MELAKA: Kelab Bolasepak Melaka United (MUFC) hari ini mengumumkan pelantikan ketua jurulatih baharu Risto Vidakovic yang berasal dari Bosnia dan Herzegovina bagi menggantikan Zainal Abidin Hassan.
MUFC dalam kenyataan hari ini memaklumkan pengalaman luas Vidakovic diharap akan memantapkan persiapan skuad Hang Tuah bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim ini.
"Pengendali berusia 53 tahun itu menyertai Melaka United dari kelab Liga 1 Indonesia, Borneo FC selain pernah membimbing beberapa kelab Eropah dan Asia dan pernah bersama skuad kebangsaan Serbia selaku penolong jurulatih sekitar 2006 hingga 2007.
"Antara kelab yang pernah mendapat khidmat beliau termasuk kelab Sepanyol seperti Murcia, Ecija Cadiz dan Betis B selain pernah membimbing kelab Honduras, Motagua, kelab Filipina, Ceres-Negros, kelab Maldives, Maziya sebelum menyertai Borneo FC," menurut kenyataan itu.
Sepanjang bergelar jurulatih, Vidakovic telah membantu kejuaraan hatrik Ceres-Negros dalam saingan Liga Bola Sepak Filipina pada 2017, 2018 dan 2019 selain membawa Maziya menjuarai Dhivehi Premier League 2020-2021.
Dalam pada itu, MUFC dalam kenyataan berasingan mengesahkan Zainal Abidin tidak lagi menyambung khidmatnya sebagai pengendali musim ini.
Jurulatih berusia 60 tahun itu telah mengemudi pasukan itu selama tiga tahun dan sepanjang membimbing Melaka United, Zainal Abidin telah membawa skuad Sang Kancil berada di pencapaian terbaik setakat ini dalam saingan Liga Super negara iaitu di tempat ke-6 liga pada musim 2019.
Di bawah bimbingannya beliau turut berjaya membawa Melaka United mencipta kejayaan mara ke pusingan separuh akhir Piala Malaysia musim lepas yang menyamai pencapaian pada 38 tahun lepas.
"Kami di Melaka United FC amat menghargai segala yang telah beliau curahkan buat pasukan dan bola sepak negeri Melaka dan mendoakan semoga beliau maju jaya dalam karier kejurulatihan dan dapat terus mencurahkan bakti dalam sukan bola sepak negara.
"Terima kasih Zainal Abidin Hassan, jasa anda akan tetap kami kenang selamanya," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 22 2022

MUFC dalam kenyataan hari ini memaklumkan pengalaman luas Vidakovic diharap akan memantapkan persiapan skuad Hang Tuah bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim ini.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Melaka United tamatkan kontrak Vidakovic, Saric
Dengan penamatan itu, Mohd Asri akan mengambil alih peranan selaku ketua jurulatih interim, dibantu Nazrulerwan Makmor.

Isu tunggakan gaji: Pemain Melaka hilang motivasi
Anak buahnya telah melakukan yang terbaik, tetapi mereka kelihatan tertekan dengan situasi yang menimpa skuad itu.

Vidakovic ganti Zainal Abidin di Melaka United
Pengalaman luas Vidakovic diharap akan memantapkan persiapan skuad Hang Tuah bagi menghadapi saingan Liga-M musim ini.

Risto Vidakovic ketua jurulatih baharu Melaka United
Kelab Bolasepak Melaka United (MUFC) hari ini mengumumkan pelantikan ketua jurulatih baharu Risto Vidakovic yang berasal dari Bosnia dan Herzegovina bagi menggantikan Zainal Abidin Hassan.