KUALA LUMPUR: Legenda bola sepak Selangor Azman Adnan meletakkan harapan supaya pasukan lain mampu memberi tentangan terus-menerus kepada Johor Darul Ta'zim (JDT) menjelang musim baharu Liga Malaysia (Liga-M) 2024/2025 yang akan menyingkap tirai awal bulan depan.
Azman berkata sudah tiba masanya pencabar lain mengembangkan sayap dan memecah dominasi mahkota kejuaraan Liga Super 10 kali berturut-turut termasuk gelaran domestik lain daripada skuad Harimau Selatan itu.
"Kita mengharapkan pasukan lain, tak semestinya Selangor FC sahaja bahkan pasukan lain cuba memberi tentangan kepada pasukan JDT.
“Kita nak tengok kekuatan JDT tahun ini, saya rasa mereka lagi bertambah baik. Jadi, harapan saya nak lihat pasukan mana yang mampu menewaskan JDT setelah mereka berjaya menjuarai tanpa ditewaskan tahun lepas," katanya ketika ditemui baru-baru ini.
Beliau berkata kebangkitan pasukan lain sekali gus mampu mengembalikan tahap kompetitif dan daya tarikan kepada Liga-M yang hanya didominasi oleh satu pasukan sebelum ini.
Azman dalam masa sama mengimpikan "kebangkitan" itu bermula dengan Selangor, namun pada masa sama sedar kombinasi pemain senior dan lambakan pemain muda dalam pasukan memerlukan kematangan sebelum mampu bersaing.
Justeru, beliau berharap skuad The Red Giants dengan sentuhan jurulatih baharu Mohd Nidzam Jamil mampu mencipta kejutan dan mengembalikan kegemilangan Selangor musim depan.
"Terus terang saya cakap, saya memang suka dia (Mohd Nidzam) sebab dah kenal lama. Sebab setiap kali latihan, dia yang jaga saya. Itu dulu, tapi sekarang dia jurulatih. Jadi, saya mendoakan agar dia dan pasukan berjaya," katanya.
Selangor bimbingan Tan Cheng Hoe musim lepas mencatat 20 kemenangan, satu keputusan seri dan lima kekalahan daripada 26 perlawanan untuk berada di tangga kedua Liga Super.
Saingan Liga-M musim depan akan membuka tirai dengan aksi Piala Sumbangsih antara JDT dan Selangor pada 10 Mei.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 13 2024
![Pecahkan dominasi JDT musim ini - Azman Adnan Pecahkan dominasi JDT musim ini - Azman Adnan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61712978037_AzmanAdnan.jpg)
Azman berkata kebangkitan pasukan lain sekali gus mampu mengembalikan tahap kompetitif dan daya tarikan kepada Liga-M. - Foto fail/BERNAMA
Bekas wartawan Utusan Melayu, Muhammad Basir meninggal dunia
Bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad, Muhammad Basir Abu Bakar meninggal dunia pada usia 46 tahun, di Hospital Serdang dekat sini, pada Sabtu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 15 Februari 2025.
![Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739634787_DatukAaronAgoDaga.jpg)
Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron
Sebarang tindakan atau kenyataan yang boleh menggugat keharmonian antara kaum dan agama di negara ini tidak boleh diterima dan dikompromi, kata Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang.
Enam bintang Running Man pukau 6,000 peminat di MIECC
Enam bintang program hiburan popular dari Korea Selatan, Running Man memukau lebih 6,000 peminat di konsert Running Man “Run 2 U” Live In Kuala Lumpur
Tumpuan Ahad – 16 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (15 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Wabak denggi diisytiharkan di bandar paling padat di ibu negara Filipina Wabak denggi diisytiharkan di bandar paling padat di ibu negara Filipina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61710238310_denggi.jpg)
Wabak denggi diisytiharkan di bandar paling padat di ibu negara Filipina
Quezon City diisytiharkan sebagai kawasan wabak denggi pada Sabtu susulan peningkatan hampir 200 peratus kes jangkitan.
![11 individu kandas di Lata Perangin berjaya diselamatkan 11 individu kandas di Lata Perangin berjaya diselamatkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739633529_termasukkanakka.jpg)
11 individu kandas di Lata Perangin berjaya diselamatkan
Pasukan bomba berjaya menyelamatkan 11 mangsa yang terkandas di Lata Perangin, Tanjung Malim, petang tadi.
Dua maut,puluhan cedera bas terjunam
Dua maut, puluhan cedera selepas bas yang dinaiki mereka terjunam dari jambatan yang runtuh di Chancay,Peru, menurut pihak berkuasa pada Jumaat waktu tempatan.
Hampir 1,500 pengunjung, pencari kerja hadir hari pertama karnival MFJ x SPA 2025
Hampir 1,500 pencari kerja tidak melepaskan peluang pada hujung minggu dengan menyertai Karnival Kerjaya MYFutureJobs (MFJ) X Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) 2025 yang bermula di ibu negara, pada Sabtu.
