KUALA LUMPUR: Kapten pasukan negara, Mohamad Faisal Abdul Halim melaungkan amaran Malaysia akan bermati-matian memburu tiga mata pada aksi penentuan Kumpulan B, Piala Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) 2022 menentang Singapura, malam esok.
Mohamad Faisal berkata pasukan negara sangat bermotivasi untuk menghadapi pertembungan perlawanan 'Derbi Seberang Tambak' di Stadium Nasional di Bukit Jalil di sini, selepas bangkit daripada kekecewaan tewas 3-0 kepada Vietnam, di Hanoi, minggu lepas.
"Selepas pulang dari Vietnam semua pemain sangat 'down', barisan kejurulatihan nampak perkara itu dan selepas dua hari baru kami dapat 'mood' yang baik dan kembali bersemangat.
"Apa yang saya katakan pada rakan sepasukan ialah esok perlawanan penting di laman sendiri dan kita tak boleh kalah (kerana) keluarga dan penyokong tengok, takkan kita dengan mudah nak bagi pihak lawan ambil (tiga mata) di sini," katanya pada sidang media praperlawanan, di sini, hari ini.
Pemain baharu Selangor FC itu berkata beliau dan rakan sepasukan hairan bagaimana Singapura mampu meraih keputusan seri tanpa jaringan berdepan Vietnam, Jumaat lepas, tatkala Malaysia tewas 0-3 kepada skuad 'Golden Star Warriors' itu.
Katanya, keputusan seri itu memberi tekanan kepada Malaysia, namun tetap optimis pasukan negara berpeluang untuk meraih kemenangan jika berjaya tampil berdisiplin dalam melaksanakan arahan jurulatih serta taktikal yang akan diterapkan.
Beliau turut menjadikan perlawanan antara Malaysia dan Turkmenistan pada pusingan kelayakan Piala Asia 2023 Jun lepas sebagai contoh di mana semangat dan disiplin pemain menjadi kunci kejayaan pasukan mencatat kemenangan bergaya 3-1.
"Lawan Turkmenistan kita sudah lakukan, kita menang dan layak ke Piala Asia, esok lawan Singapura sudah tentu kita akan pergi habis-habisan untuk menang dan layak ke separuh akhir. Kita nak buat penyokong gembira dan ia akan jadi hadiah tahun baharu kepada mereka," kata pemain berusia 24 tahun itu.
Singapura, juara empat kali dan hanya memerlukan keputusan seri untuk layak ke separuh akhir, kini mempunyai kelebihan satu mata di kedudukan kedua Kumpulan B manakala Malaysia ketiga dengan mengumpul enam mata.
Perlawanan terakhir kedua-dua pasukan menyaksikan Singapura menang 2-1 di laman sendiri pada aksi persahabatan antarabangsa, Mac lepas, sekali gus menyaksikan ketua jurlatih, Pan Gon mengalami kekalahan pertama bersama pasukan negara.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 02 2023

