BEIJING: Penganjuran Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing 2022 disifatkan sebagai cemerlang, sekali gus memberi pengalaman berharga kepada negara penganjur seterusnya.
Demikian dinyatakan para pemerhati rasmi yang terdiri daripada wakil Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Paris 2024, Sukan Olimpik Musim Sejuk Milano Cortina 2026, dan Jawatankuasa Antarabangsa (IOC) selepas meninjau pengoperasian pertandingan di Stadium Sukan Negara, di sini, pada Khamis.
Pemerhati rasmi terdiri daripada 114 individu dan dijadual mengunjungi 12 lokasi pertandingan dan 10 lokasi bukan pertandingan yang terletak di bandar Beijing, daerah Yanqing dan bandar Zhangjiakou.
Antara intipati lawatan rasmi tersebut termasuk pengoperasian stadium, penganjuran pertandingan, percubaan acara pertandingan, dan perlindungan jenama.
Menurut petugas Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Musim Sejuk Milano Cortina 2026, Sandro Volpato, China terkenal dengan ketepatan dan ia sekali lagi terbukti dalam penganjuran Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022.
"Pelbagai kaedah baharu diperkenalkan termasuk pemilihan kakitangan dan pemberian latihan, selain pengurusan gelembung tertutup tatkala menghadapi ancaman penularan pandemik COVID-19.
"Langkah-langkah yang cekap tersebut secara tidak langsung boleh dijadikan panduan kepada penganjur pada masa akan datang," tambahnya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 04 2022

Pemerhati rasmi terdiri daripada 114 individu dan dijadual mengunjungi 12 lokasi pertandingan dan 10 lokasi bukan pertandingan yang terletak di bandar Beijing, daerah Yanqing dan bandar Zhangjiakou. - AP

Aksi final Piala Malaysia pada 12 April di SNBJ - MFL
Tarikh ini dipilih selepas mengambil kira kesesuaian kalendar Liga Malaysia dan penglibatan JDT dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), serta ketersediaan venue SNBJ.
AWANI Ringkas: Barangan basah hadapi masalah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Provokasi AS semakin serius di bawah kepimpinan Trump - Pyongyang
Kementerian Pertahanan Korea Utara mendakwa provokasi ketenteraan oleh Amerika Syarikat dan sekutunya semakin serius di bawah pentadbiran Donald Trump.
Dua kanak-kanak Palestin maut ditembak di belakang
Defense for Children menjelaskan kedua-dua kanak-kanak itu disasarkan secara tiba-tiba dan tanpa amaran dari arah belakang oleh tentera zionis yang berada dalam kenderaan berperisai.
90 peratus kediaman Gaza musnah
90 peratus kediaman di Semenanjung Gaza musnah, menyebabkan ratusan ribu penduduk hilang tempat tinggal.
Pentagon umum pengurangan kakitangan awam
Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat (AS) akan mengurangkan sekurang-kurangnya lima peratus tenaga kerja awamnya, bermula minggu depan.
Tiga maut, 29 cedera bumbung 'food court' runtuh di Peru
Sekurang-kurangnya tiga orang terbunuh, manakala 29 lagi cedera dalam kejadian runtuhan bumbung di food court sebuah pusat beli-belah di Utara Peru, pada Jumaat.

Kebakaran kedai karpet Nilai 3: 'Tak logik bakar semata-mata nak tuntut insurans'
J Rajesh, 40-an berkata, tuduhan itu sangat tidak berasas, lebih-lebih lagi pihaknya baru sahaja membawa masuk stok bagi jualan Aidilfitri.

Ismail Sabri dikejar ke hospital, kini dalam keadaan stabil
Difahamkan, Ismail Sabri dikejarkan ke hospital pada jam 2.30 pagi tadi selepas rebah di kediamannya.

Lebih 19,000 KIR terima manfaat Kad Perak Sejahtera - MB
Penyaluran bantuan yang diperkenalkan sejak 2019 itu bertujuan memastikan golongan B40, miskin dan miskin tegar dapat memenuhi keperluan asas makanan.

KBS laksana kajian impak penganjuran Sukan SEA 2027
Mesyuarat mengenai perkara itu masih berjalan dengan penglibatan pelbagai pihak bagi mengenal pasti kelebihan dan kekurangan.

Debut Sukan Olimpik 'langkah besar' dalam karier Nurul Izzah Izzati
Bintang muda berbasikal trek negara Nurul Izzah Izzati Mohd Asri menyifatkan penampilan sulungnya pada Sukan Olimpik 2024 di Paris sebagai 'langkah besar' dalam kariernya.

Dr Wan Azizah harap rentak cemerlang diteruskan di Sukan Paralimpik 2024
Isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berharap agar momentum kecemerlangan atlet negara pada Sukan Para Asia (APG) Hangzhou 2022 diteruskan pada Sukan Paralimpik 2024 di Paris.

Sukan Para Asia: Hannah optimis kontinjen negara mampu lepasi sasaran pingat
Hannah optimis kontinjen Malaysia di Sukan Para Asia Hangzhou 2022 mampu melepasi sasaran 35 pingat yang ditetapkan MPM dan MSN.

Bersediakah Kemboja anjur Sukan SEA 2023?
Venue acara kriket, AZ Ground Cricket Oval juga masih belum sempurna setakat pagi Selasa biarpun sukan tersebut telah membuka tirai pada Sabtu lepas.

China setuju anjur Kejohanan Sepak Takraw Asia 2023, Jun ini
Kejohanan pra-Sukan Asia ke-19 itu bertujuan untuk menguji persediaan negara itu selain mengenal pasti aspek penambaikan yang boleh dilaksanakan.

Olimpik Musim Sejuk Beijing lakar kecemerlangan - Xi Jinping
Presiden China berkata, kejayaan itu hasil usaha kerajaan menyediakan kemudahan bertaraf dunia di tiga zon pertandingan.

Pemerhati rasmi IOC: Penganjuran sukan Olimpik Beijing capai taraf tinggi
Pemerhati rasmi terdiri daripada 114 individu dan dijadual mengunjungi 12 lokasi pertandingan dan 10 lokasi bukan pertandingan di Beijing, daerah Yanqing dan Zhangjiakou.

Komuniti antarabangsa sokong Olimpik Beijing 2022
Acara sukan yang dipolitikkan melanggar semangat Piagam Olimpik, sekali gus menjejaskan kepentingan bersama atlet dan keluarga besar Olimpik.

Paralimpik Tokyo: Tugas bawa Jalur Gemilang suntik motivasi Bonnie
Bonnie berkata tanggungjawab diberikan kepadanya itu adalah penghormatan besar baginya walaupun bakal membuat kemunculan pertama pada temasya sukan itu.