KUALA LUMPUR: Petronas Yamaha Sepang Racing Team (PYSRT) membuat keputusan memberikan peluang buat julung kalinya kepada penunggang Amerika Syarikat (AS), Garrett Gerloff untuk bertanding dalam MotoGP menggantikan sementara Franco Morbidelli yang cedera, dalam Grand Prix (GP) Belanda di Litar Assen hujung minggu ini.
Pasukan itu berkata Morbidelli kini menjalani penilaian perubatan dan rawatan selepas mengalami kecederaan pada lutut kirinya pada Selasa.
Gerloff yang berusia 25 tahun merupakan seorang penunggang GRT Yamaha WorldSBK dalam Kejohanan Superbike Dunia.
Beliau sebelum ini menunggang jentera Yamaha YZR-M1 semasa menggantikan Valentino Rossi dalam pasukan MotoGP Monster Energy Yamaha pada sesi latihan GP Eropah di Valencia tahun lepas.
"Saya teruja dengan peluang di hadapan, saya bukannya seorang yang melarikan diri daripada sesuatu cabaran, jadi saya bersedia untuk turun ke litar. Ia adalah litar baharu buat saya, saya gemar mencuba litar baharu, ia nampak menarik, pantas dan lancar serta menepati gaya tunggangan saya.
"Saya tidak sabar-sabar untuk berada di atas jentera Yamaha M1 sekali lagi dan memulas pendikit.
"Kami tengok bagaimana keadaannya tetapi saya rasa gembira dan ingin mengucapkan terima kasih kepada Yamaha dan pasukan ini kerana menimbangkan pemilihan saya. Ia bukannya mudah tetapi saya akan memberikan yang terbaik, katanya dalam satu kenyataan dikeluarkan pasukan itu malam tadi.
Sementara itu, Prinsipal Pasukan Datuk Razlan Razali teruja untuk mengalu-alukan Gerloff tetapi mengingatkan pelumba itu bahawa tugasan berat menantinya sepanjang hujung minggu ini.
"Setiap orang perlu bergerak pantas selepas berita lewat semalam bahawa Franco tidak boleh berlumba hujung minggu ini dan kami berterima kasih kepada Yamaha kerana memudahkan cara.
Kami mengharapkan Franco pulih kembali dengan sempurna dan semoga beliau akan kembali ke litar selepas cuti musim panas," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 24 2021

Franco Morbidelli mengalami kecederaan pada lutut kirinya ketika menjalani latihan pada Selasa. - Gambar fail
Penindasan etnik Rohingya ujian kredibiliti ASEAN
Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini, peranan Malaysia datang dengan harapan dan jangkaan yang tinggi dalam mencari penyelesaian kepada krisis tersebut.

KKM sedia bekerjasama tangani peningkatan CKD
KKM alu-alukan pandangan semua pihak sama ada NGO, swasta mahupun agensi kerajaan berkaitan untuk menghasilkan inisiatif yang berkesan.
Kerajaan tidak campur urusan penguatkuasa
Anwar menegaskan kerajaan tidak mencampuri urusan badan penguat kuasa dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak.

Ismail Sabri masih perlu pemantauan rapi doktor
Ismail Sabri dilaporkan telah sedar sepenuhnya petang semalam namun masih memerlukan pemerhatian rapi daripada doktor.
Australia umum USD5.4 bilion untuk Medicare
Perdana Menteri Australia Anthony Albanese mengumumkan suntikan dana tambahan bernilai USD5.4 bilion bagi memperkukuh sistem penjagaan kesihatan negara, dengan tujuan menampung lebih banyak kos lawatan ke doktor, lapor Xinhua.
![[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia [KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71740286728_Renewableenergy.jpg)
[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia
Malaysia telah mencapai 28 peratus dalam campuran bahan api setakat Oktober 2024.
Lebih 18,000 orang berhimpun di Istana Maharaja Jepun raikan hari keputeraan
Lebih 18,000 orang berhimpun dalam cuaca sejuk di Istana Maharaja Jepun bagi meraikan hari keputeraan Maharaja Naruhito.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
FAMA membawa masuk sejumlah 640 metrik tan kelapa dengan peningkatan 30 peratus yang diimport termasuk dari Indonesia.

FAMA kaji harga lantai belian sayur dan buah ladang kontrak
Kajian harga lantai bagi produk di bawah seliaan FAMA akan dibuat dua tahun sekali dengan kerjasama beberapa agensi termasuk Jabatan Pertanian.

Bapa saudara cabul remaja ditahan polis
Suspek berusia 30-an melakukan perbuatan itu ketika mangsa yang juga seorang remaja berusia 14 tahun berada di rumah neneknya.

Kejohanan Pencak Silat Dunia bermula di Abu Dhabi
Kejohanan Pencak Silat Dunia edisi ke-20 dan Kejohanan Pencak Silat Dunia Remaja ke-5, bermula pada Rabu di Pusat Pameran Nasional Abu Dhabi (ADNEC).

Astro One tawar tiga pakej hiburan lebih fleksibel serendah RM49.99 sebulan
Astro One menggabungkan saluran televisyen terbaik, aplikasi penstriman popular dan pilihan jalur lebar berkelajuan tinggi.

Enam lagi sukan dapat dana tambahan bagi pembangunan bakat baharu
Sukan terjun, badminton, berbasikal, skuasy, renang dan olahraga diumumkan sebagai penerima dana itu.

Wanita mampu tonjol kebolehan dengan anjurkan aktiviti sukan - Nancy
Nancy Shukri berkata dengan pembudayaan sukan juga boleh meningkatkan tahap kecergasan fizikal dan mental masyarakat.

Suri teladan penting dalam membentuk atlet, pemimpin sukan wanita berjaya - Sharon
Ia mampu menjadi pendorong kepada kelahiran lebih ramai atlet dan pemimpin sukan wanita berjaya.

Sokong anak ceburi sukan tanpa menekan - Ibu bapa Nicol
Desmond berkongsi bahawa beliau dan isteri tidak pernah menekan Nicol untuk menyertai sukan secara serius atau untuk menjadi juara.

"Adik minat e-sports? Fokus sekolah dahulu" - Ikon e-sukan, Daddyhood
Golongan remaja atau kanak-kanak yang mempunyai minat dalam e-sukan perlu menjadikan pendidikan sebagai asas utama dalam pembentukan kerjaya.

Penganjuran sukan mampu kukuhkan kerjasama keselamatan - Ab Rauf
Penganjuran sukan dapat memperkukuh kerjasama dalam memelihara keselamatan dan keamanan, kata Ketua Menteri Melaka.

Jurulatih tinju Samoa meninggal dunia dalam temasya Olimpik Paris 2024
Jurulatih tinju Samoa ke Sukan Olimpik Paris 2024, Lionel Elika Fatupaito meninggal dunia ketika menyertai delegasi itu, di perkampungan sukan pada Jumaat.

Sukma 2024: Bukan hanya sukan, tonjolkan semangat, budaya tempatan - Timbalan Menteri Sarawak
Temasya itu juga dapat menjadi medan untuk mengenali masyarakat dan tempat-tempat menarik di Sarawak.