Perubahan enjin yang digunakan pada jentera Hafizh Syahrin Abdullah jelas memberi kesan kepada persembahan pelumba Moto2 negara itu yang sekadar menamatkan perlumbaan di tangga kesembilan daripada 22 pelumba pada Grand Prix (GP) Republik Czech di Litar Brno pada Ahad.
Pelumba pasukan Inde Aspar Team Moto2 itu mendedahkan beliau bergelut untuk bersaing dengan pelumba di kelompok hadapan memandangkan enjin yang digunakan pada perlumbaan kali ini begitu berbeza dengan enjin yang digunakan pada GP Sepanyol dan GP Andalusia pada bulan lepas.
Beliau bagaimanapun, bersyukur dengan kedudukan kesembilan itu yang menyaksikan dirinya mengutip tujuh mata, dan berada di tempat ke-14 daripada 31 pelumba dengan kutipan 17 mata selepas empat perlumbaan setakat ini.
"Syukur alhamdulillah, saya (meraih) kedudukan kesembilan, tapi perlumbaan tadi agak kurang baik bagi saya sebab permulaan agak tak begitu cantik disebabkan enjin yang digunakan, saya tidak berada pada tahap optimum.
"Pasukan saya sudah buat yang terbaik dari segi 'mapping' dan sebagainya, namun enjin yang saya gunakan di Litar Brno tidak sama dengan saya gunakan di Litar Jerez.
"Dengan pace (kelajuan) saya tadi, saya yakin dapat kedudukan kelompok lima pelumba terbaik, namun banyak kali amaran kemalangan pada jentera saya, sekali gus menyukarkan untuk saya mengejar pelumba di kelompok hadapan," katanya selepas perlumbaan berkenaan.
Seorang lagi pelumba negara, Kasma Daniel Kasmayuddin yang mewakili pasukan Onexox TKKR SAG Team bagaimanapun, gagal menamatkan perlumbaan selepas terbabas pada selekoh ke-10 pusingan kelima perlumbaan berkenaan.
Pelumba Itali, Enea Bastianini daripada pasukan Italtrans Racing Team meraih kemenangan podium ketiga pada musim ini menerusi catatan masa 39 minit 13.926 saat, disusuli pelumba Great Britain, Sam Lowes daripada pasukan EG 0.0 Marc VDS dan pelumba pasukan Tennor American Racing, Joe Roberts dari Amerika Syarikat yang ketinggalan 0.423 saat dan 5.948 saat masing-masing di belakang Bastianini.
Pusingan perlumbaan seterusnya adalah GP Austria yang dijadual berlangsung di Litar Red Bull Ring, Spielberg, Austria dari 14 hingga 16 Ogos ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Aug 09 2020
Hafizh bergelut untuk bersaing memandangkan enjin yang digunakan pada perlumbaan kali ini begitu berbeza. - Bernama
Thailand sokong Malaysia sebagai tuan rumah AIPA ke-46 - Johari
Perhimpunan Agung Antara Parlimen ASEAN (AIPA) ke-46 yang bakal dianjurkan di Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia telah mendapat sokongan yang amat baik dari Thailand.
Malaysia sasar perkukuh hubungan digital pada Mesyuarat Menteri Digital ASEAN di Bangkok
Malaysia menyasar untuk memperkukuh hubungan digital pada Mesyuarat Menteri Digital ASEAN (ADGMIN) kelima yang akan berlangsung dari 15 hingga 17 Jan, 2025 di Bangkok, Thailand.
Malaysia perlu rebut peluang peluang perdagangan luar untuk imbangi halangan perdagangan AS
Malaysia perlu mempelbagai rakan dagangan dan tidak bergantung sepenuhnya kepada sumber perdagangan tunggal, untuk mengukuhkan ekonominya.
Singapura perkenal kod amalan untuk aplikasi bagi meningkatkan keselamatan dalam talian
Kategori kandungan berbahaya yang dikenal pasti termasuk kandungan seksual, keganasan, bunuh diri dan mencederakan diri.
Tidak 'janji bulan bintang' MTBC usaha beri penghargaan sewajarnya
Mohd Najeeb menegaskan beliau sentiasa percaya terhadap kemampuan pemain terutama dengan jadual padat menanti mereka sepanjang tahun ini.
Perjanjian Gencatan senjata di Gaza dimeterai, mula Ahad ini
Rundingan gencatan senjata telah mencapai persetujuan berperingkat pada Rabu untuk menamatkan perang di Gaza antara Israel dan Hamas.
PM Palestin seru tindakan tamatkan pendudukan Israel
Mustafa berkata masyarakat antarabangsa mesti ambil tindakan konkrit dan tidak boleh diubah terhadap Israel untuk laksanakan penyelesaian dua negara.
Malaysia, UK optimis peroleh penyelesaian isu Gaza secepat mungkin
Anwar berkata perkara itu dibincangkan semasa pertemuan dengan rakan sejawatnya Sir Keir Starmer di No. 10, Downing Street, London, pada Rabu.
Pengharaman TikTok: Aplikasi RedNote jadi tumpuan pengguna AS
Pengguna di China mengalu-alukan pengguna baharu dari Amerika Syarikat dan bertukar pendapat mengenai topik seperti makanan dan pengangguran belia.
AS tegaskan semula sokongan untuk Korea Selatan, puji usaha tegakkan perlembagaan
Jurucakap Majlis Keselamatan Negara Rumah Putih mengeluarkan kenyataan, menegaskan semula komitmen teguh Amerika terhadap Korea Selatan.
Muhammad Hakim Danish naik podium di GP Sepanyol
Pelumba muda negara Muhammad Hakim Danish Ramli mempamerkan peningkatan prestasi apabila menamatkan perlumbaan 2 Grand Prix (GP) Sepanyol bagi saingan Rookies Cup di kedudukan podium hari ini.
F1: Max Verstappen juarai GP Sepanyol
Verstappen mendahului kesemua 66 pusingan di Litar Catalunya Barcelona untuk mencatat kemenangan kelimanya.
Pertukaran enjin jejas peluang Hafizh raih kedudukan lebih baik di Brno
Hafizh bergelut untuk bersaing dengan pelumba di kelompok hadapan memandangkan enjin yang digunakan pada perlumbaan kali ini begitu berbeza.
Super KIP bersemangat walau pelepasan ke Sepanyol ditunda
Pelumba itu mengakui teruja untuk beraksi di Litar Jerez, Sepanyol dan berharap keputusan mengenai status pelepasan mereka ke negara itu dapat diketahui secepat mungkin.
COVID-19: MotoGP Sepanyol ditangguh
Dorna Sports turut mengumumkan perlumbaan pembuka tirai Enei FIM Kejuaraan Piala Dunia MotoE di Litar Jerez-Angel Nieto juga ditunda.
Idham Pawi kembali beraksi di Moto2 di Grandprix Czech
Khairul Idham terpaksa berehat dari menyertai perlumbaan sebelum ini, bagi membolehkan beliau pulih daripada kecederaan tangan yang dialaminya di Grand Prix Sepanyol pada Mei.
Khairul Idham Pawi terlepas peluang beraksi GP Sepanyol kerana kecederaan jari
Khairul Idham dari Petronas Sprinta Racing kemalangan ketika melalui Selekoh 5 dengan berbaki tiga belas minit pada sesi latihan bebas di Litar Jerez-Angel Nieto pada Jumaat.