PATHUM THANI: Pengendali skuad Thailand, Alexandre Polking percaya pasukannya mampu mengubah kedudukan dalam perlawanan separuh akhir kedua menentang Malaysia pada saingan Piala Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) 2022 di Stadium Thammasat di sini, malam ini.
Walaupun menjangkakan skuad Harimau Malaya dengan kelebihan satu gol akan tampil lebih garang pada pertembungan hari ini, Polking berkata pasukannya mempunyai sasaran jelas untuk mara ke final dan akan memastikan ia menjadi kenyataan.
Katanya, kelebihan beraksi di hadapan penyokong sendiri akan mendorong anak buahnya melaksanakan misi mempertahankan kejuaraan yang dimenangi pada edisi lalu.
"Kami percaya ini adalah permainan baharu, kami menjangkakan pasukan Malaysia yang lebih kuat daripada apa yang mereka lakukan di laman sendiri, ini adalah permainan 180 minit, kami bermain 90 minit dan mereka mendahului 1-0 tetapi kami bermain di laman sendiri sekarang.
"Kami akan mempunyai sokongan padu peminat dan pasti ini akan mendorong kami. Saya percaya kami boleh memulihkan kelemahan satu gol yang kami ada sekarang," katanya semasa sidang media praperlawanan di sini, malam tadi.
Jurulatih kacukan Brazil-Jerman berusia 46 tahun itu menambah: "Kami akan melakukan perkara yang sama seperti yang kami lakukan dua hari lalu, jika kami boleh mengulangi bahawa saya percaya kami akan ke final."
Skuad Gajah Perang tiada pilihan lain selain harus menewaskan Malaysia yang hanya memerlukan keputusan seri untuk layak ke final bertemu Vietnam.
Bagaimanapun, Polking berharap mutu pengadilan yang baik pada perlawanan esok terutama dari aspek memberi masa tambahan selepas mendakwa pengadil tidak memberikan tempoh sewajarnya pada aksi separuh akhir pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil, kelmarin, yang menyaksikan mereka tewas 0-1.
Malah, beliau secara peribadi merasakan gol kedua Malaysia yang dijaringkan Dominic Tan dalam perlawanan itu sepatutnya dibenarkan.
"Ini adalah isu besar (kualiti pengadil) dan saya sudah bercakap dengan beberapa orang, dengan pengurus kami sekurang-kurangnya cuba dalam mesyuarat untuk menyatakan kepada pengadil bahawa kami menjangkakan standard yang lebih tinggi," katanya.
Sementara itu, kapten Thailand, Theerathon Bunmathan mengucapkan terima kasih kepada penyokong tempatan selepas tiket perlawanan hari ini habis terjual dan berharap dapat meraikan keputusan positif bersama penyokong di penghujung perlawanan.
"Kami memberi tumpuan sepenuhnya pada masa ini dan kami berharap kami akan meraikan bersama penyokong esok (Selasa)," kata pemain pertahanan berusia 32 tahun itu.
Vietnam mara ke final selepas menundukkan Indonesia 2-0 pada aksi separuh akhir kedua di Stadium My Dinh, Hanoi, malam tadi.
Vietnam mencatatkan kemenangan agregat 2-0 selepas seri tanpa jaringan pada aksi separuh akhir pertama di Stadium Gelora Bung Karno di Jakarta, Jumaat lalu.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 09 2023

Ketua jurulatih Thailand Alexandre Polking pada sidang media pra perlawanan separuh akhir kedua AFF Mitsubishi Electric Cup 2022 antara Malaysia dan Thailand yang akan berlangsung hari ini. - Foto BERNAMA

Kerajaan Jepun luluskan RUU tembakan kecemasan untuk haiwan berbahaya
Pindaan rang undang-undang ini bertujuan untuk membolehkan respons yang lebih cepat dan berkesan berbanding langkah sedia ada.

Jabatan Kesihatan Melaka tingkat pemantauan, saringan langkah awal kekang kusta
"Setakat ini tiada kes dikesan dalam kalangan penduduk Orang Asli di negeri ini melibatkan 14 perkampungan dengan lebih 2,000 penduduk."

Hubungan dua hala Bangladesh-Malaysia diperkukuh pada Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa
Ahsan menyifatkan Malaysia sebagai model keharmonian dalam kepelbagaian komuniti linguistik.

Teknologi robotik pacu sektor pelancongan kesihatan di Melaka
Upaya memacu sektor pelancongan kesihatan yang menjadi satu daripada subsektor penting dalam industri pelancongan negeri.

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

46 warga Indonesia mangsa pemerdagangan dibawa pulang, termasuk bekas ahli DPRD
46 mangsa pemerdagangan manusia itu datang dari sembilan provinsi dengan majoriti berasal dari Sumatera Utara dan Jawa Barat.

Arab Saudi anjur sidang kemuncak pembinaan semula Gaza
Arab Saudi dijadual menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Harimau Malaya tepati ramalan kecewakan Laos 3-1
Skuad bola sepak kebangsaan menepati ramalan apabila mengecewakan Laos 3-1 dalam perlawanan persahabatan antarabangsa Tier 1 di Stadium Port Authority of Thailand (PAT) di Bangkok, Thailand hari ini.

Harimau Malaya perlu menang Piala AFF 2024 - Mohd Sadek
Kemenangan dan menjuarai Piala AFF adalah KPI utama yang perlu ditetapkan FAM ke atas skuad Harimau Malaya.

MFL harap tarikh Piala AFF dipertimbang semula - Stuart
Liga Bolasepak Malaysia (MFL) menaruh harapan tinggi agar Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) dapat mempertimbang semula tarikh jadual perlawanan Piala AFF.

Harimau Muda jangan ambil mudah Timor-Leste
Biarpun atas kertas Malaysia mampu menewaskan lawan itu, namun sikap mengambil mudah terhadap pesaing boleh mengundang padah kepada pasukan.

Harimau Muda optimis capai sasaran final di Thailand
Pemain pertahanan muda kebangsaan Muhammad Ubaidullah Shamsul Fazili menganggap sasaran layak ke final Kejohanan Bawah 23 Tahun (B-23) Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2023 realistik.

Harimau Malaya bakal naik ranking 138 dunia
DUA kemenangan yang diraih Harimau Malaya ketika menentang Turkmenistan dan Hong Kong bakal menyaksikan skuad kendalian Kim Pan-gon itu melonjak sehingga ranking ke-138 dunia.

Sukar Piala AFF berlangsung dalam Kalendar FIFA dalam masa terdekat - Hamidin
Antara kekangan ialah tempoh penganjuran Piala AFF terlalu panjang menyebabkan tiada ruang untuk kejohanan itu berlangsung dalam Kalendar FIFA.

'Susah nak letak Piala AFF dalam kalendar FIFA'
Katanya, setiap liga domestik di rantau Asia Tenggara perlu diselaraskan terlebih dahulu.

FIFA iktiraf Piala AFF
'PIALA Dunia' Asia Tenggara, Piala AFF berpeluang untuk 'naik pangkat' sebagai kejohanan rasmi yang disenaraikan dalam kalendar Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).

Final Piala AFF: Sensasi Theerathon pastikan Thailand bergelar juara kali ketujuh
Thailand mengukuhkan status selaku pasukan terbanyak menjuarai Piala AFF dengan gelaran ketujuh selepas menewaskan Vietnam 1-0 di Stadium Thammasat, Pathum Thani sebentar tadi.