KUALA LUMPUR: Rekod lompatan setinggi 2.27 meter (m) dicipta jaguh lompat tinggi negara, Nauraj Singh Randhawa, pada kejohanan dalam dewan Hvezdy v Nehvizdech di Republik Czech baru-baru ini belum disahkan secara rasmi sebagai rekod baharu kebangsaan.
Namun, Ketua Jurulatih Skuad Olahraga Kebangsaan Mohd Manshahar Abdul Jalil berkata dari segi teknikal catatan tersebut telah melepasi rekod kebangsaan lompat tinggi dalam dewan sebelum ini.
Katanya, catatan itu hanya akan diiktiraf Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) selepas meneliti segala maklumat dan dokumen daripada World Athletics bagi mengesahkan secara rasmi rekod berkenaan.
"Pencapaian dia (Nauraj) secara rasmi sudah berada dalam World Athletics, tetapi segala dokumen dan bukti itu perlu dibawa ke dalam Mesyuarat Jawatankuasa Statistik (KOM) untuk diputuskan, ia adalah prosedur biasa," katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.
Mohd Manshahar berkata jika catatan itu diperaku Majlis Olimpik Malaysia (MOM) dan KOM, anak buahnya yang telah pun layak berdasarkan merit ke Sukan SEA ke-31 di Hanoi, Vietnam, juga akan layak untuk beraksi di Sukan Asia Hangzhou 2022.
"(Kejohanan) Dalam dewan dan luar dewan tidak sama dari segi prestasi, kalau MOM dan KOM menerima ia sebagai satu syarat yang membolehkan dia layak, jadi catatan itu boleh dipakai," katanya.
Catatan 2.27m dilakukan Nauraj pada kejohanan yang berlangsung di Tipsport Arena di Prague pada 30 Jan lepas.
Tiga hari sebelum itu beliau melakukan lompatan setinggi 2.22m pada kejohanan dalam dewan Kladno, juga di Prague.
Dua catatan itu menyaksikan Nauraj, yang merupakan pemenang pingat emas Sukan SEA tiga kali berturut-turut sejak 2013, berjaya meraih tempat kedua pada kedua-dua kejohanan itu.
"Pada pandangan saya ia satu pencapaian yang baik dan satu permulaan tahun baharu yang sangat-sangat memberangsangkan menjelang Sukan Komanwel dan Sukan Asia," katanya.
Beliau berkata anak buahnya itu telah menunjukkan kemajuan yang baik, sekali gus menunjukkan bahawa latihan di Eropah membuahkan hasil.
Nauraj merupakan pemegang rekod kebangsaan bagi acara lompat tinggi dalam dewan sebelum ini iaitu 2.20m yang dilakukannya di Kejohanan Indoor Track and Field Vienna 2021.
Beliau juga memegang rekod kebangsaan acara lompat tinggi luar dewan dengan catatan 2.30m yang dicatatkan pada Kejohanan Olahraga Terbuka Singapura 2017.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 04 2022

Namun, dari segi teknikal catatan tersebut telah melepasi rekod kebangsaan lompat tinggi dalam dewan sebelum ini. - Gambar fail

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

JK HARMONI bincang kaedah terbaik perkukuh perpaduan - Mohd Na'im
JK HARMONI mencari jalan dan memberikan pandangan kepada kerajaan tentang kaedah terbaik untuk memperkukuh perpaduan masyarakat.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

G20 mesti terus perjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik
Presiden Afrika Selatan gesa G20 untuk terus memperjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik di seluruh dunia.

Jaringan tunggal Faizal bawa THT ke final Piala TNB
THT di landasan tepat untuk merangkul gelaran treble Liga Hoki Malaysia2025, selepas terlebih dahulu menjulang Piala Sumbangsih serta menjuarai liga buat kali ketujuh.

Ambilan kohort pertama program DBA pada Julai depan - Ewon
Universiti Keusahawanan Koperasi Malaysia (UKKM) akan memulakan pengambilan kohort pertama program Doktor Pentadbiran Perniagaan (DBA) pada Julai depan.

FGV sasar pasaran eksport China menerusi PIP
FGV menyasarkan untuk mengeksport hasil pertanian ke China menerusi projek perladangan bersepadu bernilai tinggi berskala besar Lembah Agro Chuping FGV (FCAV).

Kutipan zakat di Kelantan meningkat 15 peratus pada 2024 - MAIK
Jumlah kutipan zakat di Kelantan tahun lepas meningkat 15 peratus kepada RM296.52 juta, berbanding RM257.09 juta pada 2023.

Pulau Pinang catat 7,852 kes penipuan dalam talian, kerugian RM312.86 juta
Jenayah penipuan membabitkan telekomunikasi mencatatkan kes tertinggi, iaitu 2,938 kes dengan kerugian berjumlah RM101.5 juta.

Tindakan tegas ke atas peniaga jual semula tapak bazar Ramadan - MBAS
Tindakan tegas juga ke atas perbuatan membatalkan tapak jualan mereka dan membukanya untuk disewa kepada peniaga lain.

Bryan Leong lebur rekod kebangsaan 14 tahun di Chengdu
Bryan mencatat 24.35 saat (s) pada saingan separuh akhir satu di Dong'an Lake Sports Park Aquatics Centre sekali gus memadam rekod lama.

Sukan SEA: Kuartet 4x100m wanita cipta sensasi pecah rekod kebangsaan, rangkul gangsa
Kuartet 4x100 meter (m) wanita negara bukan sahaja merangkul gangsa malah memecahkan rekod baharu kebangsaan pada Sukan SEA 2023 hari ini.

Rekod baharu kebangsaan dalam dewan Nauraj belum rasmi - Mohd Manshahar
Namun, dari segi teknikal catatan tersebut telah melepasi rekod kebangsaan lompat tinggi dalam dewan sebelum ini.