MAJLIS Olimpik Malaysia (MOM) sedia berbincang dengan Yonex bagi menambah baik pakaian rasmi kontinjen Malaysia menjelang saingan Sukan Olimpik Paris 2024.
Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan, MOM mengambil maklum kontroversi berhubung reka bentuk pakaian rasmi Kontinjen Malaysia dan majlis pelancarannya di The Exchange (TRX), bersempena penganjuran sambutan Hari Olimpik Sedunia pada hari Ahad, 23 Jun 2024 yang lalu.
Sebagai badan yang menguruskan pendaftaran dan penyertaan atlet, jurulatih dan pegawai di semua Temasya Pelbagai Sukan, MOM mengambil sepenuh tanggungjawab atas kekeliruan yang berlaku.
Bagi menjelaskan perkara ini, MOM ingin memaklumkan bahawa Yonex merupakan penaja pakaian rasmi Kontinjen Malaysia sejak 2014.
Corak dan reka bentuk serta motif pakaian dikeluarkan pada setiap kitaran baharu penajaan MOM, kebiasaannya bermula daripada Sukan SEA dan berakhir di Sukan Olimpik seperti rekaan baju Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 dipakai sehingga Sukan Olimpik Tokyo 2020.
MOM menerima maklum balas daripada pelbagai pihak, termasuk pandangan atlet yang berpendapat motif dan reka bentuk untuk penyertaan di temasya berprestij seperti Sukan Olimpik yang menjadi pentas tertinggi penampilan atlet negara, memerlukan pembaharuan.
Reka bentuk untuk pakaian rasmi Kontinjen Malaysia akan melalui kitaran baharu bermula dengan Sukan SEA Thailand 2025 hingga Sukan Olimpik Los Angeles 2028.
Berhubung logo MOM yang memaparkan bendera Malaysia sedang berkibar, ia adalah sebahagian daripada logo MOM yang merangkumi kibaran bendera Malaysia bersama lima gegelung Olimpik.
Ia bukanlah bendera Malaysia atau Jalur Gemilang yang dipinda atau diubah suai sesuka hati.
Apabila digunakan dalam versi lima warna atau polychrome, warna lima gegelung tersebut dari kiri ke kanan, biru, kuning, hitam, hijau dan merah.
Biru, hitam dan merah di sebelah atas, manakala kuning dan hijau di sebelah bawah.
Versi lima warna hanya boleh digunakan pada latar belakang putih mengikut syarat-syarat yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC).
Andai latar belakang tersebut adalah selain daripada putih, versi monochrome atau satu warna mesti digunakan.
Sebagai contoh jika latar belakang hitam, logonya hendaklah digunakan dengan warna contrast satu warna sahaja seperti putih, kuning atau biru.
Niat asal pasukan reka bentuk memaparkan corak dan reka bentuk untuk jaket yang dilancarkan bertemakan warna emas yang digabungkan dengan hitam berserta logo MOM berwarna emas dianggap menjadi simbol paling tepat mencerminkan aspirasi Kontinjen Malaysia membawa pulang emas pertama buat Malaysia.
Versi emas logo MOM yang menggabungkan kibaran bendera dan lima gegelung Olimpik menepati garis panduan IOC.
Bagaimanapun MOM, selaku badan bukan Kerajaan, yang tidak berasaskan keuntungan, yang diiktiraf sebagai salah sebuah daripada 206 Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan (NOC) oleh IOC sejak 1954, MOM mengamalkan dasar terbuka.
Selepas mengambil kira maklum balas daripada semua pihak, termasuk Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Majlis Sukan Negara (MSN) dan para peminat sukan negara, MOM akur bahawa reka bentuk jaket rasmi tidak diterima dengan baik.
Oleh yang demikian, MOM memutuskan untuk menambah baik reka bentuk sedia ada bagi melambangkan motif Harimau yang lebih jelas di jaket serta logo MOM yang berwarna bagi menghormati status Jalur Gemilang.
MOM akan berbincang dengan Yonex untuk menambah baik reka bentuk jaket yang melambangkan status negara dan memenuhi harapan rakyat jelata.
Sesungguhnya MOM mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pemegang taruh dan peminat sukan secara umumnya yang mengambil berat terhadap majlis pelancaran dan reka bentuk pakaian rasmi Kontinjen Malaysia ke Paris 2024 dengan memberi teguran dan pandangan yang membina.
Astro Arena
Fri Jun 28 2024
Sebagai badan yang menguruskan pendaftaran dan penyertaan atlet, jurulatih dan pegawai di semua Temasya Pelbagai Sukan, MOM mengambil sepenuh tanggungjawab atas kekeliruan yang berlaku.
