KUALA LUMPUR: Skuad Harimau Malaya dijangka berdepan laluan sukar untuk mara ke separuh akhir saingan Piala Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) 2024, apabila diundi bersama juara bertahan Thailand, di peringkat kumpulan.
Pada majlis undian yang diadakan di Hanoi, Vietnam hari ini menyaksikan skuad di bawah kendalian jurulatih Korea Selatan Kim Pan Gon itu, turut diundi bersama juara empat kali Singapura di Kumpulan A.
Turut menyertai mereka pasukan Kemboja dan pemenang pusingan kelayakan antara Brunei dan Timor-Leste.
Di atas kertas, pasti menjadi tugas sukar buat Harimau Malaya untuk menjuarai Kumpulan A, apabila Thailand yang berada di kedudukan ke-101 dunia buat masa ini menampilkan prestasi yang konsisten.
Apatah lagi kemungkinan terdapat gangguan untuk membariskan pemain terbaik daripada kelab Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Selangor FC, apabila kedua pasukan berkenaan perlu beraksi bagi Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE).
AFF sebelum ini mengumumkan jadual kejohanan Piala AFF akan berlangsung pada 23 Nov sehingga 21 Dis, manakala ACLE bagi JDT dan Selangor berlangsung bermula 25 Nov-5 Dis.
Sementara itu, Pan Gon berkata beliau akan memastikan Harimau Malaya dibarisi pemain yang kuat untuk berentap di piala berprestij itu.
"Kita akan berhadapan negara jiran Thailand dan Singapura, Kemboja dan pasukan dari pusingan kelayakan. Kita akan cuba untuk mendapatkan pemain utama untuk membina pasukan terbaik negara untuk Piala ini," katanya menerusi video yang dikongsi Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), hari ini.
Terdahulu, undian hari ini turut menyaksikan naib juara Piala AFF 2022 Vietnam, Indonesia, Filipina, Myanmar dan Laos diundi dalam Kumpulan B.
Sebagai rekod, pada edisi 2022, Malaysia berjaya mara ke pentas separuh akhir, namun tunduk di tangan Thailand dengan agregat 3-1.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 21 2024

Pan Gon berkata beliau akan memastikan Harimau Malaya dibarisi pemain yang kuat untuk berentap di piala berprestij itu. - Gambar fail/BERNAMA
'Kapal yang berlabuh tidak perlu serah dokumen secara fizikal'-Anthony
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke telah mengumumkan satu aplikasi di mana semua dokumen kapal yang berlabuh tidak perlu diserahkan secara fizikal dan akan dilakukan secara dalam talian. #AWANInews

Tol MLFF dilaksana PLUS usaha konsesi sendiri - Ahmad Maslan
Sistem Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF) yang akan dilaksanakan oleh PLUS adalah atas usaha persendirian syarikat konsesi itu.
'Tapi sedih dia tak jemput' - Timbalan Yang di-Pertua
Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Datuk Seri Fadillah Yusof mengucapkan ucapan selamat pengantin baru kepada YB Sandakan dan Timbalan Yang di-Pertua berseloroh bahawa tidak dijemput ke majlis tersebut. #AWANInews

Penyanyi rap A$AP Rocky bebas tuduhan serangan senjata api
Penyanyi Rap Amerika Syarikat, A$AP Rocky dibebaskan daripada pertuduhan serangan jenayah, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
PETRONAS masih di peringkat awal eksplorasi- Azalina
PETRONAS masih di peringkat awal aktiviti eksplorasi bagi Lembangan Langkasuka dengan perolehan data seismik 2D selesai pada 2024.

Mara ke pusingan 16 ACLE: Pemain beri persembahan terbaik mereka - Hector Bidoglio
Ketua Jurulatih JDT Hector Bidoglio bangga dengan kejayaan anak buahnya mara ke pusingan 16 saingan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE).

Projek DBKL: 'Saya doakan Allah lembutkan hati pemfitnah itu' - Afdlin Shauki
Afdlin zahir rasa syukur selepas SPRM sahkan tiada elemen jenayah atas dakwaan salah laku perolehan projek bernilai RM4 juta di bawah DBKL.

SOSMA: Penambahbaikan bagi imbangi keselamatan negara, hak asasi individu - Saifuddin
Penambahbaikan terhadap SOSMA adalah bagi mengimbangi keperluan keselamatan negara dengan hak asasi individu selain memastikan ia berkesan dalam menangani aktiviti jenayah serius.
Polis siasat video tular anggota semasa ops tapis
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, pihaknya telah terkesan satu kenyataan dan video tular menerusi Facebook pada jam 1 petang Selasa. #AWANInews

Paus Francis disahkan hidap radang paru-paru- Vatican
Paus Francis disahkan menghidap radang paru-paru, menurut kenyataan Vatican pada Selasa, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Piala AFF 2024: Aguero tekad raih tempat dalam skuad Harimau Malaya
Selepas tewas dalam dua perlawanan persahabatan bulan lepas, Aguero bersemangat untuk membantu Malaysia bangkit dengan matlamat memperbaiki ranking pasukan.

Piala AFF 2024 : Harimau Malaya diundi bersama juara bertahan Thailand
Skuad Harimau Malaya dijangka berdepan laluan sukar untuk mara ke separuh akhir saingan Piala Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) 2024, apabila diundi bersama juara bertahan Thailand.