KUALA LUMPUR: Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM) membuat keputusan untuk menangguhkan dua kejohanan domestik yang dirancang untuk tahun ini berikutan keadaan semasa pandemik COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Pengarah Kejohanan KRM Fahmy Jalil berkata Kejohanan 7-sepasukan Kebangsaan (National 7s) yang dijadualkan bermula 31 Julai hingga 1 Ogos dan Piala Agong yang sepatutnya bermula 14 Ogos terpaksa ditangguh sehingga keadaan pulih.
Beliau menjelaskan bahawa keputusan itu diambil ketika Mesyuarat Exco secara maya yang berlangsung petang tadi, dengan mengambil kira PKP dan prosedur operasi standard (SOP) yang diperketatkan bermula Selasa ini.
"Sebarang makluman tentang tarikh baru kejohanan anjuran KRM akan dimaklumkan kemudian setelah mengambil kira situasi semasa yang tidak menentu buat masa kini," katanya menerusi kenyataan.
Keputusan itu juga bakal menyebabkan arena ragbi negara kemarau tanpa kejohanan bagi tempoh hampir dua tahun akibat pandemik.
Kejohanan domestik terakhir yang dianjurkan ialah Piala Agong 2019, yang menyaksikan Terengganu merangkul gelaran sulungnya selepas menundukkan juara bertahan Sabah dalam final pada November tahun itu.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 23 2021
Keputusan itu bakal menyebabkan arena ragbi negara kemarau tanpa kejohanan bagi tempoh hampir dua tahun akibat pandemik. - Gambar hiasan/ Facebook Tigers Super Sports
Hujan berterusan dijangka landa Sarawak sehingga Rabu
Hujan berterusan dijangka berlaku di beberapa kawasan di Sarawak bermula esok hingga Rabu.
AWANI Ringkas: Kedaulatan negara
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
23 pengadil negara terima lencana Pengadil FIFA 2025
FAM mengesahkan seramai 23 pengadil negara telah dipilih oleh Panel Pengadil Antarabangsa FIFA untuk didaftarkan sebagai Pengadil FIFA bagi tahun 2025.
Institusi tempatan terus sokong Bursa Malaysia bagi minggu ke-15 - MIDF
Institusi tempatan terus memberi sokongan terhadap Bursa Malaysia bagi minggu ke-15 berturut-turut dengan mencatat belian bersih RM149.4 juta, kata MIDF Amanah Investment Bank Bhd (MIDF).
Kilang kitar semula musnah dalam kebakaran
Sebuah kilang barangan kitar semula di kawasan Perindustrian Ringan Alma, di Bukit Mertajam musnah akibat kebakaran malam tadi.
APM minta orang ramai patuh amaran bendera merah di Pantai Air Papan
Orang ramai diingatkan supaya sentiasa berwaspada dan mematuhi tanda amaran bendera merah di persisiran Pantai Air Papan di Mersing.
Waktu menunggu di klinik kerajaan kini 30 minit - Dr Dzulkefly
Kementerian Kesihatan berjaya mengurangkan tempoh waktu menunggu dari tiga jam kepada 30 minit bagi perkhidmatan kesihatan di klinik kerajaan.
Bintang Meteor Garden, Barbie Hsu meninggal dunia akibat pneumonia
Hsu terkenal dengan peranannya dalam "Meteor Garden" pada 2001, menjadikannya bintang besar di Malaysia, Filipina, Indonesia, dan Thailand.
Mahkamah tolak bantahan awal, bicara kes abai Zayn Rayyan mula petang ini - Hakim
Mahkamah Sesyen menolak bantahan awal pihak pembelaan yang menyatakan pertuduhan ke atas ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matin adalah defektif atau cacat.
Wanita direman empat hari bantu siasatan kes buang bayi
Seorang wanita berusia 29 tahun direman empat hari bermula Ahad bagi membantu siasatan kes pembuangan bayi di hadapan sebuah rumah di Jalan Kampung Rama, Kuala Sanglang, Simpang Empat pada 19 Jan lepas.
ARC: Bunga Raya 15s pertaruh pemain senior, muda berdepan Korea Selatan
Gabungan skuad kendalian Mohd Farid Syazwan itu antaranya menampilkan flanker sensasi Syarif Nurhidayat Muzhaimey.
Ragbi 7s bakal 'berkelana' ke tiga negara
Kesatuan Ragbi Malaysia merancang untuk membawa skuad ragbi tujuh sebelah (7s) kebangsaan menjelajah New Zealand, Australia dan Fiji.
KRM mahu jumpa Hannah bincang masalah pembinaan stadium ragbi
Amir Amri Mohamad berkata surat mengenai pertemuan itu akan dihantar kepada Hannah minggu depan.
KRM buat laporan polis pecah kes amanah libatkan kakitangan
Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM) membuat laporan polis berhubung kes pecah amanah disyaki berlaku dalam pengendalian akaun bank badan induk itu
ARC dijangka berlangsung pada bulan Mei
Kejohanan Ragbi Asia (ARC) 15 Sebelah, dijangka berlangsung pada bulan Mei 2022, setelah ditunda hampir lima kali pada tahun lepas.
Dua pemain ragbi negara hampir pasti terlepas pramusim di Jerman
Dua daripada tiga pemain skuad ragbi 15 sepasukan (15's) negara yang ditawarkan beraksi di Liga Ragbi Divisyen Satu Jerman mungkin terpaksa melupakan hasrat menyertai pasukan lebih awal.
PKP: Kejohanan Ragbi 7s Kebangsaan, Piala Agong tangguh
Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM) membuat keputusan untuk menangguhkan dua kejohanan domestik yang dirancang untuk tahun ini berikutan keadaan semasa pandemik COVID-19.
Peluang skuad ragbi 15's sertai ARC 2021 kembali cerah
Peluang pasukan 15 sepasukan (15's) negara menyertai Kejohanan Ragbi Asia (ARC) dijadual berlangsung pada Mei ini, tampak kembali cerah meskipun masih bergelut mencari dana dalam melakukan persediaan
KRM tunda kejohanan domestik sehingga Jun 2021
Keputusan terpaksa dibuat kerana KRM berdepan masalah kehilangan potensi penaja utama disebabkan keadaan ekonomi negara yang tidak menentu.
Pembinaan Stadium Ragbi Nasional bermula bulan depan
Kerja-kerja pembinaan Stadium Ragbi Nasional pertama di Malaysia akan bermula pada September ini dengan kapasiti tempat duduk penonton dikurangkan kepada 1,250.