TOKYO: Biarpun terkandas seawal pusingan pertama, pemanah muda wanita negara Syaqiera Mashayikh yang membuat penampilan sulung di Sukan Olimpik di Tokyo tetap berbangga dengan pencapaiannya.
Malah, peluang beraksi di Olimpik Tokyo, yang juga penampilan ketiganya di pentas antarabangsa selepas kejohanan Kelayakan Sukan Olimpik 2020 dan Peringkat Ketiga Piala Dunia 2021 di Paris bulan lalu, memberi pengalaman amat bermakna buat atlet berusia 20 tahun itu.
Atlet kelahiran Segamat, Johor itu turut memulakan saingan acara recurve individu wanita di Tokyo dengan bergaya, selepas mencipta rekod panahan peribadi terbaik dengan pungutan 630 mata pada pusingan penentuan ranking pada Jumaat lepas.
Namun, Syaqiera yang menghuni ranking ke-355 dunia menyedari perjalanannya mengejar impian bergelar jaguh dunia masih jauh selepas tewas 4-6 kepada pemanah di ranking keempat dunia Elena Osipova dari Jawatankuasa Olimpik Rusia (ROC) semalam.
"Sudah tentu saya rasa berbangga dengan diri saya dan gembira dapat belajar sesuatu mengenai keyakinan diri. Saya harap dapat tingkatkan tahap ketahanan mental dan kemahiran, untuk membuat panahan lebih baik dalam kejohanan besar seterusnya," katanya ketika dihubungi Bernama.
"Bagi saya pengalaman di Tokyo amat bermakna dan sangat berharga, apatah lagi ia adalah Olimpik pertama saya," tambah bekas pelajar Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail di Bandar Penawar dan Sekolah Sukan Pahang di Gambang itu.
Mengulas mengenai penyingkirannya dari temasya berkenaan Syaqiera berkata, jika beliau mampu mengawal debaran serta tekanan, pastinya keputusan berdepan Osipova pada aksi di Lapangan Memanah Yumenoshima Park di Tokyo itu, boleh jadi sebaliknya.
Beliau juga menjelaskan, keadaan tangannya yang dilihat menggeletar ketika melakukan panahan pada aksi itu, disebabkan angin kuat yang menyukarkan beliau untuk menetapkan busur bagi melakukan panahan secara konsisten.
Syaqiera berjaya merekodkan 126 mata dalam keseluruhan 15 panahan pada aksi tersebut, kurang tujuh mata daripada Osipova, yang memenangi pingat emas Kejohanan Eropah dalam acara berpasukan bulan lepas.
"Perasaan berdebar saya itu memberi kelebihan kepada lawan saya, walaupun dia juga kelihatan tertekan. Tetapi sekurang-kurangnya dengan pengalaman luas dia dapat mengawal keadaan sekali gus memudahkan melakukan panahan," katanya.
Sebagai rekod, Syaqiera merupakan pemanah wanita ketiga negara layak ke Olimpik selepas Mon Redee Sut Txi (Athens 2004) dan Nurul Syafiqah Hashim (London 2012).
Selepas ini, Syaqiera akan membuat persediaan bagi membolehkannya tampil lebih bersedia menjelang temasya Sukan Asia 2022 di Hangzhou, China dan Sukan SEA 2021 di Vietnam yang dijadual berlangsung tahun hadapan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 28 2021

Selepas ini, Syaqiera akan membuat persediaan bagi membolehkannya tampil lebih bersedia menjelang temasya Sukan Asia 2022 di Hangzhou, China dan Sukan SEA 2021 di Vietnam yang dijadual berlangsung tahun hadapan. - Gambar fail
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Hafiq yakin mampu bawa cabaran lebih besar
Pelumba endurance ini melakar impian besar untuk membawa nama Malaysia ke pentas Olimpik.

Sze Fei-Nur Izzuddin layak jadi pasangan nombor satu negara - Aaron
Pemain beregu lelaki negara Aaron Chia mengakui bahawa Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani layak menjadi pasangan utama negara ketika ini.

Gimnas legenda Hungary Agnes Keleti meninggal dunia
Agnes Keleti, legenda gimnastik dan seorang daripada atlet terkenal di Hungary, meninggal dunia awal pagi Khamis pada usia 103 tahun.

Jelajah Dunia Akhir BWF: Zii Jia, Aaron-Wooi Yik tempah slot separuh akhir
Lee Zii Jia mengesahkan tempat ke aksi separuh akhir selepas melakar kemenangan kedua peringkat Kumpulan A, Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China hari ini.

PM Anwar bangga pencapaian wira negara di Sukan Olimpik dan Paralimpik Paris 2024
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan rasa bangga atas pencapaian tujuh wira negara yang telah mengharumkan nama Malaysia di temasya Sukan Olimpik dan Paralimpik Paris 2024.

Sze Fei-Nur Izzuddin dipertimbang sertai RTG - Hannah
Ia dibuat selepas beregu lelaki berkenaan berjaya menampilkan aksi cemerlang pada beberapa kejohanan sebelum ini.

Pusat Badminton Berprestasi Tinggi Asia dibina di Malaysia - Norza
Inisiatif pertama dilakukan Mohamad Norza selepas terpilih sebagai Naib Presiden OCA bagi Asia Tenggara ialah pembinaan Pusat Badminton Berprestasi Tinggi Asia di Kuala Lumpur, Malaysia.

Wanita Kampala tunjuk solidariti terhadap kematian Rebecca Cheptegei
Sebilangan besar wanita di Kampala menunjukkan solidariti terhadap kematian atlit maraton Olimpik Uganda, Rebecca Cheptegei yang dibunuh teman lelakinya di Kenya pada Jumaat.

Tarik diri Olimpik Paris, Sinner pertahan gelaran Canadian Open
Pemain tenis nombor satu dunia, Jannik Sinner, mempertahankan gelaran Canadian Open dengan kemenangan 6-2 6-4 ke atas Borna Coric dari Croatia.

‘Penyakit dalam sukan Malaysia, tumpu kepada atlet menang sahaja’ - Penganalisis
"Tengok apabila Pandelela Rinong tidak boleh bertanding, tidak ada orang yang boleh menggantikan tempatnya, begitu juga berlaku selepas Lee Chong Wei bersara. Terkapai-kapai cari pengganti."