Pemanah wanita negara, Fatin Nurfatehah Mat Salleh berpeluang cerah meraih pingat emas selepas melayakkan diri ke final acara compound individu pada pusingan pertama Piala Asia di Bangkok, Thailand.
Pemenang dua pingat emas Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 itu layak ke final selepas menewaskan pemanah Singapura, Contessa Loh Tze Chieh 10-9 pada panahan penentuan setelah kedua-dua mereka terikat 144 mata, pada aksi separuh akhir pada Khamis.
Fatin akan berdepan Muskan Kirar pada aksi final, esok setelah pemanah India itu mengetepikan saingan sengit wakil Iran, Seyedeh-Vida Halimianavval 146-144 pada satu lagi aksi separuh akhir, menurun laman web www.asianarchery.com .
Terdahulu, Fatin menewaskan rakan sepasukan, Nur Aina Yasmine Halim dengan keputusan 144-142 pada pusingan ketiga kejohanan berkenaan.
Dua lagi wakil negara, Saritha Cham Nong dan Nurul Syazhera Mohd Asmi pula tewas seawal pusingan kedua dan pertama, masing-masing kepada pemanah Kazakhstan, Diana Makarchuk (140-143) dan atlet Filipina, Andrea Robles (134-139).
Dalam saingan compound lelaki, tiada wakil negara yang berjaya melayakkan diri ke final setelah tewas kepada lawan masing-masing pada pusingan awal serta suku akhir.
Wong Co Wan, M. Khambeswaran dan Syahrizan Jafar berjaya mara sehingga ke suku akhir sebelum tumpas kepada lawan masing-masing.
Wong tewas dengan keputusan 141-144 kepada pemanah Iran, Mohammad Saleh Palizban, Khambeswaran kepada wakil India, Vedant Wankhade (144-146), manakala Syahrizan tewas dengan keputusan 142-145 kepada pemanah Vietnam, Nguyen Tien Cuong.
Khambeswaran sebelum itu mengalahkan rakan sepasukan,Mohd Hakhiki Mohd Kamro, 141-138 pada pusingan kedua. -- Bernama
Bernama
Thu Mar 28 2019

Fatin akan berdepan Muskan Kirar pada aksi final, esok setelah pemanah India itu mengetepikan saingan sengit wakil Iran, Seyedeh-Vida Halimianavval 146-144 pada satu lagi aksi separuh akhir. - Gambar fail/BERNAMA
Australia umum USD5.4 bilion untuk Medicare
Perdana Menteri Australia Anthony Albanese mengumumkan suntikan dana tambahan bernilai USD5.4 bilion bagi memperkukuh sistem penjagaan kesihatan negara, dengan tujuan menampung lebih banyak kos lawatan ke doktor, lapor Xinhua.
![[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia [KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71740286728_Renewableenergy.jpg)
[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia
Malaysia telah mencapai 28 peratus dalam campuran bahan api setakat Oktober 2024.
Lebih 18,000 orang berhimpun di Istana Maharaja Jepun raikan hari keputeraan
Lebih 18,000 orang berhimpun dalam cuaca sejuk di Istana Maharaja Jepun bagi meraikan hari keputeraan Maharaja Naruhito.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
FAMA membawa masuk sejumlah 640 metrik tan kelapa dengan peningkatan 30 peratus yang diimport termasuk dari Indonesia.

FAMA kaji harga lantai belian sayur dan buah ladang kontrak
Kajian harga lantai bagi produk di bawah seliaan FAMA akan dibuat dua tahun sekali dengan kerjasama beberapa agensi termasuk Jabatan Pertanian.

Bapa saudara cabul remaja ditahan polis
Suspek berusia 30-an melakukan perbuatan itu ketika mangsa yang juga seorang remaja berusia 14 tahun berada di rumah neneknya.

Jerman adakan pilihan raya awal Ahad ini
Jerman akan mengadakan pilihan raya awal pada Ahad bagi memilih 630 ahli Bundestag.

Kastam rampas senjata api tiruan bernilai RM1.8 juta sepanjang tahun lepas
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya menggagalkan 31 kes cubaan membawa masuk senjata api ringan tiruan ke negara ini sepanjang tahun lepas, membabitkan nilai rampasan RM1.8 juta.

Melaka Sentral akan dibaik pulih demi keselesaan pengguna
Bangunan Melaka Sentral tidak akan dirobohkan tetapi kerja-kerja pemuliharaan dan baik pulih pada bahagian yang rosak bakal dilaksanakan.

Terengganu guna khidmat pelajar tahfiz imam solat tarawih
Semua masjid dan surau digalak melantik imam dalam kalangan pelajar tahfiz yang menguasai aspek al-Quran dan mempunyai ilmu pengetahuan fiqah.

Memanah: Mohd Juwaidi-Fatin Nurfatehah hampir pecah rekod kebangsaan, layak ke suku akhir
Skuad memanah compound berpasukan campuran dan berpasukan lelaki meneruskan panahan positif untuk mengatasi cabaran lawan masing-masing.

Fatin Nurfatehah pecah rekod kebangsaan di Piala Dunia Paris 2023
Fatin Nurfatehah mengumpul keseluruhan 704 mata selepas 72 panahan pada pusingan kelayakan, bagi penentuan ranking dan sekali gus memadam rekod lama 701 mata.

Sukan SEA Hanoi: Juwaidi-Fatin Nurfatehah ulangi detik emas Compound Berpasukan Campuran
Juwaidi-Fatin NurFatehah kembali bergandingan bagi mengulangi sensasi temasya Singapura 2015 dan Kuala Lumpur 2017.

Pemanah negara, Fatin Nurfatehah layak ke final Kejohanan Piala Asia di Bangkok
Pemanah wanita negara, Fatin Nurfatehah Mat Salleh berpeluang cerah meraih pingat emas selepas melayakkan diri ke final acara compound individu pada pusingan pertama Piala Asia di Bangkok, Thailand.

Sukan SEA 2017: Fatin Nurfatehah 'Robin Hood' wanita Malaysia raih pingat gangsa
Nama Fatin Nurfatehah Mat Salleh sudah mula bermain di bibir peminat-peminat sukan tanah air.

Memanah: Fatin cipta rekod baru
Dia berjaya mengetepikan saingan sengit daripada pemanah utama Filipina, Amaya Amparo Cojuangco, serta wakil Thailand, Kanyavee Maneesombatkul, apabila kedua-duanya meraih 695 mata.

Sukan SEA: Kekuatan mental mampu jadi pemisah - Fatin Nurfatehah
Daripada segi teknik, semuanya berada dalam persediaan terbaik.