Mangsa banjir di Sarawak menurun, Sabah kekal
Jumlah mangsa banjir di Sarawak terus menurun manakala di Sabah kekal setakat 8 malam Selasa.
10 Berita Pilihan - (4 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Rabu – 5 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Argentina perintis hasilkan kuda guna teknik CRISPR-CAS9
Menurut Pengasas & Pengarah Saintifik Keiron, Gabriel Vichera, mereka mengambil gen daripada seekor kuda betina Argetina serta gen lain yang sudah disunting untuk meningkatkan kelajuan lima kuda tersebut tanpa menjejaskan ciri-ciri asal.
UK, EU bakal runding tingkat keselamatan dan perdagangan
London dan Brussels yakin dapat mencapai persetujuan meningkatkan kerjasama dalam keselamatan, penguatkuasaan perundangan dan penghapusan halangan perdagangan menjelang Mei.
Perunding Britain untuk Kesatuan Eropah (EU), Nick Thomas-Symonds berkata, hasrat itu berkemungkinan menjadi topik utama ketika pertemuan pemimpin kedua-dua negara bertemu.
Perunding Britain untuk Kesatuan Eropah (EU), Nick Thomas-Symonds berkata, hasrat itu berkemungkinan menjadi topik utama ketika pertemuan pemimpin kedua-dua negara bertemu.
Kazakhstan akan keluarkan laporan awal nahas penerbangan AZAL
Kementerian Pengangkutan Kazakhstan merancang untuk mengeluarkan hasil awal siasatan terhadap nahas penerbangan Azerbaijan Airlines (AZAL) berhampiran Aktau dalam beberapa hari lagi.
Lima orang ditembak dalam insiden di sekolah Sweden - Polis
Lima individu ditembak di sebuah sekolah di selatan Sweden, lapor Agensi Berita Jerman (dpa) memetik kenyataan polis pada Selasa.
Mesir hantar jentera berat ke Gaza bersihkan sisa runtuhan
Sebuah konvoi jentera berat dan jentolak yang membawa bendera Mesir bergerak dari Rafah, Mesir menuju ke Gaza pada Selasa dipercayai bagi memulakan proses pembersihan runtuhan.
Dengan gencatan senjata di Gaza, rakyat Palestin memohon bantuan kecemasan mencecah berbilion dolar selepas bandar mereka musnah akibat serangan udara Israel.
Dengan gencatan senjata di Gaza, rakyat Palestin memohon bantuan kecemasan mencecah berbilion dolar selepas bandar mereka musnah akibat serangan udara Israel.
Tebusan Hamas warga Thailand kembali ke pangkuan keluarga
Empat daripada lima tebusan Thailand yang dibebaskan selepas 15 bulan dalam tawanan di Gaza bertemu dengan ahli keluarga mereka pada Selasa di Pusat Perubatan Shamir, Israel.
Kesemua pekerja ladang itu dibebaskan pada Khamis sebagai sebahagian daripada pusingan ketiga pertukaran tahanan bawah perjanjian gencatan senjata di Gaza.
Kesemua pekerja ladang itu dibebaskan pada Khamis sebagai sebahagian daripada pusingan ketiga pertukaran tahanan bawah perjanjian gencatan senjata di Gaza.
Govtech dijangka dilancarkan pada suku pertama 2025 – Gobind
Menteri Digital, Gobind Singh Deo berkata dasar untuk mendigitalkan penyampaian perkhidmatan kerajaan atau GovTech kini dalam proses penilaian semula dan ijangka akan dimuktamadkan dalam tempoh beberapa minggu akan datang.
Paris 2024: MOM bakal berbincang dengan Yonex, tambah baik reka bentuk jaket kontinjen negara
MOM akan berbincang dengan Yonex untuk menambah baik reka bentuk jaket yang melambangkan status negara dan memenuhi harapan rakyat jelata.
MY Creative Moments mohon maaf kelemahan majlis pelancaran pakaian rasmi kontinjen negara
Wong memohon maaf atas sebarang kekeliruan yang timbul pada majlis pelancaran pakaian rasmi kontinjen negara ke Sukan Olimpik Paris 2024.
Pakaian rasmi kontinjen negara luar bidang kuasa KBS - Hannah
Pemilihan dibuat selepas MOM dan pihak penaja berbincang dan mempertimbangkan beberapa faktor antaranya kos yang perlu dikeluarkan.