KUALA LUMPUR: Di sebalik ketidakpastian status Lee Zii Jia dan Ng Tze Yong, seorang lagi pemain negara Leong Jun Hao telah menyatakan kesediaannya untuk mengambil alih tugas perseorangan utama pada saingan Piala Thomas 2024 di Chengdu, China.
Pemain berusia 24 tahun itu berkata dengan pengalaman diraih ketika edisi 2022 di Bangkok, beliau yakin ia dapat membantunya dan pasukan dalam saingan yang berlangsung di Chengdu High-Tech Zone Sports Centre pada 27 April hingga 5 Mei ini.
“Saya hanya perlu fokus kepada diri sendiri dan mempamerkan permainan terbaik di Chengdu,” kata pemain di ranking ke-37 dunia itu.
Sementara itu, Jun Hao berkata beliau akan meningkatkan kecergasan dan konsistensinya selepas beraksi di Masters Sepanyol, minggu lepas.
Pemain kelahiran Kuala Lumpur itu terkandas di suku akhir selepas tewas kepada wakil Taiwan, Chou Tien Chen 16-21, 12-21, yang juga merupakan pencapaian terbaiknya tahun ini selepas tersingkir awal dalam empat kejohanan sejak Januari lepas.
Kem perseorangan lelaki negara masih belum memuktamadkan wakil ke Piala Thomas susulan Zii Jia belum memberikan jawapan sama ada akan bersama skuad kebangsaan ke Chengdu atau sebaliknya, manakala Tze Yong pula masih dalam proses pemulihan selepas menjalani pembedahan akibat kecederaan belakang dialaminya pada saingan Terbuka Malaysia, Januari lepas.
Malaysia yang diletakkan selaku pilihan kelima kejohanan, diundi dalam Kumpulan D bersama jaguh Eropah dan juara edisi 2016 Denmark, Hong Kong dan Algeria.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 06 2024

Jun Hao ketika beraksi menentang lawannya dari China Weng Hong Yang dalam Kejohanan Akhir Badminton Berpasukan Asia 2024 di Shah Alam, 18 Feb lalu. - Gambar fail/BERNAMA
10 Berita Pilihan - (20 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Bagai berpaling tadah, Trump selar Zelenskiy 'diktator'
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menggelar Presiden Ukraine sebagai 'diktator'. Beliau ketika menyelar Volodymyr Zelenskiy turut memberi amaran supaya pemimpin Ukraine itu bertindak segera jika tidak mahu kehilangan negaranya.
200 penjenayah siber dihantar pulang ke China
200 suspek yang terlibat dalam jenayah penipuan dalam talian atau scam tiba di China dari Myawaddy, Myanmar pada Khamis. Penghantaran pulang kumpulan penjenayah siber itu dibuat menerusi beberapa siri dengan penerbangan yang ditempah khas.
Dua terkorban dalam insiden tikaman di Republik Czech
Dua individu terbunuh dalam kejadian tikaman pisau di sebuah pusat beli belah di bandar Hradec Kralove, Republik Czech pada Khamis.
Polis dalam kenyataan berkata, suspek yang berusia 16 tahun ditahan sejurus kejadian berlaku.
Polis dalam kenyataan berkata, suspek yang berusia 16 tahun ditahan sejurus kejadian berlaku.
Longgokan sampah di Gaza ancam kesihatan, alam sekitar
Perkhidmatan perbandaran, termasuk kutipan sampah, tidak lagi berfungsi, menjadikan jalan raya satu-satunya pilihan sebagai tempat pembuangan sampah.
NASA rakam video, gambar menakjubkan dari planet marikh
Dan bagi mengakhiri Buletin Awani malam ini, kita saksikan video beserta gambar panorama planet marikh yang berjaya dirakam pentadbiran aeronautik dan angkasa kebangsaan (NASA).
Imej dan video menakjubkan dirakam oleh rover nasa dikenali sebagai 'curiosity' diambil dari lokasi berbukit yang dinamakan 'mont mercou' melihat ke arah 'gale crater'
'curiosity mendarat di marikh pada 2012.
Imej dan video menakjubkan dirakam oleh rover nasa dikenali sebagai 'curiosity' diambil dari lokasi berbukit yang dinamakan 'mont mercou' melihat ke arah 'gale crater'
'curiosity mendarat di marikh pada 2012.
Empat jasad tebusan diserah kepada Israel
Hamas pada Khamis menyerahkan empat jasad tebusan warga Israel pada Khamis. Antara empat jasad itu termasuk seorang ibu dan dua anaknya. Jasad Shiri Bibas dan dua anaknya Ariel dan Kfir serta seorang warga emas Oded Lifshitz, 83 tahun diserahkan kepada kerajaan Israel sebagai sebahagian daripada perjanjian genjatan senjata. Anak kepada Bibas, Kfir adalah tebusan termuda yang mana ketika hayatnya baru berusia 9 bulan.
Doktor haiwan di Lubnan mahu segera kembali berkhidmat
Shamoun, yang dipindahkan dari Khiam pada akhir September semasa konflik antara Israel dan Hizbullah, cuba untuk pulang sejurus selepas perjanjian gencatan senjata dicapai, namun gagal kerana kehadiran tentera Israel.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 20 Februari 2025.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

