GEORGE TOWN: Pemain catur muda Pulau Pinang Poh Yu Tian dianugerahkan gelaran International Master (IM) selepas memperoleh rating 2,429 dalam Kejohanan Catur Remaja Asia Timur (EAYCC) Ke-8 di Pulau Pinang yang berakhir semalam.
Poh, 15, mempamerkan persembahan cemerlang secara keseluruhan dalam kalangan pemain Malaysia apabila berjaya merangkul tempat pertama bagi kategori bawah 18 tahun terbuka, juara acara rapid serta penyertaan dalam acara Blitz (catur kilat).
Kejayaan itu menjadikan beliau sebagai pemain termuda dan ke-10 di Malaysia yang mendapat gelaran IM, sekali gus membolehkan beliau menjadi penerima pertama trofi Piala PMX, yang disampaikan oleh anak Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Nurul Nuha pada acara penutupan kejohanan di sini, malam tadi.
Bapa Poh, Poh Leong Pat ketika ditemui berterima kasih kepada pihak penganjur kerana memilih anaknya sebagai penerima piala itu, yang diberikan kepada pemain catur cemerlang buat julung kalinya.
"Poh sudah melengkapkan tiga 'norm' dengan rating 2,429 untuk gelaran IM dan fokus selepas ini adalah mahu dapatkan gelaran 'Grand Master' pula. Untuk itu dia perlu melengkapkan tiga lagi 'norm', tapi kita percaya dia mampu melakukannya," katanya.
Selain Poh, pemain catur Malaysia di bawah Persekutuan Catur Antarabangsa (FIDE) yang turut berjaya mempamerkan kejayaan cemerlang dalam kejohanan itu ialah Ainul Mardhiah Afif (Woman FIDE Master-WFM) pemenang kategori bawah 14 tahun perempuan; Kavin Mohan, Chess Master (CM) yang menang tempat kedua kategori bawah 14 tahun terbuka dan Chow Yi Chen dan Yap Ray Jin yang turut memperoleh gelaran CM selepas masing-masing memperoleh tempat kedua dan ketiga kategori bawah 10 tahun terbuka.
Sementara itu Presiden Persatuan Catur Pulau Pinang (PCA) See Swee Sie berkata Pulau Pinang terpilih sebagai tuan rumah kejohanan kali ini, yang bertujuan mencungkil bakat-bakat muda terutama dalam kalangan pemain Malaysia untuk diketengahkan.
"Menerusi pertandingan seperti ini juga, ia dapat membantu dan memberi peluang kepada pemain Malaysia mendapatkan rating untuk menaikkan title masing-masing kerana kalau hendak pergi ke pertandingan di luar negara memakan kos yang tinggi jadi, peluang mengadakan kejohanan di sini merupakan satu pendedahan yang baik dan perlu diambil kesempatan sebaik mungkin," katanya.
Seramai 358 peserta lelaki dan wanita daripada 17 negara mengambil bahagian dalam kejohanan yang bermula pada 12 Julai lepas anjuran PCA bersama Persatuan Catur Malaysia (MCF), dengan Malaysia menghantar 74 pemain untuk bertanding dalam enam kategori iaitu bawah 8 tahun, bawah 10 tahun, bawah 12 tahun, bawah 14 tahun, bawah 16 tahun dan bawah 18 tahun.
Pasukan Malaysia berjaya merangkul tempat kedua keseluruhan kejohanan selepas memungut dua emas, dua perak dan satu gangsa.
Johan menjadi milik pasukan dari China selepas menamatkan kejohanan dengan memperoleh lima emas, tiga perak dan lima gangsa, manakala tempat ketiga Vietnam (dua emas dan dua perak).
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 21 2024

Poh berjaya merangkul tempat pertama bagi kategori bawah 18 tahun terbuka, juara acara rapid serta penyertaan dalam acara Blitz (catur kilat). - Foto FIDE

Kerajaan Jepun luluskan RUU tembakan kecemasan untuk haiwan berbahaya
Pindaan rang undang-undang ini bertujuan untuk membolehkan respons yang lebih cepat dan berkesan berbanding langkah sedia ada.

Jabatan Kesihatan Melaka tingkat pemantauan, saringan langkah awal kekang kusta
"Setakat ini tiada kes dikesan dalam kalangan penduduk Orang Asli di negeri ini melibatkan 14 perkampungan dengan lebih 2,000 penduduk."

Hubungan dua hala Bangladesh-Malaysia diperkukuh pada Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa
Ahsan menyifatkan Malaysia sebagai model keharmonian dalam kepelbagaian komuniti linguistik.

Teknologi robotik pacu sektor pelancongan kesihatan di Melaka
Upaya memacu sektor pelancongan kesihatan yang menjadi satu daripada subsektor penting dalam industri pelancongan negeri.

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

46 warga Indonesia mangsa pemerdagangan dibawa pulang, termasuk bekas ahli DPRD
46 mangsa pemerdagangan manusia itu datang dari sembilan provinsi dengan majoriti berasal dari Sumatera Utara dan Jawa Barat.

Arab Saudi anjur sidang kemuncak pembinaan semula Gaza
Arab Saudi dijadual menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Poh Yu Tian, pencatur termuda negara terima gelaran International Master
Kejayaan itu menjadikan beliau pemain termuda dan ke-10 di Malaysia mendapat gelaran IM, sekali gus menjadi penerima pertama trofi Piala PMX.

Silang kata, catur dapat kurangkan risiko demensia dalam kalangan warga emas
Hobi kreatif seperti membuat kerajinan, mengait dan melukis, dan membaca juga mampu mengurangkan risiko sebanyak tujuh peratus.

Trump ibaratkan pemimpin Korea Utara "pemain catur bertaraf dunia"
Trump berkata demikian dengan alasan calon presiden Demokrat Joe Biden tidak layak untuk berurusan dengan pemain yang kuat itu.

PM Najib terharu bapa sanggup jual rumah untuk bawa anak ke Romania
Salihin yang juga merupakan jurulatih kepada anak-anaknya itu berkata dia terpaksa menjual rumah keduanya pada harga RM65,000 di Segamat.

Catur dalam senarai akhir 16 sukan pada Sukan Para ASEAN 2017
Sukan Para ASEAN kesembilan akan menampilkan 16 sukan, dengan catur secara rasmi tersenarai pada temasya sukan dwitahunan itu yang akan berlangsung dari 17 hingga 23 Sept, tahun depan.

'Main dam pun boleh jatuh haram sebab bazir masa' - Mufti Perak
Mufti Perak itu mengulas kenyataan Mufti Besar Arab Saudi, Sheikh Abdul Aziz bin Abdullah Al-Sheikh yang mengisytiharkan permainan catur sebagai haram di sisi Islam.

Mufti Besar Arab Saudi isytihar catur haram
Sheikh Abdul Aziz bin Abdullah Al-Sheikh menegaskan permainan tersebut membazir masa dan wang, serta mewujudkan permusuhan antara manusia.