Mohamad Faisal berkata pasukan negara sangat bermotivasi untuk menghadapi pertembungan perlawanan 'Derbi Seberang Tambak' di Stadium Nasional di Bukit Jalil. - Gambar fail
Donatella Versace letak jawatan sebagai Ketua Pegawai Kreatif Versace
Jawatan itu akan diambil oleh bekas Pengarah reka bentuk dan imej jenama Miu Miu, Dario Vitale berkuat kuasa 1 April 2025.
Polis sahkan ancaman senjata palsu, hospital selamat digunakan
Jabatan Sheriff Daerah San Bernardino mengesahkan menerima panggilan daripada seorang suspek lelaki yang memaklumkan dia mendengar suara dalam kepala mengarahnya untuk membunuh orang.
Constantine Tassoulas rasmi Presiden baru Greece
Tassoulas, 65 tahun, menggantikan Katerina Sakellaropoulou yang penggal lima tahunnya tamat pada awal Mac lalu.
NHS England dimansuhkan, elak pertindihan
Badan bebas, Perkhidmatan Kesihatan Nasional (NHS) Englands dimansuhkan susulan penyususnan semula yang ketat di bawah kepimpinan baharu.
Pemimpin masyarakat disaran bantu perjelas dasar kerajaan
Pemimpin masyarakat perlu membantu dalam memperjelaskan dasar dan kejayaan yang dicapai oleh Kerajaan MADANI kepada rakyat.
Satu daripada 3 kanak-kanak Malaysia alami masalah obesiti
Laporan NHMS menunjukkan satu daripada tiga kanak-kanak Malaysia mengalami masalah lebihan berat badan atau obesiti.
Elaun pelatih PLKN digantikan elaun perjalanan berstruktur
Kerajaan telah memutuskan untuk menggantikan pemberian elaun harian sebanyak RM8 kepada pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 dengan elaun perjalanan yang lebih berstruktur.
Jho Low masih dalam senarai permohonan notis merah INTERPOL
Kementerian Dalam Negeri menegaskan permohonan notis merah kepada Polis Antarabangsa (Interpol) terhadap Jho Low masih lagi aktif dan berkuat kuasa sehingga hari ini.
Di mana 250 rakyat Malaysia?
Kementerian Luar masih mengesan 250 rakyat Malaysia yang menjadi mangsa sindiket tawaran pekerjaan di luar negara setakat 7 Mac lalu.
Dewan Negara lulus usul Menjunjung Kasih Titah Diraja
Dewan Negara hari ini meluluskan usul Menjunjung Kasih Titah Diraja.

Harimau Malaya tepati ramalan kecewakan Laos 3-1
Skuad bola sepak kebangsaan menepati ramalan apabila mengecewakan Laos 3-1 dalam perlawanan persahabatan antarabangsa Tier 1 di Stadium Port Authority of Thailand (PAT) di Bangkok, Thailand hari ini.

Harimau Malaya perlu menang Piala AFF 2024 - Mohd Sadek
Kemenangan dan menjuarai Piala AFF adalah KPI utama yang perlu ditetapkan FAM ke atas skuad Harimau Malaya.

MFL harap tarikh Piala AFF dipertimbang semula - Stuart
Liga Bolasepak Malaysia (MFL) menaruh harapan tinggi agar Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) dapat mempertimbang semula tarikh jadual perlawanan Piala AFF.

Harimau Muda jangan ambil mudah Timor-Leste
Biarpun atas kertas Malaysia mampu menewaskan lawan itu, namun sikap mengambil mudah terhadap pesaing boleh mengundang padah kepada pasukan.

Harimau Muda optimis capai sasaran final di Thailand
Pemain pertahanan muda kebangsaan Muhammad Ubaidullah Shamsul Fazili menganggap sasaran layak ke final Kejohanan Bawah 23 Tahun (B-23) Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2023 realistik.

Harimau Malaya bakal naik ranking 138 dunia
DUA kemenangan yang diraih Harimau Malaya ketika menentang Turkmenistan dan Hong Kong bakal menyaksikan skuad kendalian Kim Pan-gon itu melonjak sehingga ranking ke-138 dunia.

Sukar Piala AFF berlangsung dalam Kalendar FIFA dalam masa terdekat - Hamidin
Antara kekangan ialah tempoh penganjuran Piala AFF terlalu panjang menyebabkan tiada ruang untuk kejohanan itu berlangsung dalam Kalendar FIFA.

'Susah nak letak Piala AFF dalam kalendar FIFA'
Katanya, setiap liga domestik di rantau Asia Tenggara perlu diselaraskan terlebih dahulu.

FIFA iktiraf Piala AFF
'PIALA Dunia' Asia Tenggara, Piala AFF berpeluang untuk 'naik pangkat' sebagai kejohanan rasmi yang disenaraikan dalam kalendar Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).

Final Piala AFF: Sensasi Theerathon pastikan Thailand bergelar juara kali ketujuh
Thailand mengukuhkan status selaku pasukan terbanyak menjuarai Piala AFF dengan gelaran ketujuh selepas menewaskan Vietnam 1-0 di Stadium Thammasat, Pathum Thani sebentar tadi.