PENERJUN negara, Nur Dhabitah Sabri telah menyenaraikan keperluan buat dirinya bagi menggalas cabaran negara memburu pingat emas pertama Malaysia pada Sukan Olimpik Paris 2024.
Menerusi projek Road To Gold (RTG) penerjun berusia 24 tahun berharap dapat memperoleh sistem sokongan yang berkesan dan bersistematik bagi meningkat prestasi seterusnya mampu mempamerkan aksi terbaik pada kejohanan.
“Saya juga sudah berbincang dengan Datuk Pandelela (Rinong) dan senaraikan bentuk sokongan dan bantuan yang kami perlukan.
“Namun saya tidak boleh beritahu semua keperluan itu, sebab belum berjumpa dengan RTG (jawatankuasa),” katanya kepada Sukan Sinar ketika ditemui di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Penerjun kelahiran Kuala Lumpur itu dan Pandelela disenaraikan bersama 11 pemain badminton dan dua pelumba negara sebagai atlet dalam projek RTG baru-baru ini.
Dhabitah memberitahu, keperluan buat dirinya secara umum melibatkan sokongan fisioterapi, perubatan dan kumpulan staf yang boleh bantu tingkatkan prestasinya.
Katanya, teknik biomekanik dan kelengkapan video juga penting buat dia dan Pandelela dalam usaha mereka membaiki segala kelemahan dalam terjunan.
“Keperluan itu untuk bantu tingkatkan prestasi dan buat lebih baik pada hari pertandingan. Rakaman video boleh bantu ketika sesi latihan dan baiki kelemahan. Fisioterapi juga penting,” katanya.
Di sebalik peluang disenaraikan dalam projek tersebut, Dhabitah meluahkan rasa syukur dengan peluang serta kepercayaan yang diberikan dan tekad memberikan yang terbaik.
“Alhamdulillah. Pada mulanya saya sangka nama tak naik, namun syukur ada nama saya dan Pandelela. Saya sebenarnya harap ramai lagi nama atlet terjun boleh naik (disenarai), tapi lebih baik daripada tiada langsung,” katanya.
Menyentuh mengenai permintaan untuk menyertai lebih banyak kejohanan Dhabitah memberitahu, ia bergantung kepada proses pemulihan yang mereka lalui selepas menyertai sesuatu kejohanan.
Tambahnya, skuad terjun akan pergi ke Kanada sebagai persediaan untuk menghadapi Kejohanan Dunia bulan depan.
“Kena fikir hal itu (recover), tak boleh suka-suka hati nak sertai kejohanan macam itu sahaja,” katanya.
Menurut Dhabitah daripada aspek psikologi, dia bersama rakan skuad terjun sudah saling memahami dan membantu antara satu sama lain.
“Tekanan memang ada sebab orang sentiasa tengok (prestasi). Jadi saya kena tunjuk yang terbaik,” katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Apr 15 2023

Nur Dhabitah berkata, keperluan buat dirinya secara umum melibatkan sokongan fisioterapi, perubatan dan kumpulan staf yang boleh membantu meningkatkan prestasinya. - Foto Facebook Nur Dhabitah Sabri
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Olimpik Paris 2024: Dhabitah tak menyesal, anggap masa 'musuh' terbesar
Meskipun keputusan yang diraih tidak seperti yang diharapkannya, tetapi Dhabitah berkata dia itu tidak pernah menyesal.

Nur Dhabitah perlu serlahkan potensi jika mahu bangkit di LA28 - Bryan Nickson Lomas
Persekutuan Renang Malaysia masih lagi menagih khidmat atlet kelahiran Kuala Lumpur itu.

Olimpik Paris 2024: Bryan tak jangka Nur Dhabitah lakukan kesilapan agak besar
Pengarah teknikal skuad terjun negara Bryan Nickson Lomas tidak menyangka penerjun negara Nur Dhabitah Sabri melakukan kesilapan agak besar di pertengahan saingan akhir acara 3 meter (m) papan anjal w

'Belum sedia cabaran Olimpik Paris 2024' - Dhabitah
Penerjun berusia 25 tahun itu mendedahkan bahawa perjalanan beliau ke Sukan Olimpik Paris 2024 jauh daripada lancar.

Olimpik Paris 2024: Kem terjun pulang tangan kosong lagi
Kem terjun negara pulang tangan kosong dari Sukan Olimpik buat kali kedua berturut-turut.

Olimpik Paris 2024: Misi buru pingat tertangguh, Dhabitah raih tempat ke-12
Dhabitah yang bersaing dengan 11 penerjun lain menamatkan saingan di tempat ke-12 pada aksi akhir.

Olimpik Paris 2024: Nur Dhabitah kekal dalam perebutan pingat, Ashley tersasar
Nur Dhabitah Sabri berjaya mengekalkan kedudukan dalam perebutan pingat untuk acara 3 meter papan anjal wanita Sukan Olimpik Paris 2024 dengan mara ke final.

Olimpik Paris 2024: Dhabitah ke final, misi buru pingat acara 3m papan anjal
Keputusan itu menyaksikan Nur Dhabitah menyertai 11 penerjun lain mara ke peringkat perebutan pingat yang dijadualkan berlangsung pada Jumaat.

Olimpik Paris 2024: Dhabitah elak mental 'koyak'
Nur Dhabitah Sabri mempersiapkan mentalnya bagi menghadapi pusingan separuh akhir acara 3 meter papan anjal Sukan Olimpik Paris 2024 yang berlangsung hari ini (4 petang waktu Malaysia).

Cabaran Malaysia kembali hangat di Paris 2024
Cabaran Kontinjen Malaysia pada hari ke-12 Olimpik Paris 2024 kembali hangat dengan atlet negara beraksi dalam empat jenis sukan.