KUALA LUMPUR: Penyerang naturalisasi negara Guilherme De Paula diletakkan harapan untuk menampilkan persembahan terbaik bersama skuad kebangsaan pada dua perlawanan persahabatan antarabangsa Tier 1 di Amman, Jordan bulan ini.
Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Yusoff Mahadi berkata, soal De Paula berlari di padang atau tidak adalah antara pemain berusia 34 tahun itu dan Ketua Jurulatih Tan Cheng Hoe, namun sebagai penyerang peranan utama beliau adalah menjaringkan gol.
Mohd Yusoff berkata De Paula harus bersedia dari segi mental untuk memikul tanggungjawab tersebut selain perlu menetapkan matlamat meledak seberapa banyak jaringan bersama pasukan negara.
"Kalau tiap-tiap perlawanan dia tak boleh jaringkan gol, tak ada makna lah dia boleh membantu kita (pasukan negara). Sebab kita ambil dia khas bagi mendapatkan gol, jadi itu menjadi tanggungjawabnya," katanya yang juga pengurus pasukan ketika ditemui baru-baru ini.
De Paula yang juga penyerang Johor Darul Ta'zim (JDT) gagal menambat hati penyokong skuad kebangsaan dalam ketiga-tiga penampilannya pada saingan Kumpulan G pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Emiriah Arab Bersatu (UAE), Jun lepas.
Meskipun meraih jaringan sulungnya menerusi sepakan penalti ketika bertemu Vietnam, pencapaian itu dianggap penyokong belum boleh dibanggakan, apatah lagi apabila De Paula dilihat kurang efektif dalam memainkan peranannya di bahagian serangan skuad Harimau Malaya.
Bagaimanapun, Mohd Yusoff mempertahankan pemain kelahiran Brazil itu dengan menyifatkan De Paula perlu diberikan lebih masa untuk menyesuaikan diri bersama skuad kendalian Cheng Hoe.
"Kalau tengok perlawanan-perlawanan lepas, tak banyak bola sampai ke dalam kawasan lawan kita, jadi nak menyalahkan De Paula seorang pun tidak adil. Bagi saya episod itu telah berlalu dan De Paula kena buktikan dia pilihan tepat menjadi penyerang negara," katanya.
Pada masa sama, Mohd Yusoff berkata dengan rekod jumlah jaringan yang tinggi sepanjang beraksi dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M) sejak menyertai Selangor pada 2015, beliau berharap pencapaian itu dapat dijelmakan di pentas antarabangsa.
Malaysia yang menduduki ranking ke-154 dunia akan berdepan Jordan (ke-93 dunia) di Stadium King Abdullah II di Amman pada 11 malam esok, dan Uzbekistan (ke-84 dunia) di Stadium Antarabangsa Amman, 9 Okt.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 05 2021

De Paula harus bersedia dari segi mental untuk memikul tanggungjawab tersebut selain perlu menetapkan matlamat meledak seberapa banyak jaringan bersama pasukan negara. - Foto: Football Association of Malaysia

OIC kecam pencerobohan Netanyahu dan Katz ke khemah pelarian Tulkarm
OIC menyifatkan tindakan itu sebagai lanjutan kepada serangan berterusan rejim Israel terhadap rakyat Palestin.

Melaka FC rangkul kejuaraaan Liga A1 Semi Pro
Fuseini Issah tampil cemerlang dengan jaringan hatrik bagi membantu Melaka FC meraih kemenangan besar ke atas Machan FC.

THT & PDRM Blue Warriors lengkapkan kejuaraan treble MHL 2025
THT mengungguli perlawanan akhir menerusi penentuan penalti, selepas kedudukan terikat 1-1 dalam masa permainan sebenar.

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Pemain naturalisasi yang kurang menyerlah tidak membantu - M. Karathu
Persatuan bola sepak Malaysia (FAM) digesa memberi fokus kepada pembangunan pemain di peringkat akar umbi, dan bukannya mengambil jalan singkat dengan mencuba nasib menurunkan pemain naturalisasi.

Peminat perlu adil kepada Liridon, De Paula
Peminat bola sepak perlu bersikap adil terhadap kedua-dua pemain naturalisasi baharu negara Guilherme de Paula dan Liridon Krasniqi yang dikatakan tidak berupaya memberi impak kepada pasukan.

Tak sangka Harimau Malaya 'rebah' berdepan UAE - Pengurus pasukan
Pengurus pasukan kebangsaan, Yusuf Mahadi terkejut melihat pasukan negara rebah pada 10 minit terakhir perlawanan.

Cheng Hoe perjelas sebab de Paula diberi peluang beraksi 90 minit
Ramai peminat bola sepak tanah air, mempersoalkan mengapa de Paula, tidak digantikan dengan pemain lain, yang mampu beraksi dengan lebih baik.

Peminat kecewa Harimau Malaya rapuh diratah UAE
Kekecewaan ini dirakam sebilangan besar peminat di laman media sosial mereka, dan tidak kurang juga di Facebook Kelab Penyokong Harimau Malaya.

Harimau Malaya akur kehebatan Kuwait
Kuwait terlebih dulu di depan hasil jaringan Ahmad Aldhefeery pada minit ke-21 sebelum Guilherme de Paula meledak gol penyamaan pada minit ke-28.

De Paula, Ramadhan antara dipanggil ke latihan pusat
Johor Bahru dipilih sebagai lokasi latihan pusat kali ini kerana kemudahan lengkap yang dimiliki JDT adalah bertaraf dunia dan yang terbaik untuk bola sepak di negara ini.

PJ City dibarisi pemain tempatan, berjaya curi mata daripada Perak FC
Pada aksi di Stadium Perak, skuad tuan rumah yang turun dengan dua pemain import dan Guilherme de Paula yang baharu mendapat status naturalisasi, gagal merobek benteng skuad The Phoenix.

Selangor tetap cemerlang tanpa dua import
Pengendali Selangor, Mehmet Durakovic tetap memuji persembahan pasukannya meskipun sekadar menang 1-0 ke atas Felda United pada Selasa.