KUALA LUMPUR: Pepatah Inggeris 'Rome was not built in a day' (Rom tidak dibina dalam sehari), mungkin menggambarkan misi ketua jurulatih Harimau Malaya yang baharu Kim Pan Gon untuk menerapkan falsafah bola sepaknya ke dalam minda pemain kebangsaan.
Bagi peminat, apa yang mereka boleh lakukan buat masa ini adalah duduk, berehat dan nikmati apa yang akan berlaku seterusnya buat Harimau Malaya.
Bercakap pada sidang akhbar pertama beliau selepas dilantik sebagai pengendali baharu skuad bola sepak kebangsaan, Pan Gon mahu lebih masa diberikan jika beliau ingin mengubah corak permainan pasukan menjadi lebih agresif.
"Saya tidak boleh membuat banyak perubahan dalam tempoh singkat. Saya ada pengalaman dan jika anda memberi saya masa, saya akan lakukannya untuk anda," kata bekas Pengarah Pasukan Kebangsaan Persatuan Bolasepak Korea Selatan itu.
Untuk mencapai misi itu, bekas ketua jurulatih skuad kebangsaan Hong Kong itu menegaskan bahawa beliau terlebih dahulu perlu membina asas yang kukuh dan meningkatkan kekuatan fizikal anak-anak buahnya yang baharu, dalam usaha agar Harimau Malaya 'mengaum' dengan garang di atas padang.
BACA: Skuad Harimau Malaya: Tak kira tempatan, kacukan atau naturalisasi, Pan-gon pilih hanya yang terbaik
Dalam pada itu, Pan Gon yang sedia maklum tentang Peta Hala Tuju F:30 Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) berkata beliau akan menganalisis semua pemain sebelum memilih skuad untuk tugas terbesar pertamanya - kelayakan Piala Asia 2023 - pada Jun.
F:30 adalah projek oleh FAM dengan matlamat utamanya meletakkan Malaysia menjadi lima negara terbaik Asia.
Projek itu mungkin selari dengan visi Pan Gon untuk membawa bola sepak Malaysia ke tahap seterusnya dan melangkaui kawasan Asia Tenggara, dengan membantu pasukan negara mara ke peringkat akhir Piala Dunia buat pertama kali pada masa hadapan.
Jurulatih berusia 52 tahun itu turut memuji dua lagi rakan senegaranya, Park Hang-seo yang kini mengendali skuad Vietnam dan Shin Tae-yong (Indonesia), kerana kedua-dua negara itu menunjukkan prestasi baik di rantau Asia Tenggara sejak akhir-akhir ini.
"Saya amat menghormati jurulatih berkenaan tetapi saya adalah diri saya dan saya akan membina sejarah bola sepak tersendiri di sini," katanya.
BACA: Bekas jurulatih belia Barcelona B bantu Kim Pan-gon kemudi skuad Harimau Malaya
Memandangkan beliau belum mengenal pasti penolong jurulatih tempatan yang akan diumumkan tidak lama lagi, Pan Gon mempunyai empat lagi pembantu yang boleh diharapkan buat masa ini.
Daripada empat pembantu dalam pasukan kejurulatihan Pan Gon, Pau Marti Vicente lebih menonjol daripada kalangan peminat tempatan kerana beliau sangat mahir dalam membangunkan pemain muda, terutamanya ketika bersama skuad berpangkalan di Sepanyol, Barcelona B dari 2018-2021, selain menjadi orang kanan Pan Gon dengan pasukan Hong Kong dari 2012-2013.
Tiga lagi pembantu termasuk dua lagi dari Korea Selatan iaitu jurulatih penjaga gol Cho Junho dan jurulatih analisis prestasi pasukan Lim Jaehun yang kedua-duanya pernah berkhidmat dengan Daegu FC, serta jurulatih kecergasan Dr Gokhan Kandemir yang berpengalaman luas dalam liga bola sepak Turki sebelum ini.
Sementara itu, Pengarah Teknikal FAM Scott O'Donnell berkata pihaknya berhasrat untuk bekerjasama dengan Pan Gon dan pasukannya dalam tempoh beberapa tahun akan datang.
"Memenangi perlawanan bola sepak bukan mudah dan ia akan bergantung kepada semua orang dan persekitaran bola sepak di Malaysia untuk bersama-sama berusaha mendapatkan sesuatu daripadanya," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 18 2022
Kim Pan Gon pada sidang media memperkenalkan jurulatih baharu Skuad Harimau Malaya di Wisma FAM Kelana Jaya, 17 Feb 2022. -- fotoBERNAMA
Laporan portal berita mengelirukan, berniat jahat - Arifin Arif
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif menafikan pendedahan sebuah portal yang mendakwa beliau menawarkan penyelesaian bagi menuduh mulut individu yang mendedahkan skandal rasuah melibatkan aktiviti perlombongan di Sabah.
1,500 anggota, pegawai PDRM ditugaskan di sekitar Batu Caves
Sebanyak 1,500 pegawai dan anggota polis kontinjen Selangor akan ditempatkan di sekitar Batu Caves bagi mengawal keadaan sempena sambutan Thaipusam, Selasa depan.
