BEREGU negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik tewas kepada pasangan Indonesia Marcus Fernaldi Gideon-Kevin Sanjaya Sukamuljo dalam perlawanan kedua aksi suku akhir Piala Thomas di Arena Ceres, di Aarhus, Denmark, sebentar tadi.
Pemain negara itu tewas 17-21 di set pertama, sebelum bangkit memberi cabaran di set kedua dengan kedudukan 21-16. Mereka bagaimanapun kecundang 15-21 di set penentuan.
Terdahulu, perseorangan negara, Lee Zii Jia tewas kepada pemain Indonesia, Anthony Sinisuka Ginting.
Zii Jia tewas 21-15 dalam set pertama dan 21-17 pada set kedua.
Kedudukan ketika ini adalah Malaysia 0 dan Indonesia 2.
Saingan seterusnya adalah membabitkan Ng Tze Yong menentang Jonatan Christie; Goh Sze Fei-Nur Izzuddin menentang Fajar Alfian-Muhammad Rian Addianto dan Leong Jun Hao menentang Shesar Hiren Rhustavito.
Sebelum ini, media melaporkan Malaysia berpeluang menebus kekalahan kepada Indonesia selepas kedua-dua pasukan itu diundi sekali lagi bertemu pada saingan suku akhir Piala Thomas hari ini.
Malaysia, yang muncul naib juara Kumpulan D selepas tewas 4-1 kepada Jepun di Arena Ceres di sini pada Khamis, tewas 3-1 kepada Indonesia pada peringkat sama pada edisi 2018 di Bangkok.
Indonesia pula yang muncul juara Kumpulan A, telah memenangi piala berprestij itu sebanyak 13 kali, manakala Malaysia lima kali dengan kali terkahir pada tahun 1992 di Kuala Lumpur.
Astro Awani
Fri Oct 15 2021
![Piala Thomas: Aaron-Wooi Yik pula kecundang di tangan pemain Indonesia Piala Thomas: Aaron-Wooi Yik pula kecundang di tangan pemain Indonesia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/61634305963_Badminton.jpg)
Sebelum ini, media melaporkan Malaysia berpeluang menebus kekalahan kepada Indonesia selepas kedua-dua pasukan itu diundi sekali lagi bertemu pada saingan suku akhir Piala Thomas hari ini. - Gambar fail
![Paus Francis disahkan menghidap pneumonia - Vatican Paus Francis disahkan menghidap pneumonia - Vatican](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81724910395_tbPopeFrancis.jpg)
Paus Francis disahkan menghidap pneumonia - Vatican
Pemimpin tertinggi Gereja Katolik Sedunia itu alami pneumonia dia kedua-dua paru-parunya dan keadaannya kekal "kompleks." kata pentadbiran Vatican.
![Mesir anjur sidang kemuncak tergempar Arab Mesir anjur sidang kemuncak tergempar Arab](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739356184_tbrubbleofbuilding.jpg)
Mesir anjur sidang kemuncak tergempar Arab
Sidang kemuncak yang pada asalnya dijadualkan berlangsung pada 27 Februari ditangguhkan ke 4 Mac bagi melengkapkan persiapan logistik.
![Aktivis teater Zakaria Ariffin meninggal dunia Aktivis teater Zakaria Ariffin meninggal dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739922101_tbZAKARIAARIFFINB.jpg)
Aktivis teater Zakaria Ariffin meninggal dunia
Allahyarham Zakaria yang berusia 73 tahun meninggal dunia akibat stroke di Hospital Slim River, Perak, sekitar pukul 2.30 pagi tadi.
Zelenskyy tangguh lawatan ke Arab Saudi
Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy, menangguhkan lawatannya ke Arab Saudi bagi mengelakkan sebarang legitimasi terhadap mesyuarat antara pegawai Amerika Syarikat dan Rusia di Riyadh pada Selasa.
Ketika berada di Turki, Zelenskyy menjelaskan bahawa lawatannya, yang dijadualkan pada Rabu, ditangguhkan ke 10 Mac bagi mengelakkan sebarang kebetulan dengan pertemuan tersebut.
Ketika berada di Turki, Zelenskyy menjelaskan bahawa lawatannya, yang dijadualkan pada Rabu, ditangguhkan ke 10 Mac bagi mengelakkan sebarang kebetulan dengan pertemuan tersebut.
![Ribuan berhimpun bantah pentadbiran Trump pada Hari Presiden Ribuan berhimpun bantah pentadbiran Trump pada Hari Presiden](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739915838_TBTrumpProtests.jpg)
Ribuan berhimpun bantah pentadbiran Trump pada Hari Presiden
Protes besar-besaran itu dibuat ketika cuti umum Hari Presiden yang disambut pada hari Isnin ketiga dalam bulan Februari setiap tahun.
PGA tumpaskan sindiket dadah, temui 393 pil yaba di Kelantan
Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara berjaya menumpaskan kegiatan pengedaran dadah dalam op taring wawasan Kelantan selepas menyerbu sebuah rumah di Pulau Belanga, Kota Bharu pada Isnin.
Wanita warga Belanda cedera ketika mendaki gunung jasar
Penolong pengarah operasi Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Mohd Salahuddin Isa dalam kenyataan pada Selasa berkata, mangsa berusia 51 tahun yang mendaki secara berkumpulan itu mengalami kecederaan pada bahagian lutut.
Mayat kedua remaja lemas di Sungai Perak ditemui
Mayat seorang lagi pelajar sekolah yang dikhuatiri lemas selepas terjatuh dalam sungai perak dekat Kampung Tepus, Tanjung Belanja di parit pada Isnin ditemui pada Selasa.
