KONFLIK di antara Persekutuan Sepaktakraw Asia (ASTAF) dan Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) berterusan dengan yang terbaru, Pesuruhjaya Sukan Malaysia (PJS), Ibrahim Mohd Yusof, meminta badan induk Asia itu untuk mengemukakan dokumen berkaitan salah urus tadbir dalam PSM.
PJS turut memberikan penjelasan mengenai ura-ura berkenaan penubuhan sebuah entiti baru bagi menggantikan PSM menguruskan hal ehwal sepak takraw negara, di mana ia tidak semudah yang disangka untuk membubarkan sebuah persatuan sukan atau dua badan berlainan menguruskan satu jenis sukan.
Kelmarin, ASTAF mengambil tindakan menggantung PSM selama 14 hari kerana mendakwa presiden badan induk negara itu, Datuk Seri Ahmad Ismail (Tok Mat), telah mengeluarkan kenyataan yang boleh menjatuhkan reputasi ASTAF.
Salah satu pertuduhan ke atas Tok Mat adalah melanggar artikel 5.5. menerusi kenyataan bertulis pada 24 Februari lalu kepada Majlis Olimpik Asia (OCA) dan Jawatankuasa Olimpik Antarbangsa (IOC) bagi tujuan mendapatkan campur tangan kedua-dua badan itu dalam sesi pemilihan Kongres ASTAF pada 1 Mac lalu.
Sebaik selesai pemilihan itu, Tok Mat mendakwa terdapat penipuan ketika kongres berlangsung sejurus dia di samping beberapa calon PSM lain tewas dalam perebutan jawatan masing-masing selain tidak menolak kemungkinan untuk membawa perkara itu ke Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS).
BACA: ASTAF boleh gantung Presiden PSM 'Tok Mat' seumur hidup
BACA: Abdul Halim kekal jawatan Presiden ASTAF, tiada wakil M'sia dalam barisan kepimpinan
BACA: Pengurus skuad sepak takraw wanita negara digantung lima tahun
Dalam satu temu bual Nadi Arena, PJS berkata: "Memang terdapat cadangan untuk menubuhkan PSM yang baru tetapi pada pandangan saya, ia tiada keperluan buat masa ini memandangkan PSM masih lagi badan induk yang sah.
"Jika hendak ditubuhkan satu persatuan baru, PSM itu sendiri perlu dibubarkan terlebih dahulu.
"Dan untuk membubarkannya, ahli jawatankuasa persatuan itu sendiri perlu mendapatkan persetujuan daripada kesemua ahli gabungan sedia ada.
"Itu adalah langkah pertama sebelum boleh mewujudkan persatuan baru.
"Buat masa ini, pihak PJS tidak menggalakkan untuk menubuhkan persatuan baru kerana sebaiknya, hanya ada satu persatuan untuk mengawal selia satu jenis sukan," katanya.
Astro Arena
Sat May 01 2021
![PJS tuntut ASTAF kemuka dokumen salah urus tadbir PSM PJS tuntut ASTAF kemuka dokumen salah urus tadbir PSM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/81619830312_IbrahimMohdYusof.jpg)
IBRAHIM: Memang terdapat cadangan untuk menubuhkan PSM yang baru tetapi pada pandangan saya, ia tiada keperluan buat masa ini memandangkan PSM masih lagi badan induk yang sah. - Astro ARENA
![Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702459753_TBGOOGLE.jpg)
Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726067904_tbpoliovaccine.jpg)
WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.
![Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026 Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61735290530_TBrusia.jpg)
Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.
![Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739976606_Maldives.jpg)
Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.
![Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/41659697159_SergeiLavrov.jpg)
Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.
![Persatuan wartawan Palestin desak kematian Shaza disiasat Persatuan wartawan Palestin desak kematian Shaza disiasat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/81735518443_tbmartyrShazaAlSa.jpg)
Persatuan wartawan Palestin desak kematian Shaza disiasat
Shaza sebelum ini dilaporkan meninggal dunia akibat tembakan di kepala semasa pertempuran antara PA dan pejuang di kem pelarian Jenin.
