KUALA LUMPUR: Persembahan hambar skuad Bawah 23 Tahun (B-23) kebangsaan ketika tewas 0-2 di tangan pasukan pilihan Uzbekistan pada saingan Piala Asia B-23 2024 di Doha, Qatar semalam perlu dielakkan dalam perlawanan akan datang.
Ia selepas pendekatan taktikal skuad Harimau Muda pada aksi pembukaan Kumpulan D itu menerima kritikan hebat apabila pasukan dilihat menyajikan permainan negatif terutama di separuh masa pertama yang menyaksikan tiada sebarang percubaan tepat ke gawang lawan berjaya dilakukan Malaysia.
Permainan negatif pasukan negara kendalian Juan Torres Garrido itu juga dapat dilihat menerusi kegagalan pemain menguasai bola di kawasan sendiri dan di kawasan pihak lawan apabila sering kehilangan bola selepas antara dua dan tiga sentuhan, selain lebih gemar bermain hantaran jauh.
Lebih perit, kedua-dua gol yang dicipta Uzbekistan berpunca daripada kesilapan individu pemain negara termasuk satu penalti yang diberikan kepada juara edisi 2018 dan naib juara edisi lepas itu.
Aksi hambar ditunjukkan Harimau Muda semalam turut mendapat perhatian penganalisis bola sepak tempatan Datuk Dr Pekan Ramli yang terkilan dengan cara kekalahan dialami Malaysia.
"Kita tidak sepatutnya kalah kepada Uzbekistan macam mana kita kalah malam tadi, saya dapati kecergasan pemain di tahap yang rendah, mereka bermain permainan yang negatif dan corak permainan yang ditunjukkan tidak seperti bola sepak moden.
"Kesilapan-kesilapan individu yang berlaku semalam juga tidak sepatutnya terjadi di peringkat ini. Sesuatu perlu dilakukan segera bagi mempertingkatkan tahap permainan pasukan untuk lawan Vietnam dan Kuwait selepas ini kalau tidak kita mungkin pulang tanpa sebarang mata," katanya kepada Bernama hari ini.
Pada pertembungan di Stadium Antarabangsa Khalifa semalam, ketua pasukan Uzbekistan Jasurbek Jaloliddinov menyempurnakan penalti pada minit ke-11 selepas pemain pertahanan Muhamad Syahir Bashah dipersalahkan kerana menjatuhkan Ruslanbek Jiyanov.
Pemain gantian Ulug'bek Khoshimov melengkapkan kemenangan 2-0 Uzbekistan yang muncul naib juara edisi lepas pada minit ke-83 berpunca kesilapan Muhammad Abu Khalil dalam membuat hantaran di kawasan sendiri.
Kekalahan itu menyaksikan Malaysia perlu bangkit mengutip mata ketika membuat perhitungan dengan Vietnam di venue sama pada Sabtu ini sebelum bertemu Kuwait pada aksi terakhir kumpulan di Stadium Al Janoub di Al Wakrah pada Selasa depan.
Malaysia yang pernah mara sehingga ke peringkat suku akhir pada edisi 2018, menyasarkan untuk menyamai pencapaian itu pada kempen kali ini.
Hanya dua pasukan teratas setiap kumpulan layak ke suku akhir dan berpeluang meneruskan cabaran merebut tiga slot automatik ke Sukan Olimpik Paris 2024 manakala pasukan keempat terbaik kejohanan akan bermain perlawanan play-off bertemu Guinea di Paris, Mei ini.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 18 2024

Aksi hambar ditunjukkan Harimau Muda semalam turut mendapat perhatian penganalisis bola sepak tempatan, Pekan yang terkilan dengan cara kekalahan dialami Malaysia. - Gambar fail/Bernama

Didik anak-anak bezakan kesahihan maklumat - Dr Wan Azizah
Kepesatan penyebaran pelbagai maklumat ketika ini menuntut ibu bapa memainkan peranan sangat penting dalam mendidik anak-anak untuk lebih bijak menilai serta membezakan kesahihan berita diterima.
[TERKINI] Dua platform jualan dalam talian turunkan iklan `gummy'
KKM mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy', sebelum ini dilaporkan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
KUSKOP peruntuk RM12 juta tahun ini - Ewon
Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) memperuntukkan RM12 juta bagi Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE) tahun ini.

