Skuad olahraga negara menerima suntikan terbaik menjelang Sukan SEA Ogos ini apabila Rayzam Shah Wan Sofian menjadi atlet terbaru memecahkan rekod kebangsaan dengan memadamkan rekod 23 tahun acara 110 meter berpagar di Kejohanan Kurpfalz Gala, di Jerman pada Sabtu.
Rayzam Shah, 29, dari Sabah mencatat 13.67 saat yang dilakukan dengan bantuan angin berkelajuan 1.7 meter sesaat, yang masih di bawah 2 meter sesaat yang dibenarkan, dalam acara akhir 110m berpagar untuk memadamkan rekod lama 13.73s milik Nur Herman Majid.
Ketua jurulatih negara, Zainal Abas mengesahkan rekod baharu itu apabila dihubungi Bernama pada Sabtu.
Rayzam pula berkata, beliau gembira dapat memecahkan rekod yang sudah begitu lama dipegang Nur Herman yang dilakukannya di Sukan Asia Hiroshima, Jepun pada 1994.
"Terima kasih kepada semua pihak yang memberi sokongan kepada saya...Saya tidak percaya dapat memecahkan rekod kebangsaan dan saya bangga dengan pencapaian ini," katanya kepada Bernama melalui aplikasi Whatsapp.
Terdahulu, jaguh lempar cakera negara, Muhammad Irfan Shamsudin sekali lagi memperbaharui rekod kebangsaan miliknya, kali ketiga dalam tempoh seminggu, dalam tiga kejohanan berasingan di Eropah.
Beliau memecahkan rekod lama miliknya 59.29 meter apabila mencatat 61.10m di Kejohanan Hallesch Werfertage di Halle, Jerman pada 21 Mei lalu sebelum memperbaharuinya kepada 61.56m di Turnov, Republik Czech pada Rabu sebelum sekali lagi melakukannya di Austria, dua hari kemudian dengan jarak 62.55m.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 28 2017
Rayzam Shah Wan Sofian menjadi atlet terbaru memecahkan rekod kebangsaan. -Bernama
Saintis Vietnam temukan spesies siput baharu di gua terbesar dunia
Saintis Vietnam telah menemukan spesies siput baharu di Gua Son Doong dalam Taman Negara Phong Nha - Ke Bang di wilayah tengah Quang Binh, dan menamakannya sebagai "Oc non Son Doong".
Uzma Berhad cetus era baharu teknologi angkasa negara dengan pelancaran satelit UzmaSAT 1
Uzma Berhad melakar sejarah dengan pelancaran satelit pemerhatian bumi pertama miliknya, UzmaSAT-1, pada 3.09 pagi waktu Malaysia di Pangkalan Angkasa Vandenberg, California, menggunakan roket Falcon 9 milik SpaceX.
Agenda AWANI: Lindungi haiwan, hentikan penderaan
Apa cabaran utama dalam konteks penguatkuasaan undang-undang berkaitan kebajikan haiwan? Apa strategi berkesan yang boleh digunakan untuk mendidik masyarakat mengenai tanggungjawab terhadap haiwan peliharaan dan terbiar? Diskusi 8.30 malam.
McDonald’s Malaysia bawa keceriaan 120 rumah warga emas
McDonald’s Malaysia meneruskan tradisi tahunan ke-9 menyumbang kembali kepada komuniti setiap Tahun Baharu Cina.
Bursa Malaysia akhiri peningkatan sesi awal untuk ditutup rendah
Bursa Malaysia mengkhiri peningkatan pada sesi awal untuk ditutup rendah hari ini, dengan lebih 900 saham mengalami kerugian, mencerminkan penurunan keyakinan yang berterusan dalam pasaran.
Jenayah penipuan di Malaysia
Berdasarkan rekod PDRM, jumlah kes jenayah dalam talian pada tahun 2024 adalah sebanyak 35,368 dengan nilai kerugian berjumlah RM1,574,203,951.82.
Landasan ECRL Maran-Kota Bharu siap lebih awal daripada jadual
Kerja-kerja pemasangan landasan ECRL sepanjang 400 kilometer (km) dari Maran, Pahang ke Kota Bharu, Kelantan dapat disiapkan dua bulan setengah daripada jadual asal.
PM adakan pertemuan dengan PM UK
Datuk Seri Anwar Ibrahim memulakan lawatan kerja hari pertama di London, United Kingdom dengan mengadakan pertemuan bersama Perdana Menteri UK, Kier Starmer.
MOTAC siasat syarikat pelancongan gagal terbangkan jemaah umrah
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) sedang menjalankan siasatan terhadap sebuah syarikat pelancongan berlesen yang didakwa gagal menerbangkan jemaah umrah, semalam.
[TERKINI] PM Thailand jadi sasaran 'scammer' guna teknologi AI
Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra mengakui bahawa beliau hampir menjadi mangsa penipuan yang menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) dengan meniru suara seorang pemimpin asing.
Rayzam pecah rekod kebangsaan 23 tahun 110m berpagar di Jerman
Rayzam Shah, 29, dari Sabah mencatat 13.67 saat yang dilakukan dengan bantuan angin berkelajuan 1.7 meter sesaat, yang masih di bawah 2 meter sesaat yang dibenarkan.