KUALA LUMPUR: Pasukan Petaling Jaya (PJ) City FC yang turun dengan 100 peratus pemain tempatan, sudah cukup untuk mencuri satu mata daripada Perak FC dalam aksi Liga Super, malam tadi.
Pada aksi di Stadium Perak, Ipoh, skuad tuan rumah yang turun dengan dua pemain import dari Brazil, Leandro Dos Santos dan Raianderson da Costa Morais, serta Guilherme de Paula yang baharu mendapat status naturalisasi, gagal merobek benteng skuad "The Phoenix" itu.
Walaupun kedua-dua pasukan saling melakukan serangan bertali arus, tiada jaringan dapat dihasilkan sepanjang 90 minit perlawanan, menyaksikan kedua-dua pasukan berkongsi satu mata.
Skuad PJ City FC sebelum ini membuat keputusan untuk menggunakan tenaga tempatan sepenuhnya bagi musim ini.
Sementara itu, aksi Liga Premier menyaksikan Sarawak United FC (SUFC) mencatatkan kemenangan 2-0 ke atas Kelantan United FC (KUFC) di Stadium Hang Jebat, Melaka.
Pasukan tuan rumah mendahului menerusi D Christie Jayaseelan yang menyudahkan hantaran silang daripada Norshahrul Idlan Talaha dari kiri padang pada minit ke-12 perlawanan.
SUFC menambah derita Kelantan United menerusi sepakan penalti pemain import dari Nigeria, Uche Agba pada minit ke-32, selepas Norshahrul dikasari pertahanan KUFC.
SUFC memilih untuk beraksi di Melaka pada musim ini bagi memudahkannya mengikuti jadual perlawanan liga berikutan arahan Kerajaan Negeri Sarawak yang mewajibkan mana-mana individu yang mahu memasuki negeri itu menjalani kuarantin selama 14 hari dalam usaha memerangi COVID-19.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 07 2021

Guilherme De Paula (dua, kiri) kelihatan menanduk bola ke arah gawang gol ketika menentang pasukan PJ City FC, pada saingan Liga Super Malaysia 2021 di Stadium Perak, malam tadi. --fotoBERNAMA

Pelajar Tingkatan Satu maut dirempuh lori selepas turun bas
Supt Mohammad Shofee Tayib berkata, laporan mengenai kejadian itu diterima daripada orang awam pada jam 7.45 petang.

Nurfakhira ditemui selamat di rumah nenek rakan lelaki
ACP Bahrin berkata, remaja berkenaan ditemui dalam keadaan baik di rumah nenek rakan lelakinya.

3 bas meletup di Tel Aviv, polis Israel tuduh pengganas
Dua butir bom turut ditemukan dalam bas yang berasingan berjarak kira-kira 500 meter antara satu sama lain.

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

JK HARMONI bincang kaedah terbaik perkukuh perpaduan - Mohd Na'im
JK HARMONI mencari jalan dan memberikan pandangan kepada kerajaan tentang kaedah terbaik untuk memperkukuh perpaduan masyarakat.

Mydin Meru Raya beroperasi seperti biasa
Pengurusan Mydin Meru Raya memaklumkan, pengoperasian itu dilakukan selepas mendapat kebenaran dan kelulusan daripada pihak JBPM.

Ops Sapu: Imigresen berkas 28 PATI di 10 premis di Ipoh
Ops Sapu itu dilaksanakan di 10 premis di Ipoh bermula Selasa malam hingga Rabu pagi.

Lelaki ditahan miliki senjata buatan sendiri
Seorang lelaki ditahan kerana memiliki lastik menyerupai senapang dan panah hasil serbuan di sebuah rumah di Ipoh.

Polis minta bantuan kesan Poovenessvari
Menurut polis, remaja tersebut beralamat di No 26, Laluan Pari Baru 2, Taman Semarak, Ipoh.

Larangan penjualan arak: Pas Selangor sokong cadangan MBI
Langkah itu menghormati sensitiviti masyarakat Islam dan membantu menangani gejala sosial yang sering dikaitkan dengan penyalahgunaannya.

Ipoh antara lapan bandar terbaik di Asia perlu dikunjungi
Menurut Rumaizi, Ipoh berada di kedudukan kelima daripada senarai destinasi pelancongan terbaik di benua Asia.

Penghuni pusat jagaan swasta mengaku sebabkan kematian rakan penghuni
Tertuduh, Muhammad Firdaus Zohare, 32, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Azizah Ahmad.

Solusi lebih holistik perlu dirancang elak banjir berulang
Tumpuan perlu diberikan bukan hanya kepada kerja-kerja mitigasi jangka pendek tetapi perlu menerapkan perubahan iklim.

Dua beradik maut nahas motosikal, MPV
Dua beradik maut apabila motosikal ditunggangi mereka terbabit dalam nahas dengan kenderaan pelbagai guna (MPV) berhampiran persimpangan lampu isyarat, di Ipoh.

Polis minta bantuan kesan tiga remaja perempuan hilang di Ipoh
Nurul Syuhada Muksin, 18, dipercayai membawa beg pakaian dan keluar dari asrama sebuah politeknik di Ipoh pada 9 Okt.