ENGLAND 3-0 CAMEROON
England mara ke suku akhir Piala Dunia Wanita FIFA 2019 selepas menewaskan Cameroon 3-0.
Perlawanan itu turut menyaksikan protes daripada pemain Cameroon selepas dua keputusan video bantuan pengadil (VAR) tidak menyebelahi mereka.
Steph Houghton membuka tirai jaringan pertama untuk England pada minit ke-14 sebelum Ellen White meledak gol kedua.
Penjaga garisan mendapati White berada dalam posisi ofsaid namun selepas merujuk VAR, pengadil mengesahkan White tidak ofsaid dan gol dikekalkan.
Gaelle Enganamouit berjaya menembusi gawang England beberapa minit selepas permainan bersambung di babak kedua, namun gol tersebut dibatalkan selepas VAR mendapati Gabrielle Onguene berada dalam posisi ofsaid sebelum membuat hantaran kepadanya.
10 minit selepas insiden itu, Alex Greenwood meledak gol ketiga England selepas menerima hantaran sepakan sudut yang cantik daripada Toni Duggan.
England akan bertemu Norway di suku akhir pada 27 Jun jam 3 pagi.
PERANCIS 2-1 BRAZIL
Dalam satu lagi perlawanan, tuan rumah, Perancis menewaskan Brazil 2-1 dalam satu pertarungan yang didominasi rujukan VAR.
Pada minit ke-23, Valerie Gauvin berjaya menanduk masuk bola ke dalam gawang Brazil, namun pengadil membatalkan gol tersebut selepas VAR menunjukkan Gauvin melakukan faul ke atas penjaga gol, Barbara.
Gauvin bagaimanapun berjaya mendapat gol pada minit ke-52, apabila dia menyudahkan hantaran silang Kadidiatou Diani.
11 minit kemudian, Brazil berjaya menyamakan kedudukan menerusi Thaisa selepas merujuk kepada VAR.
Perlawanan berlanjutan sehingga masa tambahan sebelum Amandine Henry menjadi wira Perancis dengan gol kemenangan pada minit ke-106.
Perancis akan bertemu pemenang perlawanan di antara juara bertahan, Amerika Syarikat dengan Sepanyol.
Ian Johan Ariff
Mon Jun 24 2019

Alex Greenwood (kiri) meraikan gol ketiga England bersama Fran Kirby menentang Cameroon. - Foto FIFA.

Kilang karpet di Nilai 3 musnah terbakar
Setakat ini tiada mangsa terlibat, namun, bomba memerlukan masa untuk memadamkan api.

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US berikutan sentimen berhati-hati
Pada pukul 8 pagi, ringgit meningkat kepada 4.4040/4310 berbanding mata wang AS daripada 4.4270/4320 ketika ditutup semalam.
HUAWEI lancar model HUAWEI Mate XT, peranti tiga lipat pertama di dunia
HUAWEI melancarkan HUAWEI Mate XT Ultimate Design di Malaysia, telefon pintar tiga lipat pertama di dunia yang membawakan teknologi inovatif dalam reka bentuk, engsel, dan paparan.

OKU terselamat, seorang lelaki sesak nafas dalam kebakaran di Siol Kandis
Kebakaran melibatkan tiga kediaman tidak kekal dengan api telah meranapkan dua rumah pertama dan sedang membakar rumah ketiga.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [21 Februari 2025]
Fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Farhan Hakimi
- Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013
- JAWI panggil individu berpakaian menyerupai wanita dalam acara hiburan
- 606 sekolah tahfiz tidak pernah daftar JAIS sejak 2008
#AWANIpagi #AWANInews
- Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013
- JAWI panggil individu berpakaian menyerupai wanita dalam acara hiburan
- 606 sekolah tahfiz tidak pernah daftar JAIS sejak 2008
#AWANIpagi #AWANInews

Mahkamah khas SOSMA: Pendekkan atau hapus tempoh tahanan 28 hari tanpa bicara
Kerajaan juga wajar mempertimbangkan pindaan akta termasuk peruntukan mengenai isu jaminan bagi mengurangkan kesesakan di penjara.

Malaysia semakin popular sebagai destinasi acara korporat India
Segmen MICE merupakan antara bidang tumpuan utama Tourism Malaysia pada SATTE tahun ini di New Delhi.

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Piala Dunia Wanita: England dan Perancis mara ke suku akhir
England menewaskan Cameroon 3-0 dalam perlawanan yang dipalit kontroversi, manakala Perancis menundukkan Brazil 2-1.