'Cara kau terbang atas gelanggang memang baik'
Shi Feng memerlukan 44 minit untuk mengesahkan kemenangan 21-10 dan 21-13 dalam pertemuan keempat mereka sepanjang tahun ini.

Masters Jepun: Jun Hao tewaskan juara All England 2024 untuk melangkah ke pentas final
Jun Hao terpaksa memerah keringat selama 77 minit sebelum menundukkan pilihan keempat kejohanan dengan keputusan 10-21, 21-18, 22-20.

Masters Jepun: Jun Hao kejutkan Naraoka untuk mara ke separuh akhir
Pemain perseorangan lelaki negara Leong Jun Hao melakukan kejutan besar dalam Masters Jepun 2024 apabila menewaskan pilihan kedua kejohanan Kodai Naraoka.

Terbuka Jepun: Hasrat Jun Hao benam Kodai Naraoka di laman sendiri tertangguh
Jun Hao tewas kepada pemain ranking kelapan dunia dari Jepun, Kodai Naraoka.

Prestasi memberangsangkan di Chengdu cetus inspirasi buat Jun Hao
Persembahan meyakinkan termasuk mengejutkan pemain di ranking tinggi seperti Angus Ng Ka Long dan Koki Watanabe, memberi inspirasi kepadanya.

Terbuka Indonesia: Jun Hao teruskan aksi cemerlang, Aaron-Wooi Yik 'pulang awal'
Leong Jun Hao menewaskan pemain ranking ke-11 dunia Chou Tien Chen dari Taiwan pada pusingan kedua Terbuka Indonesia 2024.

Badminton Terbuka Singapura: Leong Jun Hao singkir Anthony Ginting
Perseorangan lelaki negara, Leong Jun Hao, mencipta sensasi dengan menyingkirkan pilihan ketujuh Terbuka Singapura, Anthony Ginting.

Jun Hao, dua beregu mara pusingan kedua Badminton Terbuka Singapura 2024
Pemain badminton perseorangan lelaki Leong Jun Hao dan dua beregu negara tidak berdepan masalah ke pusingan kedua Terbuka Singapura 2024.

Badminton Terbuka Thailand: Zii Jia mara ke suku akhir
Perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia menepati ramalan apabila menempah slot suku akhir Terbuka Thailand 2024.

Separuh akhir Piala Thomas: Leong Jun Hao pamer semangat juang tinggi sebelum tewas
Perseorangan lelaki negara, Leong Jun Hao, mempamerkan semangat juang tinggi walaupun tewas kepada pemain tuan rumah, Li Shi Feng, dalam separuh akhir Piala Thomas di Chengdu sebentar tadi.