KOTA BHARU: Kelantan Darul Naim FC (KDNFC) hari ini mengumumkan Park Jaehong dari Korea Selatan sebagai ketua jurulatih yang baharu bagi membimbing pasukan itu dalam menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim 2024/25.
Presiden KDNFC Rozi Muhamad berkata jurulatih berusia 46 tahun itu telah menerima lamaran daripada pihaknya sejak Februari lepas namun tidak diuar-uarkan atas beberapa sebab tertentu.
"Beliau sepatutnya bersama pasukan sebelum Aidilfitri, namun berdepan sedikit kekangan dan kami putuskan untuk melanjutkan tempoh berkenaan sebelum beliau tiba di Kota Bharu, Selasa lepas.
"Pemilihan Jaehong berdasarkan kepada pengalaman dan rekodnya sebelum ini yang pernah melatih beberapa kelab di negara asalnya dan luar negara seperti Romania, Thailand dan China," katanya pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Jersi dan Pengenalan Pasukan KDNFC di Stadium Sultan Muhammad IV di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Rozi berkata sebelum ketibaan Jaehong latihan pasukan dikendalikan penolong ketua jurulatih Rezal Zambery Yahya sebagai persiapan menghadapi saingan Liga-M.
"Walaupun Jaehong tidak bersama pasukan sejak awal musim, barisan jurulatih telah mendapatkan khidmat dan rujukan daripada beliau untuk menerapkan corak latihan kepada pemain.
"Pihak pengurusan kelab meletakkan harapan tinggi kepada Jaehong musim ini dengan dibantu Rezal Zambery bagi membawa perubahan corak permainan dan memberi cabaran sengit kepada pasukan lain," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 19 2024
![Park Jaehong ketua jurulatih baharu KDNFC Park Jaehong ketua jurulatih baharu KDNFC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/71713539472_TBKelantanUFC.jpg)
Rozi berkata jurulatih berusia 46 tahun itu telah menerima lamaran daripada pihaknya sejak Februari lepas namun tidak diuar-uarkan atas beberapa sebab tertentu. - Gambar FB KDNFC
'Kapal yang berlabuh tidak perlu serah dokumen secara fizikal'-Anthony
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke telah mengumumkan satu aplikasi di mana semua dokumen kapal yang berlabuh tidak perlu diserahkan secara fizikal dan akan dilakukan secara dalam talian. #AWANInews
![Tol MLFF dilaksana PLUS usaha konsesi sendiri - Ahmad Maslan Tol MLFF dilaksana PLUS usaha konsesi sendiri - Ahmad Maslan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739944438_TBAhmadMaslan.jpg)
Tol MLFF dilaksana PLUS usaha konsesi sendiri - Ahmad Maslan
Sistem Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF) yang akan dilaksanakan oleh PLUS adalah atas usaha persendirian syarikat konsesi itu.
'Tapi sedih dia tak jemput' - Timbalan Yang di-Pertua
Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Datuk Seri Fadillah Yusof mengucapkan ucapan selamat pengantin baru kepada YB Sandakan dan Timbalan Yang di-Pertua berseloroh bahawa tidak dijemput ke majlis tersebut. #AWANInews
![Penyanyi rap A$AP Rocky bebas tuduhan serangan senjata api Penyanyi rap A$AP Rocky bebas tuduhan serangan senjata api](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739947622_TBrihanna.jpg)
Penyanyi rap A$AP Rocky bebas tuduhan serangan senjata api
Penyanyi Rap Amerika Syarikat, A$AP Rocky dibebaskan daripada pertuduhan serangan jenayah, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
PETRONAS masih di peringkat awal eksplorasi- Azalina
PETRONAS masih di peringkat awal aktiviti eksplorasi bagi Lembangan Langkasuka dengan perolehan data seismik 2D selesai pada 2024.
![Mara ke pusingan 16 ACLE: Pemain beri persembahan terbaik mereka - Hector Bidoglio Mara ke pusingan 16 ACLE: Pemain beri persembahan terbaik mereka - Hector Bidoglio](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739943892_TBACLE.jpg)
Mara ke pusingan 16 ACLE: Pemain beri persembahan terbaik mereka - Hector Bidoglio
Ketua Jurulatih JDT Hector Bidoglio bangga dengan kejayaan anak buahnya mara ke pusingan 16 saingan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE).
![Projek DBKL: 'Saya doakan Allah lembutkan hati pemfitnah itu' - Afdlin Shauki Projek DBKL: 'Saya doakan Allah lembutkan hati pemfitnah itu' - Afdlin Shauki](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739942446_TBAfdlinShauki.jpg)
Projek DBKL: 'Saya doakan Allah lembutkan hati pemfitnah itu' - Afdlin Shauki
Afdlin zahir rasa syukur selepas SPRM sahkan tiada elemen jenayah atas dakwaan salah laku perolehan projek bernilai RM4 juta di bawah DBKL.
