IPOH: Aspek kecergasan menjadi nadi penting kepada Perak FC bagi mengimbangi kekuatan Terengganu FC (TFC) menjelang pertembungan kedua-dua pasukan pada pusingan pertama Piala FA di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, 14 Jun ini.
Ketua jurulatih Perak FC Yusri Che Lah berkata lawan mereka bukan calang-calang pasukan dan berdasarkan kepada statistik skuad kendalian Tomislav Steinbruckner itu telah mencipta enam jaringan selain hanya bolos sekali dalam tiga aksi Liga Super.
"Statistik tersebut menunjukkan betapa tajamnya mereka di barisan serangan dan pada masa sama kebal di bahagian pertahanan. Cuma kita tak mahu terluka buat kali kedua di tangan mereka.
"Jadi, dengan penekanan terhadap aspek kecergasan dalam sesi latihan amat penting kepada setiap pemain supaya kita dapat mengimbangi perlawanan dan mencatatkan keputusan positif," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
Untuk rekod, dalam saingan Piala FA musim lepas, The Bos Gaurus gagal mara ke pusingan kedua selepas tunduk 1-2 kepada Sri Pahang FC dalam aksi di Stadium Perak pada 8 Mac tahun lepas.
Mengulas mengenai taktikal pasukan, Yusri berkata beliau bersama barisan kejurulatihan sedang mengatur strategi lebih ampuh terutama dalam menyekat jentera serangan tuan rumah diketuai penyerang import dari Nigeria Ismahil Akinade.
"Sesungguhnya perancangan yang amat baik akan cuba saya tampilkan nanti dan kita harap kelibat (Ismahil) Akinade, Akhyar Rashid, Safawi Rasid serta Manuel Ott dapat dirantai pada perlawanan tersebut," katanya.
Selain itu, beliau berkata buat masa ini semua pemain utama pasukan termasuk tonggak import bebas daripada sebarang kecederaan dan dijangka dapat diturunkan dalam perlawanan itu nanti.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 10 2024

Yusri (gambar) berkata beliau bersama barisan kejurulatihan sedang mengatur strategi lebih ampuh terutama dalam menyekat jentera serangan tuan rumah diketuai Ismahil Akinade. - Gambar fail
Bergolak lagi, Trump kini salahkan Rusia ceroboh Ukraine
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump sekali lagi mengeluarkan kenyataan berdolak dalik dan berpaling tadah apabila menyalahkan Rusia menyerang Ukraine dalam peperangan antara kedua negara. Kenyataan itu dinyatakan oleh Trump tidak lama selepas beliau menyelar Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskiy sebagai 'diktator' .
Korea Selatan bantah tuntutan Jepun ke atas Pulau Dokdo
Korea Selatan pada Sabtu membantah tuntutan berulang kali Jepun terhadap pulau kecil yang terletak di tengah-tengah antara kedua-dua negara, dikenali sebagai Dokdo oleh Korea Selatan dan Takeshima oleh Jepun.

Jenazah Allahyarham Ishsam akan dibawa balik ke Ipoh selepas bedah siasat
Jenazah ADUN Ayer Kuning Ishsam Shahruddin akan dibawa pulang ke rumahnya di Desa Seri Ampang, Ipoh, selepas selesai urusan bedah siasat.
Kerajaan peruntuk RM869 juta untuk RMT tahun ini - Wong
Sejumlah RM869 juta diperuntukkan kerajaan untuk program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) tahun ini bagi membantu pelajar yang tergolong dalam kategori miskin tegar.
PM akui prestasi Kabinet tidak sempurna
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui prestasinya ahli Kabinet tidak begitu sempurna dan masih mempunyai ruang untuk penambahbaikan.
Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri ini direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.
Polis Pulau Pinang sahkan ADUN Ayer Kuning meninggal dunia petang tadi
ADUN Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, 59, meninggal dunia setelah tidak sedarkan diri selepas perlawanan bola sepak persahabatan di Stadium Bandaraya di George Town, Pulau Pinang pada Sabtu.

Isu peruntukan pembangkang: Tidak pernah ada syarat perlu sokong saya - PM Anwar
Anwar berkata tidak pernah ada sebarang syarat yang menetapkan Ahli Parlimen pembangkang perlu menyokong beliau bagi mendapatkan peruntukan.

Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri Pulau Pinang direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.

Malaysia buka jalur baharu dengan negara berkembang, perluas skop dagangan negara - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perubahan dalam landskap geopolitik dunia pada masa ini memerlukan penyesuaian dalam strategi perhubungan antarabangsa.

Perak FC hajat sekat JDT di SSI minggu depan
Bagaimanapun, Yusri berkata, ia bukan tugas mudah lebih-lebih lagi JDT baru sahaja mengecap kejayaan mara ke pusingan 16 ACLE.

Liga Super: Kuching City bangkit ikat Perak, Penang FC menang besar di Kota Bharu
Kuching City FC gagal memperbaiki kedudukan selepas terikat 1-1 dengan Perak FC pada aksi Liga Super.

Yusri mahu Perak FC kekalkan momentum kemenangan
Yusri Che Lah mampu tersenyum lebar selepas menyaksikan skuad bimbingannya menang bergaya 7-0 ke atas KDN FC.

Perak berpesta gol benam Kelantan 7-0 di Manjung
Perak FC melonjak ke tangga kelima Liga Super selepas membelasah Kelantan Darul Naim FC 7-0.

Liga Super: Selangor atasi KL City 1-0, Bos Gaurus ikat Harimau Kumbang 3-3
Peluang terbaik babak pertama hadir pada minit ke-30, hasil hantaran Alvin Fortes kepada Quentin Cheng, namun gagal disempurnakan.

Piala Malaysia: Sri Pahang tempah tiket separuh akhir
Kejayaan Skuad Tok Gajah ini disahkan menerusi kemenangan agregat 4-3.

Liga Super: Perak FC dihukum akibat kelalaian sendiri
Yusri berkata para pemain perlu mengambil pengajaran dan sedar bahawa kelalaian mereka dalam perlawanan hanya akan membawa padah.

TFC kutip tiga mata penting, benam Kelantan 2-1
Skuad Penyu melancarkan pelbagai serangan awal untuk menguji ketangkasan penjaga gol KDN FC, Mohammad Fikri Che Soh.

Piala Malaysia: Yusri Che Lah mahu pemain kekalkan momentum
Yusri mengakui masih ada ruang yang perlu diperbaiki bagi memastikan Perak terus mara.

Piala Malaysia: JDT belasah KL Rovers 9-0 untuk ke suku akhir
Skuad Harimau Selatan membenam pasukan Liga A1 Semi Pro tersebut, 6-0 pada aksi timbal balik pusingan 16 terakhir di Stadium Sultan Ibrahim.