![Zelenskyy tangguh lawatan ke Arab Saudi untuk elak beri ‘legitimasi’ kepada Mesyuarat AS-Rusia Zelenskyy tangguh lawatan ke Arab Saudi untuk elak beri ‘legitimasi’ kepada Mesyuarat AS-Rusia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739914081_TBVolodymyrZelenski.jpg)
Zelenskyy tangguh lawatan ke Arab Saudi untuk elak beri ‘legitimasi’ kepada Mesyuarat AS-Rusia
Ukraine enggan orang lain buat keputusan di belakang mereka, tiada keputusan boleh dibuat tanpa Ukraine mengenai bagaimana untuk menamatkan perang di Ukraine.
Israel berdegil enggan undur tentera dari selatan Lubnan
Tentera Israel masih mengekalkan pasukannya di lima pos tentera di selatan Lubnan, walaupun melepasi tarikh akhir pengunduran yang ditetapkan dalam perjanjian gencatan senjata pada Selasa.
![Aaron tetap waspada hadapi WTF 2024 Aaron tetap waspada hadapi WTF 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/81732885771_AaronChia.jpg)
Aaron tetap waspada hadapi WTF 2024
Walaupun tanpa kehadiran beberapa pesaing utama, pemain beregu lelaki badminton negara Aaron Chia enggan memandang enteng cabaran Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Akhir (WTF) 2024 di Hangzhou, China.
![June Wei juara Piala Lin Dan June Wei juara Piala Lin Dan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51718623300_tbCheamJuneWei.jpg)
June Wei juara Piala Lin Dan
Cheam June Wei muncul juara Kejuaraan Badminton Terbuka Shenzhen Piala Lin Dan yang berlangsung di Stadium Bao'an, Shenzhen, Wilayah Guangdong, selatan China.
![Jurulatih badminton era 70-an Lee Guan Chong meninggal dunia Jurulatih badminton era 70-an Lee Guan Chong meninggal dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81717536906_formernationalbadm.jpg)
Jurulatih badminton era 70-an Lee Guan Chong meninggal dunia
Anak mendiang Eric Lee berkata ayahnya menghembuskan nafas terakhir pada 7.52 pagi akibat sakit tua pada usia 87 tahun.
![Axelsen yakin masih 'berbahaya' Axelsen yakin masih 'berbahaya'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/61705160981_ViktorAxelsen.jpg)
Axelsen yakin masih 'berbahaya'
Pemain nombor satu dunia Viktor Exelsen tidak berasa tertekan walaupun mengalami kemarau kejuaraan sejak lima bulan.
![Wei Chong-Kai Wun akui perlu baiki tahap kekuatan mental Wei Chong-Kai Wun akui perlu baiki tahap kekuatan mental](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51710386208_TBWEICHONGKAIWU.jpg)
Wei Chong-Kai Wun akui perlu baiki tahap kekuatan mental
Tahap mental yang kurang mantap dilihat menjadi salah satu punca utama beregu lelaki negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun bergelut dengan prestasi pada tahun ini.
![Piala Thomas: BAM akui Malaysia terlalu bergantung kepada pemain utama Piala Thomas: BAM akui Malaysia terlalu bergantung kepada pemain utama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/71705288046_MohamadNorzaZakari.jpg)
Piala Thomas: BAM akui Malaysia terlalu bergantung kepada pemain utama
Malaysia terlalu mengharapkan konsistensi prestasi Lee Zii Jia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei.
![Piala Thomas: China kecewakan Indonesia, rangkul juara kali ke-11 Piala Thomas: China kecewakan Indonesia, rangkul juara kali ke-11](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61714946514_PasukanBadmintonle.jpg)
Piala Thomas: China kecewakan Indonesia, rangkul juara kali ke-11
Kejayaan ini diraikan beberapa jam selepas tuan rumah merangkul kejuaraan Piala Uber kali ke-16 selepas turut mengalahkan Indonesia 3-0.
![Piala Thomas: China buat kemarau 10 tahun Malaysia ke final berterusan Piala Thomas: China buat kemarau 10 tahun Malaysia ke final berterusan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81714829174_badminton.jpg)
Piala Thomas: China buat kemarau 10 tahun Malaysia ke final berterusan
Penantian 10 tahun skuad badminton negara untuk ke final Piala Thomas berterusan apabila tewas 1-3 kepada China dalam aksi separuh akhir di Chengdu sebentar tadi.
![Separuh akhir Piala Thomas: Leong Jun Hao pamer semangat juang tinggi sebelum tewas Separuh akhir Piala Thomas: Leong Jun Hao pamer semangat juang tinggi sebelum tewas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81714826120_LeongJunHao.jpg)
Separuh akhir Piala Thomas: Leong Jun Hao pamer semangat juang tinggi sebelum tewas
Perseorangan lelaki negara, Leong Jun Hao, mempamerkan semangat juang tinggi walaupun tewas kepada pemain tuan rumah, Li Shi Feng, dalam separuh akhir Piala Thomas di Chengdu sebentar tadi.
![Separuh akhir Piala Thomas: Aaron-Wooi Yik bangkit ikat kedudukan buat negara Separuh akhir Piala Thomas: Aaron-Wooi Yik bangkit ikat kedudukan buat negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81714820945_PialaThomas.jpg)
Separuh akhir Piala Thomas: Aaron-Wooi Yik bangkit ikat kedudukan buat negara
Malaysia bangkit daripada ketinggalan apabila mengikat China 1-1 dalam separuh akhir Piala Thomas di Chengdu ketika ini.