KUALA LUMPUR: Program 'Jom Jalan Bersama NPC' yang julung kali diadakan, berjaya menarik lebih 200 penyertaan dari kalangan bekas atlet, wartawan, anak muda dan orang ramai.
Presiden Kelab Akhbar Kebangsaan (NPC) Datuk Ahirudin Attan berkata program dianjurkan bersama Persatuan Olahraga Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur itu bertujuan membantu kerajaan dan badan-badan sukan memupuk minat golongan muda untuk menjadikan sukan khususnya olahraga sebagai karier.
"Ada 200 lebih peserta pejalan kaki dan jalan santai...tetapi untuk permulaan, syukur kita dapat penyertaan ramai anak muda. Paling penting, kita nak cungkil bakat anak muda (dengan) menyertai acara jalan kaki, mana tahu (dengan program ini) kita boleh cungkil jaguh negara (future national champion)," katanya ketika ditemui pada program berkenaan, di sini hari ini.
Dalam pada itu, beliau berkata NPC juga berhasrat untuk menghidupkan semula acara seperti The Malay Mail Big Walk pada 1965 yang ketika itu mampu menarik penyertaan lebih 10,000 hingga 12,000 orang, dalam masa lima tahun akan datang.
Beliau berkata NPC, yang juga kelab media tertua di Malaysia, telah merancang untuk mengembangkan lagi program yang diadakan hari ini dengan mengadakan Klinik Jalan Kaki di peringkat sekolah.
"Diharapkan pada tahun depan juga kita boleh anjurkan program ini secara besar-besaran untuk menarik perhatian penaja-penaja lain dan menjadikan ia sebagai satu acara keluarga.
"Kita akan cuba untuk mengadakan konsert mini untuk menarik minat ramai orang dan juga membuka penyertaan kepada orang luar negara," katanya.
Jom Jalan Bersama NPC mempertandingkan dua kategori utama iaitu berjalan kaki kompetitif 10 kilometer (km) bagi terbuka lelaki dan wanita serta remaja lelaki dan perempuan, dan 5km berjalan santai yang terbuka kepada semua usia bermula tujuh tahun dan ke atas.
Acara itu juga disertai bekas pelari pecut negara Tan Sri Dr M. Jegathesan dan Datuk Shahrudin Mohamed Ali, Presiden Persatuan Olimpian Malaysia Noraseela Mohd Khalid, bekas atlet jalan kaki kebangsaan Mohamed Shahrulhaizy Abdul Rahman serta artis Ahirine Ahirudin.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 02 2024

Presiden NPC Datuk Ahirudin Attan (kanan) menunjukkan pingat yang dimenangi selepas berjaya menamatkan larian pada Jom Jalan bersama National Press Club (NPC) 2024 di Padang Merbok hari ini. - Foto Bernama
Tiga pemain ski dikhuatiri maut dalam insiden runtuhan salji
Menurut jurucakap untuk Alaska State Troopers pada Khamis, setakat ini, usaha mencari mangsa yang tertimbus terpaksa ditangguhkan susulan keadaan cuaca yang buruk.

Malaysia-Thailand terus berusaha capai kejayaan bersama - PM Anwar
Malaysia dan Thailand akan terus berusaha mencapai kejayaan bersama-sama dan juga rantau ASEAN, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Bom jatuh, penduduk gesa penghentian latihan tembakan segera
Menurut wakil penduduk Pocheon, Kang Tae-il, dia juga menyeru pelaksanaan langkah yang konkrit bagi mencegah insiden sedemikian berulang pada masa hadapan.
15 cedera bom mendarat di luar kawasan sasaran
Menurut Angkatan Udara Korea Selatan, daripada jumlah tersebut, dua dilaporkan mengalami kecederaan serius.
AirAsia pindahkan perkhidmatan domestik di LTSAAS ke KLIA T2 berkuat kuasa 7 April
AirAsia akan memindahkan perkhidmatan domestiknya dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (Lapangan Terbang Subang) ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 2 (KLIA T2) berkuat kuasa 7 April.
NGO anjur perhimpunan aman Hari Al-Quds
MAPIM menyeru semua yang mempunyai nilai kemanusiaan untuk menyertai perhimpunan Hari Al-Quds Antarabangsa di depan kedutaan Amerika Syarikat pada 28 Mac.
Audit penerima dana USAID, pastikan tiada campur tangan asing
Kerajaan digesa memastikan tiada campur tangan asing dalam urusan politik dan pentadbiran negara menerusi bantuan dana yang disalurkan oleh Agensi Pembangunan Antarabangsa Amerika Syarikat.
10 Berita Pilihan - (6 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Hanya 27 peratus responden tahu sepenuhnya hak kewangan
Tahap kesedaran rakyat mengenai hak kewangan yang boleh dituntut di mahkamah masih rendah, dengan hanya 27 peratus yang mendakwa mereka mengetahui secara menyeluruh mengenai perkara tersebut.
Mahkamah sekat akses akaun bank luar negara, saham berkaitan 1MDB
Sekatan itu melibatkan wang berjumlah AS$4.5 juta yang didakwa berada di dalam akaun bank Putera Faisal di Riyad Bank, Arab Saudi dan 12 juta unit saham milik Stadlen yang kini dipegang syarikat pengurASan aset di United Kingdom (UK).

Program Jom Jalan Bersama NPC tarik lebih 200 penyertaan
Program 'Jom Jalan Bersama NPC' yang julung kali diadakan, berjaya menarik lebih 200 penyertaan dari kalangan bekas atlet, wartawan, anak muda dan orang ramai.