SEPANG: Permukaan Litar Antarabangsa Sepang (SIC) bakal dinaik taraf bermula Mac ini bagi menjamin keselamatan pengguna terutama apabila penganjuran perlumbaan MotoGP di Grand Prix (GP) Malaysia diadakan November ini.
Ketua Pegawai Eksekutif SIC, Azhan Shafriman Hanif berkata penurapan litar tersebut hanya membabitkan sepanjang 5.54 kilometer (km) dan hanya melibatkan kira-kira satu km di Selekoh 7, 8 dan 9.
"Litar ini seperti stadium bola sepak di mana pada satu-satu masa perlukan penyelenggaraan. Kita lihat ada beberapa tempat yang perlu dinaik taraf.
Jadi kita perlukan bantuan kerajaan untuk membantu kita memastikan litar ini dalam keadaan baik. Lagipun, untuk menurap litar bukan murah kerana untuk menurap sepanjang 5.54km memerlukan kira-kira RM20 juta," katanya kepada pemberita di sesi Ujian Musim Sejuk 2023 MotoGP di sini hari ini.
Beliau berkata, kerja penambah baik litar berkenaan sepatutnya dilakukan pada 2021, namun pandemik COVID-19 mengakibatkan perancangan terbabit ditangguh.
Katanya Persekutuan Motosikal Antarabangsa (FIM) sebelum ini pernah menyuarakan pandangan mengenai perkara tersebut sebelum membuka tirai perlumbaan pada November ini.
"Jika mendapat kelulusan, kita rancang untuk tutup litar ini pada Mac nanti dan buka semula pada Mei untuk memastikan keadaan litar benar-benar bersedia untuk digunakan sepenuhnya," katanya.
Kali terakhir SIC menaik taraf litar sepanjang 5.54 kilometer tersebut adalah pada tahun 2016 dan selepas itu tiada sebarang penurapan baharu dilakukan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 11 2023

Ketua Pegawai Eksekutif SIC, Azhan Shafriman Hanif berkata penurapan litar tersebut hanya membabitkan sepanjang 5.54 kilometer (km) dan hanya melibatkan kira-kira satu km di Selekoh 7, 8 dan 9. - Gambar fail/BERNAMA

Hubungan dua hala Bangladesh-Malaysia diperkukuh pada Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa
Ahsan menyifatkan Malaysia sebagai model keharmonian dalam kepelbagaian komuniti linguistik.

Teknologi robotik pacu sektor pelancongan kesihatan di Melaka
Upaya memacu sektor pelancongan kesihatan yang menjadi satu daripada subsektor penting dalam industri pelancongan negeri.

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

46 warga Indonesia mangsa pemerdagangan dibawa pulang, termasuk bekas ahli DPRD
46 mangsa pemerdagangan manusia itu datang dari sembilan provinsi dengan majoriti berasal dari Sumatera Utara dan Jawa Barat.

Arab Saudi anjur sidang kemuncak pembinaan semula Gaza
Arab Saudi dijadual menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Lebih 700,000 penyu mendarat di pantai Rushikulya India
Lebih 700,000 ekor penyu spesies Olive Ridley mendarat di pantai Rushikulya yang terletak di timur Odisha, India. Ia rekod terbaharu penetasan penyu atau digelar oleh masyarakat tempatan sebagai fenomena 'Arribada' di pantai itu.

MotoGP: Morbidelli catat masa terpantas pada hari kedua ujian di Sepang
Morbidelli, pelumba pasukan Pertamina Enduro VR46 Racing Team, mencatat masa 1 minit dan 57.210 saat pada pusingan ke-18 semalam.

MotoGP: 'Martinator' patah tangan dan kaki - Ujian Sepang
Pelumba Aprilia Racing itu disahkan mengalami kecederaan patah tangan kanan dan patah kaki kiri.

MotoGP perlumbaan Barcelona agak mencabar - Bagnaia
Pelumba kelahiran Itali itu mengakui cabaran Litar de Catalunya selepas melalui pengalaman terjatuh di litar berkenaan pada Jun lalu.

GP Malaysia: SIC sahkan pelumba negara beraksi tiket 'wildcard'
Beliau berkata butiran mengenai jumlah pelumba dan kelas bakal disertai akan diumumkan dalam masa terdekat oleh pihak penaja korporat.

Raja Permaisuri Agong berangkat menyaksikan perlumbaan GT World Challenge Asia
Baginda menyaksikan penyertaan paduka anakanda, Tunku Abu Bakar Sultan Ibrahim, yang mewakili pasukan JMR Triple Eight.

Triple Eight JMR raih tempat ke-10 di Sepang
Pasukan yang memandu jentera Mercedes-AMG GT3 EVO itu mencatat masa satu jam dua minit 42 saat selepas 26 pusingan.

Bagnaia terajui hari terakhir ujian musim sejuk MotoGP 2024
Juara dunia berusia 27 tahun itu mencatatkan masa satu minit dan 56.682 saat pada pusingan kelapan daripada 47 pusingan.

Tiada perbincangan kembali anjur F1 di Malaysia - Petronas
Petroliam Nasional Bhd atau PETRONAS menafikan sebarang perbincangan untuk menganjurkan semula Formula 1 (F1) di Malaysia.

GP Malaysia tarik 182,912 penonton, SIC kini fokus tambah baik litar
Kehadiran musim ini mengatasi jumlah 163,567 penonton tahun lepas.

TPM Ahmad Zahid saksi perlumbaan GP Motosikal Malaysia 2023
Timbalan Perdana Menteri meluangkan masa menyaksikan perlumbaan Grand Prix (GP) Motosikal Malaysia 2023 di Litar Antarabangsa Sepang hari ini.