KUALA LUMPUR: Wira Malaysia menewaskan Thailand, Mohamad Faisal Abdul Halim mengakui skuad Harimau Malaya perlu meningkatkan mutu persembahan menjelang aksi separuh akhir kedua Piala Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2022 di gelanggang lawan, Selasa depan.
Beliau berkata ia selepas pasukan negara tidak menampilkan corak permainan biasa ketika menundukkan Thailand 1-0 di sebalik dominasi permainan skuad Gajah Perang itu pada perlawanan separuh akhir pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.
"Kita ada 90 minit di Thailand, ia bukan perkara mudah, kita belum layak ke final tapi tak mustahil...sudah tentu kita perlu tambah baik dan tingkatkan lagi permainan.
"Walaupun kita menang hari ini (malam tadi), permainan kita bukan seperti biasa.
"Saya harap di Thailand nanti dapat kekalkan satu jaringan dan jangan bolos, kalau tak boleh jaringkan gol pun kita masih menang 1-0 dan layak ke final," kata penjaring gol kemenangan pasukan negara ketika ditemui selepas perlawanan malam tadi.
Thailand yang merupakan juara bertahan dan juara enam kali, berjaya mengawal 90 minit permainan di Bukit Jalil, namun terpaksa akur tewas di hadapan lebih 60,000 penyokong tuan rumah.
Mohamad Faisal meledak jaringan penting Malaysia pada minit ke-11 untuk memberi skuad bimbingan Kim Pan Gon bekalan diinginkan bagi mengharungi aksi timbal balik yang dijangka berlangsung sengit di Stadium Thammasat di wilayah Pathum Thani dalam kemuncak perebutan slot ke final.
Jaringan sempena ulang tahun kelahirannya ke-25 menyaksikan pemain sayap Selangor FC itu kini berada di posisi kedua dalam carta penjaring terbanyak di belakang penyerang prolifik Thailand Teerasil Dangda yang mengumpul lima gol.
Bercakap mengenai jaringannya, Mohamad Faisal berkata beliau mempunyai perasaan yang bercampur baur terutama mengenangkan keluarga.
"Saya gembira dan bersedih sebab saya jaringkan gol pada hari jadi saya tetapi tak sambut dengan keluarga, isteri dan anak...ia satu perkara yang sukar untuk terima tapi saya ada rakan sepasukan, jurulatih dan pasukan, walaupun sambut dengan mereka sudah buat saya gembira," katanya.
Pasukan negara yang muncul juara pada edisi 2010 dijadual berlepas ke Thailand hari ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 08 2023

Skuad Harimau Malaya perlu meningkatkan mutu persembahan menjelang aksi separuh akhir kedua Piala AFF 2022 di gelanggang lawan, Selasa depan. -Facebook FAM

Kanak-kanak OKU didera: Taska didapati beroperasi tidak ikut peraturan
Pemeriksaan awal mendapati premis terbabit didaftarkan sebagai tadika dan tidak dibenarkan beroperasi sebagai taska serta menerima kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah.
Bazar Ramadan MPAJ bermula 27 Februari
Bazar Ramadan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) akan beroperasi lebih awal iaitu bermula 27 Februari ini.
Ismail Sabri dalam keadaan stabil
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ismail Sabri Yaakob dikejarkan ke pusat perubatan swasta pada tengah malam tadi.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.

Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula - Loke
Loke memaklumkan antara langkah diambil Prasarana bagi mengelakkan kejadian sebegini berulang.

Aksi final Piala Malaysia pada 12 April di SNBJ - MFL
Tarikh ini dipilih selepas mengambil kira kesesuaian kalendar Liga Malaysia dan penglibatan JDT dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), serta ketersediaan venue SNBJ.
AWANI Ringkas: Barangan basah hadapi masalah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Provokasi AS semakin serius di bawah kepimpinan Trump - Pyongyang
Kementerian Pertahanan Korea Utara mendakwa provokasi ketenteraan oleh Amerika Syarikat dan sekutunya semakin serius di bawah pentadbiran Donald Trump.
Dua kanak-kanak Palestin maut ditembak di belakang
Defense for Children menjelaskan kedua-dua kanak-kanak itu disasarkan secara tiba-tiba dan tanpa amaran dari arah belakang oleh tentera zionis yang berada dalam kenderaan berperisai.
90 peratus kediaman Gaza musnah
90 peratus kediaman di Semenanjung Gaza musnah, menyebabkan ratusan ribu penduduk hilang tempat tinggal.
Pentagon umum pengurangan kakitangan awam
Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat (AS) akan mengurangkan sekurang-kurangnya lima peratus tenaga kerja awamnya, bermula minggu depan.

Harimau Malaya tepati ramalan kecewakan Laos 3-1
Skuad bola sepak kebangsaan menepati ramalan apabila mengecewakan Laos 3-1 dalam perlawanan persahabatan antarabangsa Tier 1 di Stadium Port Authority of Thailand (PAT) di Bangkok, Thailand hari ini.

Harimau Malaya perlu menang Piala AFF 2024 - Mohd Sadek
Kemenangan dan menjuarai Piala AFF adalah KPI utama yang perlu ditetapkan FAM ke atas skuad Harimau Malaya.

MFL harap tarikh Piala AFF dipertimbang semula - Stuart
Liga Bolasepak Malaysia (MFL) menaruh harapan tinggi agar Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) dapat mempertimbang semula tarikh jadual perlawanan Piala AFF.

Harimau Muda jangan ambil mudah Timor-Leste
Biarpun atas kertas Malaysia mampu menewaskan lawan itu, namun sikap mengambil mudah terhadap pesaing boleh mengundang padah kepada pasukan.

Harimau Muda optimis capai sasaran final di Thailand
Pemain pertahanan muda kebangsaan Muhammad Ubaidullah Shamsul Fazili menganggap sasaran layak ke final Kejohanan Bawah 23 Tahun (B-23) Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2023 realistik.

Harimau Malaya bakal naik ranking 138 dunia
DUA kemenangan yang diraih Harimau Malaya ketika menentang Turkmenistan dan Hong Kong bakal menyaksikan skuad kendalian Kim Pan-gon itu melonjak sehingga ranking ke-138 dunia.

Sukar Piala AFF berlangsung dalam Kalendar FIFA dalam masa terdekat - Hamidin
Antara kekangan ialah tempoh penganjuran Piala AFF terlalu panjang menyebabkan tiada ruang untuk kejohanan itu berlangsung dalam Kalendar FIFA.

'Susah nak letak Piala AFF dalam kalendar FIFA'
Katanya, setiap liga domestik di rantau Asia Tenggara perlu diselaraskan terlebih dahulu.

FIFA iktiraf Piala AFF
'PIALA Dunia' Asia Tenggara, Piala AFF berpeluang untuk 'naik pangkat' sebagai kejohanan rasmi yang disenaraikan dalam kalendar Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).

Final Piala AFF: Sensasi Theerathon pastikan Thailand bergelar juara kali ketujuh
Thailand mengukuhkan status selaku pasukan terbanyak menjuarai Piala AFF dengan gelaran ketujuh selepas menewaskan Vietnam 1-0 di Stadium Thammasat, Pathum Thani sebentar tadi.