KUALA LUMPUR: Walaupun menjadi satu-satunya peserta acara 200 meter (m) kuak lentang di Terbuka Malaysia ke-63 hari ini, ia tidak melemahkan semangat Khiew Hoe Yean untuk memecahkan rekod kebangsaan berusia 23 tahun.
Hoe Yean, 19, yang menjadi satu-satunya peserta acara itu yang diadakan secara tertutup akibat COVID-19 itu, mencatatkan masa dua minit dan 0.80 saat (s), bagi memadamkan rekod lama dipegang Alex Lim Keng Liat 2:00.94s yang dicatatkannya ketika memenangi pingat perak di Sukan Asia Bangkok 1998.
Selain itu, catatan masa itu juga membolehkan perenang itu mencatakan masa melepasi Masa Pemilihan Olimpik (OST) 2:01:03s.
"Saya rasa amat gembira sehingga tidak tahu nak kata apa. Saya gembira kerana saya telah mencatatkan masa kelayakan B dalam satu lagi acara dan memecahkan rekod kebangsaan," kata perenang dari Kuala Lumpur kepada Bernama ketika dihubungi.
"Saya tidak rasakan sebarang kelainan untuk berenang sendirian kerana ia acara kuak lentang. Saya tidak dapat lihat apa yang berlaku selain langit ataupun bumbung, jadi saya rasa tiada masalah untuk berenang sendirian. Tidak ada perbezaan jika anda tahu apa yang anda perlu lakukan," katanya.
Esok, Hoe Yean akan meneruskan penyertaannya dalam acara 200m dan 800m gaya bebas.
Semalam, Hoe Yean yang kejohanan kali terakhirnya menyaksikan beliau menang lapan pingat emas di Kejohanan Renang Jemputan Malaysia pada Mac tahun lepas, mengalahkan Welson Sim dan memenangi acara 400m gaya bebas lelaki dengan catatan masa 3:51.56s, satu lagi catatan melepasi OST.
Hanya perenang yang telah mencapai Masa Kelayakan Olimpik (OQT) dalam acara masing-masing sebelum 27 Jun, mengesahkan tempat mereka ke Olimpik. Bagi 200m kuak lentang, OQT bagi acara tersebut ialah 1:57.50s.
Sehingga kini Welson dan Hoe Yean telah melepasi OST bagi acara 400m gaya bebas, manakala Phee Jinq En melepasi masa bagi acara 100m kuak dada wanita.
Perenang juga boleh layak menerusi OST, berdasarkan kepada penyertaan universal, iaitu negara yang tidak mempunyai atlet yang layak ke Olimpik, dibenarkan untuk menyertainya dengan seorang perenang lelaki dan seorang wanita untuk Sukan Olimpik Tokyo.
Sementara itu Welson mengungguli acara 100m kuak kupu-kupu dengan catatan masa 55.38s, mengalahkan Low Zheng Yong (56.90s) dan Jordan Yip (56.94s) di tempat kedua dan ketiga.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 12 2021

Walaupun menjadi satu-satunya peserta acara 200 meter (m) kuak lentang di Terbuka Malaysia ke-63 hari ini, ia tidak melemahkan semangat Khiew Hoe Yean untuk memecahkan rekod kebangsaan berusia 23 tahun. - Foto Sinar Harian

KPDN perketat pemeriksaan harga, usaha tangani pencatutan sempena Ramadan
Ia bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan mencatut atau membuat kenaikan harga yang tidak selaras dengan perundangan pencatutan.

Lantikan pegawai khas untuk lancarkan proses pentadbiran kerajaan - MB Perak
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pelantikan Pegawai Khas Menteri Besar di 26 kawasan yang diwakili pembangkang di negeri itu, bertujuan untuk melancarkan tugas dan tanggungjawab

Kanak-kanak OKU didera: Taska didapati beroperasi tidak ikut peraturan
Pemeriksaan awal mendapati premis terbabit didaftarkan sebagai tadika dan tidak dibenarkan beroperasi sebagai taska serta menerima kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah.
Bazar Ramadan MPAJ bermula 27 Februari
Bazar Ramadan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) akan beroperasi lebih awal iaitu bermula 27 Februari ini.
Ismail Sabri dalam keadaan stabil
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ismail Sabri Yaakob dikejarkan ke pusat perubatan swasta pada tengah malam tadi.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.

Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula - Loke
Loke memaklumkan antara langkah diambil Prasarana bagi mengelakkan kejadian sebegini berulang.

Aksi final Piala Malaysia pada 12 April di SNBJ - MFL
Tarikh ini dipilih selepas mengambil kira kesesuaian kalendar Liga Malaysia dan penglibatan JDT dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), serta ketersediaan venue SNBJ.
AWANI Ringkas: Barangan basah hadapi masalah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Provokasi AS semakin serius di bawah kepimpinan Trump - Pyongyang
Kementerian Pertahanan Korea Utara mendakwa provokasi ketenteraan oleh Amerika Syarikat dan sekutunya semakin serius di bawah pentadbiran Donald Trump.
Dua kanak-kanak Palestin maut ditembak di belakang
Defense for Children menjelaskan kedua-dua kanak-kanak itu disasarkan secara tiba-tiba dan tanpa amaran dari arah belakang oleh tentera zionis yang berada dalam kenderaan berperisai.

Renang: Remaja 14 tahun pecah rekod Para SUKMA
Asyiil Raziin Razman berjaya memecahkan rekod temasya Para Sukan Malaysia (Para SUKMA) Sarawak 2024 pada usia 14 tahun, hari ini.

SUKMA 2024: Andrew dominasi kolam renang dengan lima emas, tiga rekod kebangsaan
Atlet Selangor Andrew Goh mengakhiri aksi renang Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 dengan cemerlang meraih lima pingat emas selain memperbaharui tiga rekod kebangsaan dan lima rekod temasya.

Olimpik Paris 2024: Leon Marchand tambah dua lagi emas
Leon Marchand dari Perancis merangkul dua pingat emas untuk menjadi juara Olimpik berganda dalam satu sesi pada Rabu.

AUG 2024: Malaysia raih dua emas dari kem renang, bola baling
Pingat emas itu hadir menerusi Low Zheng Yong yang menampilkan renangan bertenaga dalam acara 1,500 meter gaya bebas lelaki.

Sukan Olimpik: Hoe Yean, Rouxin peroleh tiket 'wild card' ke Paris
Dua perenang negara Steve Khiew Hoe Yean dan Tan Rouxin menjadi atlet terbaharu negara yang bakal beraksi pada temasya Olimpik Paris 2024.

Dua emas Jayden pastikan dominasi Kuala Lumpur berterusan di Terbuka Malaysia
Jayden meraih emas peribadi pertama apabila mengungguli final acara 400m gaya bebas lelaki selepas mencatat masa tiga minit 55.52 saat.

Renang: Bryan lebur dua rekod kebangsaan miliknya di London
Bryan Leong nyata berada dalam kelas tersendiri apabila berjaya memperbaharui dua rekod kebangsaan miliknya menerusi acara 100 meter (m) kuak kupu-kupu dan 50m gaya bebas di London.

Sukan SEA Kemboja: Khiew Hoe Yean butir pingat emas pertama skuad renang negara
Khiew Hoe Yean membutirkan pingat emas pertama skuad renang negara dalam Sukan SEA Kemboja 2023 apabila mengungguli acara 200 meter gaya bebas lelaki di Pusat Akuatik Morodok Techo, Phnom Penh.

Sukan SEA: Jinq En sumbang pingat tunggal pada hari pertama acara renang
Jinq En menamatkan saingan acara 50 meter (m) kuak dada wanita di tempat ketiga dengan catatan masa 31.94 saat.

Renang: Andrew pecah rekod kebangsaan, tempah tiket Kejohanan Dunia Akuatik 2023
Andrew Goh Zheng Yen mencipta sensasi apabila berjaya memecah rekod kebangsaan acara 50 meter (m) kuak dada lelaki pada Kejohanan Renang Terbuka Malaysia ke-65 di Pusat Akuatik Nasional.