PAC panggil Loke bukan atas dasar politik - Mas Ermieyati
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) terkejut dengan kenyataan Menteri Pengangkutan bahawa cadangan untuk memanggil Anthony Loke dianggap bermotifkan politik.
Pengerusinya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, badan siasatan itu adalah sebuah Jawatankuasa Pilihan ditubuhkan Majlis Dewan Rakyat yang bertindak secara profesional.
Pengerusinya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, badan siasatan itu adalah sebuah Jawatankuasa Pilihan ditubuhkan Majlis Dewan Rakyat yang bertindak secara profesional.
MAHAR kecam keras rancangan pemindahan rakyat Palestin
Malaysian Humanitarian Aid & Relief (MAHAR) dengan tegas menolak dan mengutuk rancangan pemindahan rakyat Palestin seperti dicadangkan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.
Akaun aplikasi X Tun Dr Mahathir digodam
Aplikasi X milik bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad iaitu @chedetofficial digodam dan tidak dapat diakses pada Rabu.
Hamas tolak sekeras-kerasnya cadangan Trump
Pemimpin Kanan Hamas, Izzat el-Reshiq berkata pihaknya menolak sekeras-kerasnya cadangan Presiden Donald Trump ke atas Gaza.
Palestin milik rakyatnya, cadangan Trump dikecam
Cadangan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump untuk mengambil alih Semenanjung Gaza mendapat tentangan rakyat Palestin dan menyifatkan ia pelanggaran serius undang-undang antarabangsa.
Lawatan Mirziyoyev perkukuh hubungan Malaysia-Uzbekistan - PM Anwar
Anwar turut menzahirkan keyakinan bahawa lawatan Mirziyoyev itu mampu memberi manfaat yang maksimum kepada Malaysia serta rakyat.
11 terbunuh, lima cedera tembakan di pusat pendidikan di sweden
Sekurang-kurangnya 11 terbunuh dalam kejadian tembakan di pusat pendidikan Risbergska, Orebro Sweden pada Selasa.
AS hantar pesalah migran ke Guantanamo Bay, Trump perluas kem tahanan
Sebuah pesawat tentera Amerika Syarikat membawa migran yang ditahan telah mendarat di Guantanamo Bay, Cuba pada Selasa.
Menurut pegawai tenteranya, Presiden Donald Trump merancang untuk menggunakan pangkalan tentera laut di Cuba bagi menempatkan puluhan ribu migran yang ditahan.
Menurut pegawai tenteranya, Presiden Donald Trump merancang untuk menggunakan pangkalan tentera laut di Cuba bagi menempatkan puluhan ribu migran yang ditahan.
Pan Gon sakit hati Harimau Malaya kempunan menang dengan jaringan besar
Kim Pan Gon sifatkan kegagalan mencatat jumlah jaringan besar seperti diharapkan ke atas Taiwan sangat menyakitkan.
Pan Gon mahu terus kemudi Harimau Malaya hingga Piala Asia 2027
Bagaimanapun, Pan Gon akan menyerahkan keputusan mengenai nasibnya kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).
Tekanan lebih daripada jangkaan - Pan Gon
Ketua jurulatih kebangsaan, Kim Pan Gon sekali lagi mendedahkan tentang tekanan besar yang dihadapinya dalam membimbing skuad Harimau Malaya sejak mengambil alih tugas pada Januari 2022.
Pan Gon kekal optimis Malaysia mampu cipta keajaiban
Jurulatih dari Korea Selatan berusia 55 tahun itu yakin dengan keupayaan pasukannya untuk memberikan impak ketika bertemu Taiwan.
Pan Gon panggil Nur Shamie ganti Darren hadapi Kyrgyzstan, Taiwan
Pemain sayap Kuching City FC Nur Shamie Iszuan Amin dipanggil menyertai pasukan bagi dua aksi getir pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027.
Kecederaan pemain: Pan Gon belum mahu tekan butang panik
Menurut Pan Gon, beliau tidak mahu terlalu memikirkan perkara tersebut sebaliknya ingin lebih fokus kepada pemilihan pemain lain.
Pan Gon hilang tiga tonggak utama menjelang pertemuan dengan Kyrgystan, Taiwan
Tiga pemain itu ialah pemain sayap Arif Aiman Mohd Hanapi dan Mohamad Faisal Abdul Halim serta penyerang Romel Morales.
Piala AFF 2024 : Harimau Malaya diundi bersama juara bertahan Thailand
Skuad Harimau Malaya dijangka berdepan laluan sukar untuk mara ke separuh akhir saingan Piala Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) 2024, apabila diundi bersama juara bertahan Thailand.
Usah buat Pan-gon kecewa lagi
Datuk Pekan Ramli berkata, pengendali Harimau Malaya, Kim Pan-gon dikritik teruk atas dua kekalahan tersebut dan kecaman itu disifatkan sebagai sesuatu yang tidak adil.
Pan Gon masih individu tepat bimbing Harimau Malaya - Mohd Saifuddin
Pan Gon telah membuktikan kemampuannya mentransformasikan pasukan negara sehingga layak secara merit ke Piala Asia selepas 42 tahun.