KUALA LUMPUR: Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) sedia mempertimbangkan tawaran Persekutuan Sepaktakraw Asia (ASTAF) untuk menjadi tuan rumah Kejohanan Sepaktakraw Piala Asia 2025 yang diperkenalkan buat julung kalinya.
Presiden PSM Datuk Mohd Sumali Reduan berkata perkara itu akan dibawa dalam mesyuarat tertinggi PSM yang dijadualkan berlangsung pada 30 Jun ini.
"Seperti kita tahu, PSM ini kalau boleh setiap tahun kami nak buat kejohanan antarabangsa. Kebetulan pula tawaran ini datang, jadi kita akan pertimbangkan dalam mesyuarat tertinggi nanti.
"Sebab kejohanan (Piala Asia) ini merupakan yang pertama kali dianjurkan dan sekiranya kita terima Malaysia akan jadi tuan rumah pertama. Jadi kena tunggu dulu keputusan mesyuarat nanti," katanya kepada Bernama.
Semalam, Presiden ASTAF Datuk Abdul Halim Kader menerusi kenyataan memaklumkan mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi ASTAF dalam mesyuaratnya di Bangkok, Thailand baru-baru ini sebulat suara bersetuju untuk melantik Malaysia selaku tuan rumah kejohanan itu.
Menurut Abdul Halim, faktor utama Malaysia diberi kepercayaan dan ditawarkan hak penganjuran Piala Asia 2025 bersandarkan kepada 10 asas kukuh dan praktikal, antaranya kejayaan menganjurkan Kejohanan Piala Dunia dengan cemerlang pada 16-26 Mei lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 20 2024

Mohd Sumali berkata perkara itu akan dibawa dalam mesyuarat tertinggi PSM yang dijadualkan berlangsung pada 30 Jun ini. - Gambar fail/Bernama
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.

Piala Dunia 2025: Malaysia tutup kempen kumpulan tanpa sebarang mata
Malaysia ketinggalan pada minit ke-10 menerusi gol pukulan sudut penalti oleh Seyedmohammad Ghoreishiroudbaraki.

Piala Dunia Hoki Dalam Dewan: Malaysia kalah lagi, kali ini kepada Argentina
Malaysia bermula baik membuka tirai dengan gol padang Shamie Irfan Suhaimi pada minit ke-12, bagaimanapun momentum itu gagal diteruskan.

Hebat! Luar biasa - PM puji kejayaan Natasha Roslan
Perdana Menteri dalam hantaran di Facebook berkata, pencapaian atlet berusia 28 tahun itu sangat membanggakan negara.

Tiga pemain boling elit wanita negara mara ke pusingan kalah mati Piala Dunia
Mereka adalah Siti Safiyah Amirah Abdul Rahman, Natasha Roslan dan Sin Li Jane, yang akan disertai seorang lagi wakil negara Gillian Lim.

Saya tahu apa nak buat untuk menang Ballon d'Or - Mbappe
Mbappe yakin dia akan menang Anugerah Ballon d'Or sambil menegaskan tahu apa yang perlu dilakukannya untuk memenangi anugerah itu.

ISTAF cadang kurangkan pengadil menerusi teknologi baharu
ISTAF bakal membawa cadangan untuk mengurangkan jumlah pengadil dalam perlawanan serta memberikan pengadil kuasa untuk memanggil challenge (cabaran) sebagai langkah penambahbaikan.

PSM setia dengan Ahmad Jais
Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) memutuskan untuk mengekalkan khidmat Ahmad Jais Baharun sebagai ketua jurulatih skuad sepak takraw lelaki kebangsaan.

Kelayakan Piala Dunia: Australia musnahkan rekod sempurna Jepun
Gol sendiri Shogo Taniguchi memberi Australia kelebihan pada minit ke-58 tetapi kesilapan Camron Burgess menyelamatkan maruah Samurai Biru.

Laungan 'Malaysia Boleh' bergema di bumi Eropah
PASUKAN paintball Malaysia yang bertarung di kejuaraan NXL Eropah berjaya memperoleh pingat dalam beberapa kategori yang dipertandingkan.

Arab Saudi cadang bina stadium atas bangunan 350 meter untuk Piala Dunia 2034
Stadium NEOM akan dibina di bangunan terpanjang dunia The Line dengan kapasiti melebihi 46,000 penduduk.