KUALA LUMPUR: Pemenang pingat gangsa Sukan SEA 2019 di Filipina Queenie Ting Kung Ni melakar rekod baharu kebangsaan acara lempar cakera wanita dengan lemparan sejauh 48.56 meter (m) pada Kejohanan Grand Prix (GP) Malaysia di Stadium Mini Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil, hari ini.
Ia sekali gus memadam rekod dipegang atlet Johor Connie Choo Kang Ni dengan catatan 47.91 m yang dilakar pada temasya Sukan SEA 2017 di Kuala Lumpur.
Catatan 48.56 m itu dilakukan Queenie, 24, pada lemparan terakhir acara itu untuk merangkul pingat emas sementara Connie Choo meraih perak dengan lemparan sejauh 45.53 m dan pingat gangsa menjadi milik atlet Negeri Sembilan Yap Jen Tzan dengan catatan 44.82 m.
Bagaimanapun, keputusan rasmi rekod baharu kebangsaan itu hanya disahkan juri pertandingan selepas beberapa jam acara itu tamat, menyaksikan Queenie tidak dapat menahan sebak sebaik keputusan itu diumumkan.
"Hari ini seperti 'roller coaster' menantikan keputusan rasmi dengan perasaan yang sangat gementar, kejayaan ini amat penting bagi saya dan jurulatih, saya sangat gembira akhirnya dapat pecahkan rekod kebangsaan," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
"Terima kasih kepada semua yang perjuangkan catatan ini dan menjadikan impian saya menjadi kenyataan, antaranya jurulatih Man (Ketua Jurulatih skuad olahraga kebangsaan Mohd Mansahar Abdul Jalil)," tambah beliau.
Catatan peribadi terbaik Queenie ialah 46.51 m yang dilakukan pada Kejohanan Olahraga Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) 2019 namun hanya mencatat 45.28 m ketika meraih pingat pertamanya pada Sukan SEA 2019.
Sementara itu, Mohamad Ali Hamid yang telah membimbing Queenie sejak dua tahun lepas mengakui anak buahnya layak menikmati kejayaan ini berdasarkan semangat serta prestasi dipamerkan ketika latihan meskipun dalam tempoh sukar dihimpit impak pandemik COVID-19.
Jelasnya, seperti atlet lain, Queenie turut mengalamai kesukaran menjalani latihan selain berdepan ujian dari segi kekuatan mental.
"Kita ada halangan macam saya berada di luar pagar manakala atlet kuarantin di sini, jadi kami berjumpa tiga kali seminggu, latihan menerusi (panggilan) video dan WhatsApp. Kami cuba untuk kekal kuat, elakkan kecederaan dan keputusan ini sangat penting sebagai motivasi untuk kami meneruskan apa yang ingin dicapai," katanya.
Kejohanan GP Malaysia berlangsung selama dua hari bermula semalam dan merupakan kejohanan kompetitif pertama disertai sebahagian besar atlet olahraga kebangsaan sejak penularan pandemik COVID-19 awal tahun lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 11 2021

Kejayaan Queenie memadamkan rekod dipegang atlet Johor Connie Choo Kang Ni dengan catatan 47.91 m yang dilakar pada temasya Sukan SEA 2017 di Kuala Lumpur. - Foto BERNAMA

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Queenie raih emas di Kejohanan Olahraga IPT 2023
Atlet lempar cakera wanita itu merangkul emas acara lempar cakera pada Kejohanan Olahraga Institusi Pengajian Tinggi (IPT) 2023 hari ini.

Sukan SEA: Queenie mahu lakar sejarah raih emas lempar cakera wanita
Queenie akui berdepan cabaran sengit untuk memecahkan dominasi atlet Thailand, Subenrat Insaeng yang merangkul emas Sukan SEA sejak 2011.

Sukan SEA Hanoi: Queenie rangkul perak dengan catatan rekod kebangsaan baharu
Atlet lempar cakera kebangsaan, Queenie Ting Kung Ni menampilkan satu lagi aksi bertenaga untuk meraih pingat perak Sukan SEA dengan mencatatkan rekod kebangsaan yang baharu, hari ini.

Queenie Ting pecah rekod kebangsaan lempar cakera
Queenie memadamkan rekod dipegang atlet Johor Connie Choo Kang Ni dengan catatan 47.91 m yang dilakar pada temasya Sukan SEA 2017 di Kuala Lumpur.