UMNO, BN Sabah harus dominan pada PRN demi kemajuan Sabah - Ahmad Zahid
UMNO dan Barisan Nasional (BN) harus menjadi parti dominan semula di Sabah pada pilihan raya negeri (PRN) ke-17 akan datang.
Dipenjara 2 bulan, denda RM1,000, curi baju, tudung, selipar
Seorang suri rumah dipenjara dua bulan dan didenda RM1,000 kerana mencuri beberapa barangan, termasuk pembersih muka di sebuah pasar raya.
Zahid yakin SPRM, belum sempat ziarah Ismail Sabri
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yakin Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menyiasat dan berlaku adil ke atas empat pegawai bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Pada masa yang sama ketika sidang media sempena sambutan Ulang Tahun Ke-34 UMNO Sabah di Tawau, beliau memberitahu masih tidak sempat menziarahi Ismail Sabri yang menerima rawatan di hospital.
Pada masa yang sama ketika sidang media sempena sambutan Ulang Tahun Ke-34 UMNO Sabah di Tawau, beliau memberitahu masih tidak sempat menziarahi Ismail Sabri yang menerima rawatan di hospital.
[Data & Statistik] Indeks Persepsi Rasuah 2024
Ikuti ulasan Irfan Faruqi berkenaan dengan Indeks Persepsi Rasuah 2024.

KKM sasar turunkan prevalens bantut kepada 14.2 peratus menjelang 2030
Kementerian Kesihatan (KKM) meletakkan sasaran untuk menurunkan prevalens pertumbuhan terbantut bagi kanak-kanak berusia bawah lima tahun kepada 14.2 peratus menjelang 2030.
Ismail Sabri masih perlukan pemantauan rapi doktor
Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob masih memerlukan pemantauan rapi pihak hospital.
SPRM tahan dua bergelar Datuk, antara 4 pegawai Ismail Sabri
Sumber rapat SPRM memaklumkan perintah reman dikeluarkan oleh Majistret Irza Zulaikha untuk lima hari bermula 21 Februari terhadap tiga individu.

Skuad B-23 negara jalani pemulihan selepas tumbangkan China
Skuad B-23 negara mencuri tumpuan apabila menewaskan China 1-0 dalam aksi persahabatan tertutup di Shanghai semalam.

Skuad B-23 perlu ada minit permainan yang cukup - Elavarasan
Minit permainan amat penting dalam memastikan skuad Harimau Muda mampu memberi tentangan sengit dalam saingan peringkat kumpulan.

Skuad Harimau Muda akhiri saingan AFF 2023 di tempat keempat
Skuad Harimau Muda bimbingan E. Elavarasan menyamai rekod terbaik Malaysia menduduki tempat keempat pada edisi sulung 2005.

Saravanan curi tumpuan bantu Harimau Muda 'ratah' Singapura 7-0
T. Saravanan mencuri tumpuan apabila meledak empat gol dan melakukan satu bantuan jaringan sekali gus muncul penjaring terbanyak skuad Harimau Muda.

Vietnam 'hantar' Harimau Muda pulang awal
Kekalahan itu menafikan hasrat menggunung skuad B-22 kebangsaan bimbingan E. Elavarasan untuk mara ke peringkat separuh akhir.

Sasaran ke final skuad Harimau Muda di Kemboja kekal meski diundi dalam kumpulan 'maut'
Presiden FAM Datuk Hamidin Mohd Amin menganggap undian itu adalah yang terbaik buat Harimau Muda.

Sukan SEA Hanoi: Skuad B-23 gagal bawa pulang pingat gangsa
Skuad Bawah 23 Tahun (B-23) kebangsaan pulang dengan tangan kosong, selepas tewas kepada Indonesia 3-4, dalam penentuan sepakan penalti.

Sukan SEA: Kim Swee sedia pendekatan berbeza terhadap Timor Leste
Datuk Ong Kim Swee desak pemainnya untuk tidak membahayakan peluang itu dan memberi tumpuan penuh untuk muncul di tangga kedua Kumpulan A.

Kim Swee cari kombinasi terbaik di China demi hadapi Sukan Asia
Pengendali skuad B-23 kebangsaan itu menegaskan beliau mahu melihat peningkatan corak permainan 22 pemain dibawa ke China.

Gary bakal jalani latihan bersama kelab gergasi Jerman
Bekas pemain Harimau Muda, Gary Steven Robbat yang kini digantung daripada menyertai sebarang aktiviti bola sepak selama tiga bulan oleh FAM bakal menjalani latihan bersama kelab Borussia Dortmund.