![PJS sahkan Mastaf bubar secara rasmi PJS sahkan Mastaf bubar secara rasmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/61675737441_Mastaf.jpg)
PJS sahkan Mastaf bubar secara rasmi
Persekutuan Sepak Takraw Malaysia (Mastaf) telah dibubarkan secara rasmi pada 31 Januari lalu.
![Anjur sukan permotoran perlu dapat kebenaran PJS, MAM - KBS Anjur sukan permotoran perlu dapat kebenaran PJS, MAM - KBS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/51674808075_TBHANNAHMOTOR.jpg)
Anjur sukan permotoran perlu dapat kebenaran PJS, MAM - KBS
Semua penganjur sukan permotoran digesa mengutamakan aspek keselamatan dengan mendapatkan kebenaran daripada Pesuruhjaya Sukan dan Persatuan Permotoran Malaysia, sebelum menganjurkan sesuatu acara.
![PJS keluar notis cadangan pembatalan PSM PJS keluar notis cadangan pembatalan PSM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/81664296773_IbrahimMohdYusof.jpg)
PJS keluar notis cadangan pembatalan PSM
Pesuruhjaya Sukan (PJS) telah mengeluarkan notis cadangan pembatalan badan sukan kepada Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) pada 15 Sept lepas.
![Persatuan sukan perlu aktif bukan sekadar anjur jamuan raya - Ahmad Faizal Persatuan sukan perlu aktif bukan sekadar anjur jamuan raya - Ahmad Faizal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/61650779016_DatukSeriAhmadFa.jpg)
Persatuan sukan perlu aktif bukan sekadar anjur jamuan raya - Ahmad Faizal
Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu telah mengarahkan Pesuruhjaya Sukan (PJS) supaya memastikan semua persatuan sukan yang didaftar di bawahnya, bergerak aktif.
![Lima bintang untuk BAM - PJS Lima bintang untuk BAM - PJS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/81646348579_BAM.jpg)
Lima bintang untuk BAM - PJS
Penarafan itu diberikan dalam satu surat ditandatangani Pesuruhjaya Sukan Ibrahim Mohd Yusof bertarikh 22 Feb lepas.
![Cadang had tempoh presiden sepak takraw Cadang had tempoh presiden sepak takraw](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/71624657663_HadTempohPreside.jpg)
Cadang had tempoh presiden sepak takraw
Zuraidin berkata pihaknya dalam usaha memperbaiki struktur pengurusan negara dan antara langkah proaktif yang diambil ialah mengusulkan had tempoh seseorang presiden itu berkhidmat.
![Masih tiada permohonan tubuh entiti ganti PSM - PJS Masih tiada permohonan tubuh entiti ganti PSM - PJS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2017-12/41513072471_SepakTakraw.jpg)
Masih tiada permohonan tubuh entiti ganti PSM - PJS
Ibrahim tegaskan PSM masih badan yang sah untuk mengurus tadbir perihal sepak takraw kebangsaan biarpun badan induk kebangsaan tersebut digugurkan selaku ahli gabungan ASTAF.
![PJS tuntut ASTAF kemuka dokumen salah urus tadbir PSM PJS tuntut ASTAF kemuka dokumen salah urus tadbir PSM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/81619830312_IbrahimMohdYusof.jpg)
PJS tuntut ASTAF kemuka dokumen salah urus tadbir PSM
PJS turut memberikan penjelasan mengenai ura-ura berkenaan penubuhan sebuah entiti baru bagi menggantikan PSM menguruskan hal ehwal sepak takraw negara.
![PPS tidak terlibat pemilihan persatuan sukan PPS tidak terlibat pemilihan persatuan sukan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-07/51562086859_AsmadiMohamad.jpg)
PPS tidak terlibat pemilihan persatuan sukan
Beliau berkata individu yang tidak berpuas hati selepas pemilihan pucuk pimpinan persatuan, boleh membuat aduan pada mesyuarat agung tahunan (AGM) persatuan sukan masing-masing.