![SOSMA: Penambahbaikan bagi imbangi keselamatan negara, hak asasi individu - Saifuddin SOSMA: Penambahbaikan bagi imbangi keselamatan negara, hak asasi individu - Saifuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739946749_SaifuddinNasution.jpg)
SOSMA: Penambahbaikan bagi imbangi keselamatan negara, hak asasi individu - Saifuddin
Penambahbaikan terhadap SOSMA adalah bagi mengimbangi keperluan keselamatan negara dengan hak asasi individu selain memastikan ia berkesan dalam menangani aktiviti jenayah serius.
Polis siasat video tular anggota semasa ops tapis
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, pihaknya telah terkesan satu kenyataan dan video tular menerusi Facebook pada jam 1 petang Selasa. #AWANInews
![Paus Francis disahkan hidap radang paru-paru- Vatican Paus Francis disahkan hidap radang paru-paru- Vatican](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739942321_tbPopeFrancis.jpg)
Paus Francis disahkan hidap radang paru-paru- Vatican
Paus Francis disahkan menghidap radang paru-paru, menurut kenyataan Vatican pada Selasa, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
![Liga Super: Layth Kharoub dari Palestin sah sertai KDNFC Liga Super: Layth Kharoub dari Palestin sah sertai KDNFC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71724686246_TBKELANTANFC.jpg)
Liga Super: Layth Kharoub dari Palestin sah sertai KDNFC
Pemain berusia 33 tahun itu adalah bekas pemain antarabangsa Palestin yang beraksi di posisi sayap dan berkeupayaan bertindak sebagai penyerang.
![KDNFC nafi peletakan jawatan Timbalan Presiden, CEO kerana isu gaji pemain KDNFC nafi peletakan jawatan Timbalan Presiden, CEO kerana isu gaji pemain](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71716263557_tbKelantanDarulNai.jpg)
KDNFC nafi peletakan jawatan Timbalan Presiden, CEO kerana isu gaji pemain
Kelantan Darul Naim FC (KDNFC) menafikan peletakan jawatan Timbalan Presiden KDNFC Datuk Zamri Ismail dan Ketua Pegawai Eksekutif Wan Mohd Zul Ikman adalah disebabkan isu pembayaran gaji pemain.
![Timbalan Presiden, CEO KDNFC letak jawatan Timbalan Presiden, CEO KDNFC letak jawatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61710245552_tbKelantanDarulNai.jpg)
Timbalan Presiden, CEO KDNFC letak jawatan
Timbalan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kelantan Darul Naim FC (KDNFC) meletakan jawatan masing-masing, berkuat kuasa hari ini.
![Liga Super: KDNFC turunkan harga tiket perlawanan pertama Liga Super: KDNFC turunkan harga tiket perlawanan pertama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61715667968_KDNFCjpg.jpg)
Liga Super: KDNFC turunkan harga tiket perlawanan pertama
Kelantan Darul Naim FC (KNDFC) menurunkan harga tiket bagi perlawanan pertama pada Liga Super 2024/25 menentang Sabah di Stadium Sultan Muhammad IV.
![Park Jaehong ketua jurulatih baharu KDNFC Park Jaehong ketua jurulatih baharu KDNFC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/71713539472_TBKelantanUFC.jpg)
Park Jaehong ketua jurulatih baharu KDNFC
KDNFC hari ini mengumumkan Park Jaehong dari Korea Selatan sebagai ketua jurulatih yang baharu bagi membimbing pasukan itu dalam menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim 2024/25.
![KDNFC bawa masuk tiga lagi pemain import sertai Liga Super KDNFC bawa masuk tiga lagi pemain import sertai Liga Super](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61713195546_TBkelantanfc.jpg)
KDNFC bawa masuk tiga lagi pemain import sertai Liga Super
Kelantan Darul Naim FC (KDNFC) membawa masuk tiga lagi pemain import bagi melengkapkan skuad Liga Supernya dalam menghadapi saingan Liga Malaysia musim 2024/25.
![KDNFC guna khidmat empat pemain import dari Korea Selatan KDNFC guna khidmat empat pemain import dari Korea Selatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61711465961_KelantanUnitedFoot.jpg)
KDNFC guna khidmat empat pemain import dari Korea Selatan
Empat pemain itu ialah Ri-Gwan Kim dan Ahoe Koo, kedua-duanya pemain pertahanan, Bae Kyeong Hwan (penyerang) dan Jung Byung Ju (tengah).
![KDNFC bakal guna khidmat ketua jurulatih import KDNFC bakal guna khidmat ketua jurulatih import](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51711333942_TBkelantanfcjpg.jpg)
KDNFC bakal guna khidmat ketua jurulatih import
Presiden KNDFC berkata ketua jurulatih import itu akan diumumkan dalam masa terdekat dan akan digandingkan bersama jurulatih tempatan lain.