Pasukan Melaka United (MU) berada pada tahap 99 peratus dari segi persediaan pemain, pengurusan pasukan dan teknikal bagi menghadapi cabaran Liga Super musim ini, kata Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron.
Presiden Persatuan Bola Sepak Melaka United itu berkata pihak pengurusan MU juga hampir memuktamadkan barisan pemain kesebelasan utama pasukan itu hasil siri perlawanan persahabatan.
"Melalui perlawanan persahabatan kita dapat lihat keserasian pemain serta bakat mereka untuk diletakkan mengikut posisi yang bersesuaian.
"Barisan pemain ini telah berada 99 peratus muktamad walaupun masih lagi terdapat tawaran peminjaman dan sebagainya," katanya kepada pemberita selepas majlis pengenalan pemain dan jersi baharu MU di Stadium Hang Tuah di sini, malam tadi.
Turut hadir Pengurus MU Datuk Mohd Yusoff Mahadi dan pada majlis itu skuad Sang Kancil memperkenalkan tiga jersi baharu pasukan tajaan Kronos iaitu warna tradisi pasukan hijau putih (utama/home), biru putih (kedua/away) dan merah putih (alternatif).
Selepas majlis tersebut, turut berlangsung perlawanan persahabatan pramusim terakhir MU menentang Felda United yang menyaksikan MU tewas 1-2.
Idris berkata beliau mahu pihak pengurusan meletakkan titik noktah bagi sebarang isu tawaran peminjaman pemain, pemulangan dan sebagainya bagi mengelak sebarang gangguan kepada pengurusan MU sendiri.
Beliau berkata tumpuan terhadap strategi dan mengatur gerak langkah setiap pemain perlu diberi keutamaan kerana saingan Liga Super akan bermula tidak lama lagi dan ia dilihat lebih mencabar berbanding Liga Perdana dijuarai pasukan itu musim lepas.
"MU kena ada di kedudukan bukan sahaja untuk mengorak langkah menyerang dan mengatur struktur carta kumpulan tetapi juga perlu berjaga-jaga kerana pihak lawan mempunyai strategi masing-masing," katanya.
Katanya beliau meletakkan sasaran untuk MU berada sekurang-kurangnya pada kedudukan enam terbaik dalam saingan Liga Super musim ini agar pasukan hijau putih itu tidak keciciran dalam liga berkenaan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 15 2017

IDRIS: Pihak pengurusan MU juga hampir memuktamadkan barisan pemain kesebelasan utama pasukan itu.
Lebih 9 bilion perjalanan direkodkan di China pada cuti Tahun Baru Cina
Sebanyak 9.02 bilion perjalanan domestik direkodkan sepanjang 40 hari musim percutian Tahun Baharu Cina di China, melebihi 8.4 bilion perjalanan yang direkodkan bagi tempoh percutian sama, tahun lalu.
Penyelesaian perang, masa depan perlu libatkan Ukraine - PM Starmer
Sebarang Usaha menamatkan peperangan sekali gus perbincangan mengenai masa depan di Ukraine tidak bermakna tanpa penglibatan negara itu.
Polis Thailand dan Kemboja berjaya selamatkan 215 mangsa sindiket tipu
Menurut Pegawai Kanan Thailand, Jirayu Houngsub, mangsa yang diselamatkan termasuk 109 warga Thailand, 50 warga Pakistan, 48 warga India, 5 Taiwan dan 3 Indonesia.
Tiga kanak-kanak antara maut akibat banjir di Gaborone
Menurut Presiden Botswana, Duma Boko, daripada jumlah kematian yang direkodkan tiga daripadanya adalah kanak-kanak.
Memasuki tahun ke-3, bukan lagi membiasakan diri
Ketika kerajaan memasuki tahun ketiga pentadbiran, cabaran utama bukan lagi untuk membiasakan diri dengan peranan dalam kabinet, sebaliknya, Prof Datuk Dr Sivamurugan Pandian berpendapat, ia lebih kepada bagaimana setiap kementerian dan agensi dapat menonjolkan pencapaian yang boleh dirasai rakyat.
Thaksin Shinawatra lawat tiga wilayah selatan Thailand
Thaksin berkata, lawatan itu susulan perbincangan beliau dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.

Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Pasukan pendudukan Israel telah memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.

KPKT bentang 12 komitmen untuk kesejahteraan rakyat
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah membentangkan 12 komitmen untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat sempena Permukiman Jemaah Menteri Kerajaan MADANI yang berlangsung semalam.
AWANI Ringkas: Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PRK DUN Ayer Kuning: Ahmad Zahid harap SPR ambil kira Ramadan
Ahmad Zahid berkata pihaknya berpendapat tidak perlu tergesa-gesa mengadakan pilihan raya kecil itu memandangkan ketibaan Ramadan.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.

ADUN Ayer Kuning meninggal dunia selepas bermain bola sepak
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning, Ishsam Shahruddin, 58, meninggal dunia selepas bermain bola sepak di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang, petang tadi.

ACLE: Kemenangan JDT bantu Malaysia huni tangga kelima Asia Timur, ke-10 seluruh Asia
Kemenangan tempoh hari membenarkan mereka menjadi tunjang buat negara Malaysia untuk mempamerkan peningkatan di pentas Asia.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Rusuhan bola sepak di Indonesia, penonton bertindak bakar padang
Rusuhan bola sepak di Indonesia, penonton bertindak bakar padang

Penyertaan bekas pemain dalam FAM mampu pacu pembaharuan - Jamal Nasir
Legenda bola sepak negara Datuk Jamal Nasir Ismail menyifatkan pemilihan dua bekas pemain kebangsaan dalam kepimpinan baharu FAM sebagai perkembangan positif kepada sukan itu.

Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.

KL City kutip tiga mata tewaskan TFC di laman sendiri
Kuala Lumpur City FC (KL City FC) berjaya mengutip tiga mata penuh selepas menewaskan Terengganu FC (TFC) 2-1 pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) malam ini.

Perodua sedia jadi penaja acara sukan termasuk bola sepak
Asmat berkata ini sebahagian daripada usaha untuk penglibatan yang lebih meluas dalam dunia sukan.