembahan terbaik mereka - Hector Bidoglio
Ketua Jurulatih JDT Hector Bidoglio bangga dengan kejayaan anak buahnya mara ke pusingan 16 saingan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE).

Projek DBKL: 'Saya doakan Allah lembutkan hati pemfitnah itu' - Afdlin Shauki
Afdlin zahir rasa syukur selepas SPRM sahkan tiada elemen jenayah atas dakwaan salah laku perolehan projek bernilai RM4 juta di bawah DBKL.

SOSMA: Penambahbaikan bagi imbangi keselamatan negara, hak asasi individu - Saifuddin
Penambahbaikan terhadap SOSMA adalah bagi mengimbangi keperluan keselamatan negara dengan hak asasi individu selain memastikan ia berkesan dalam menangani aktiviti jenayah serius.
Polis siasat video tular anggota semasa ops tapis
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, pihaknya telah terkesan satu kenyataan dan video tular menerusi Facebook pada jam 1 petang Selasa. #AWANInews

Paus Francis disahkan hidap radang paru-paru- Vatican
Paus Francis disahkan menghidap radang paru-paru, menurut kenyataan Vatican pada Selasa, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Pan Gon sakit hati Harimau Malaya kempunan menang dengan jaringan besar
Kim Pan Gon sifatkan kegagalan mencatat jumlah jaringan besar seperti diharapkan ke atas Taiwan sangat menyakitkan.

Pan Gon mahu terus kemudi Harimau Malaya hingga Piala Asia 2027
Bagaimanapun, Pan Gon akan menyerahkan keputusan mengenai nasibnya kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Tekanan lebih daripada jangkaan - Pan Gon
Ketua jurulatih kebangsaan, Kim Pan Gon sekali lagi mendedahkan tentang tekanan besar yang dihadapinya dalam membimbing skuad Harimau Malaya sejak mengambil alih tugas pada Januari 2022.

Pan Gon kekal optimis Malaysia mampu cipta keajaiban
Jurulatih dari Korea Selatan berusia 55 tahun itu yakin dengan keupayaan pasukannya untuk memberikan impak ketika bertemu Taiwan.

Pan Gon panggil Nur Shamie ganti Darren hadapi Kyrgyzstan, Taiwan
Pemain sayap Kuching City FC Nur Shamie Iszuan Amin dipanggil menyertai pasukan bagi dua aksi getir pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027.

Kecederaan pemain: Pan Gon belum mahu tekan butang panik
Menurut Pan Gon, beliau tidak mahu terlalu memikirkan perkara tersebut sebaliknya ingin lebih fokus kepada pemilihan pemain lain.

Pan Gon hilang tiga tonggak utama menjelang pertemuan dengan Kyrgystan, Taiwan
Tiga pemain itu ialah pemain sayap Arif Aiman Mohd Hanapi dan Mohamad Faisal Abdul Halim serta penyerang Romel Morales.

Piala AFF 2024 : Harimau Malaya diundi bersama juara bertahan Thailand
Skuad Harimau Malaya dijangka berdepan laluan sukar untuk mara ke separuh akhir saingan Piala Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) 2024, apabila diundi bersama juara bertahan Thailand.

Usah buat Pan-gon kecewa lagi
Datuk Pekan Ramli berkata, pengendali Harimau Malaya, Kim Pan-gon dikritik teruk atas dua kekalahan tersebut dan kecaman itu disifatkan sebagai sesuatu yang tidak adil.

Pan Gon masih individu tepat bimbing Harimau Malaya - Mohd Saifuddin
Pan Gon telah membuktikan kemampuannya mentransformasikan pasukan negara sehingga layak secara merit ke Piala Asia selepas 42 tahun.