![Kertas SPM didakwa bocor: KPM ada SOP pengurusan peperiksaan Kertas SPM didakwa bocor: KPM ada SOP pengurusan peperiksaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736759492_TBBAP.jpg)
Kertas SPM didakwa bocor: KPM ada SOP pengurusan peperiksaan
Pihak KPM komited memastikan SOP berkenaan dipatuhi semua pihak terlibat sepanjang peperiksaan berlangsung.
![SPM: 133 pusat peperiksaan alternatif di enam negeri berisiko banjir SPM: 133 pusat peperiksaan alternatif di enam negeri berisiko banjir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71735786721_SPM.jpg)
SPM: 133 pusat peperiksaan alternatif di enam negeri berisiko banjir
Langkah tersebut antara mekanisme dan pelan integrasi bagi memastikan kesemua calon SPM di negeri berisiko banjir dapat menduduki peperiksaan.
![Banjir: Hanya SK Tembila yang masih digenangi air di Terengganu Banjir: Hanya SK Tembila yang masih digenangi air di Terengganu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/71733118883_TBAzmanAdnan.jpg)
Banjir: Hanya SK Tembila yang masih digenangi air di Terengganu
Sebanyak 28 buah sekolah di Terengganu yang digenangi air banjir telah surut dan sedang menjalani proses pembersihan.
![883 sekolah di seluruh negara berisiko banjir - KP Pendidikan 883 sekolah di seluruh negara berisiko banjir - KP Pendidikan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/81731574850_AzmanAdnan.jpg)
883 sekolah di seluruh negara berisiko banjir - KP Pendidikan
Sebanyak 883 sekolah termasuk rendah dan menengah dikenal pasti berisiko dilanda banjir di seluruh negara.
![Program Intervensi Tahun 1 selama tiga bulan pastikan murid kuasai 3M - KP Pendidikan Program Intervensi Tahun 1 selama tiga bulan pastikan murid kuasai 3M - KP Pendidikan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61727238912_tbAzmanAdnanKPM.jpg)
Program Intervensi Tahun 1 selama tiga bulan pastikan murid kuasai 3M - KP Pendidikan
Program tersebut berlangsung selama tiga bulan sebelum murid dibenarkan kembali ke kelas perdana.
![Pemimpin pendidikan perlu lebih efisien tangani cabaran transformasi teknologi digital Pemimpin pendidikan perlu lebih efisien tangani cabaran transformasi teknologi digital](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/81726314390_TBAZMANADNAN.jpg)
Pemimpin pendidikan perlu lebih efisien tangani cabaran transformasi teknologi digital
Pemimpin pendidikan yang terdiri daripada pengetua dan guru besar (PGB) tidak boleh lagi bergantung kepada kaedah tradisional semata-mata.
![KPM sedia beri peluang kepada 402 kanak-kanak mangsa eksploitasi peroleh pendidikan KPM sedia beri peluang kepada 402 kanak-kanak mangsa eksploitasi peroleh pendidikan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726308802_TBAZMANADNAN.jpg)
KPM sedia beri peluang kepada 402 kanak-kanak mangsa eksploitasi peroleh pendidikan
Kementerian Pendidikan sedia memberi peluang pendidikan kepada 402 kanak-kanak yang didakwa menjadi mangsa eksploitasi, pengabaian dan penganiayaan.
![122,062 murid Tahun Satu ikuti Program Intervensi Literasi dan Numerasi 122,062 murid Tahun Satu ikuti Program Intervensi Literasi dan Numerasi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/71725862222_TBAzmanAdnan.jpg)
122,062 murid Tahun Satu ikuti Program Intervensi Literasi dan Numerasi
Seramai 122,062 murid Tahun Satu di seluruh negara ini dipilih mengikuti Program Intervensi Literasi dan Numerasi bermula bulan lepas.
![Lima sekolah rendah di Sabah dipilih Projek Rintis Sekolah Digital Lima sekolah rendah di Sabah dipilih Projek Rintis Sekolah Digital](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81718399860_projekrintissekol.jpg)
Lima sekolah rendah di Sabah dipilih Projek Rintis Sekolah Digital
Lima sekolah rendah di Sabah dipilih untuk melaksanakan Projek Rintis Sekolah Digital ke arah melahirkan lebih ramai murid fasih digital.
![PM Anwar sampaikan sumbangan kepada Azman Adnan PM Anwar sampaikan sumbangan kepada Azman Adnan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51717735275_TBZIARAHMADANI.jpg)
PM Anwar sampaikan sumbangan kepada Azman Adnan
Perdana Menteri berkata Azman kini menderita sakit tulang kaki sehingga memerlukan rawatan fisioterapi secara berkala.