MANCHESTER United sebentar tadi mengumumkan sudah mencapai persetujuan bagi mendapatkan semula khidmat Cristiano Ronaldo daripada Juventus.
Persetujuan itu berlaku selepas 12 tahun beliau meninggalkan Old Trafford untuk ke Real Madrid.
"Manchester United sukacita mengesahkan bahawa kelab sudah mencapai persetujuan dengan Juventus bagi perpindahan Cristiano Ronaldo, ia tertakluk kepada terma peribadi, visa dan laporan perubatan," kata United dalam satu kenyataan.
Kenyataan itu dikeluarkan menerusi laman web rasmi Manchester United.
Sementara itu, Astro ARENA melaporkan, Ronaldo bersetuju kembali menyertai Manchester United selepas memeterai perpindahan bernilai EURO15 juta, dengan tambahan EURO8 juta.
Memetik sumber ESPN, pemain berusia 36 tahun itu dilaporkan bakal menandatangani kontrak dua tahun bersama Old Trafford.
United memuatnaik kolaj Ronaldo ketika dia sebelum ini mewakil kelab itu berserta dengan kata-kata, "Selamat pulang, Cristiano Ronaldo."
Dalam kenyataannya, United berkata, pemenang Ballon d'Or lima kali itu setakat ini telah memenangi 30 gelaran utama sepanjang kariernya.
"Ia termasuk lima gelaran Liga Juara-Juara (UCL), empat Piala Dunia Kelab FIFA , tujuh gelaran liga di England, Sepanyol dan Itali serta Kejuaraan Eropah bersama Portugal.
"Bersama Manchester United, dia menjaringkan 118 gol dalam 292 perlawanan. Semua di kelab berharap dapat menyambut Cristiano kembali ke Manchester," katanya.
Pemain antarabangsa Portugal itu berangkat ke Real Madrid pada 2009 dengan bayaran rekod dunia sebanyak GBP80 juta tetapi kini bakal mengharungi satu kepulangan yang penuh beremosi.
Astro Awani
Fri Aug 27 2021

Manchester United mengumumkan sudah mencapai persetujuan bagi mendapatkan semula khidmat Cristiano Ronaldo daripada Juventus. - Gambar fail/ Stadium Astro

Malaysia selaku Pengerusi ASEAN utamakan usaha damai di selatan Thailand - Thaksin
Thaksin berkata lawatannya ke selatan Thailand susulan perbincangan beliau dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini.

Polis buka 15 kertas siasatan penipuan pelaburan saham didalangi 'Datuk'
Dalam tempoh 19 Jan hingga Khamis lepas, pihaknya menerima 32 laporan membabitkan kes berkenaan yang melibatkan sebuah syarikat dengan kerugian lebih RM1.3 juta.
Penindasan etnik Rohingya ujian kredibiliti ASEAN
Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini, peranan Malaysia datang dengan harapan dan jangkaan yang tinggi dalam mencari penyelesaian kepada krisis tersebut.

KKM sedia bekerjasama tangani peningkatan CKD
KKM alu-alukan pandangan semua pihak sama ada NGO, swasta mahupun agensi kerajaan berkaitan untuk menghasilkan inisiatif yang berkesan.
Kerajaan tidak campur urusan penguatkuasa
Anwar menegaskan kerajaan tidak mencampuri urusan badan penguat kuasa dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak.

Ismail Sabri masih perlu pemantauan rapi doktor
Ismail Sabri dilaporkan telah sedar sepenuhnya petang semalam namun masih memerlukan pemerhatian rapi daripada doktor.
Australia umum USD5.4 bilion untuk Medicare
Perdana Menteri Australia Anthony Albanese mengumumkan suntikan dana tambahan bernilai USD5.4 bilion bagi memperkukuh sistem penjagaan kesihatan negara, dengan tujuan menampung lebih banyak kos lawatan ke doktor, lapor Xinhua.
![[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia [KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71740286728_Renewableenergy.jpg)
[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia
Malaysia telah mencapai 28 peratus dalam campuran bahan api setakat Oktober 2024.
Lebih 18,000 orang berhimpun di Istana Maharaja Jepun raikan hari keputeraan
Lebih 18,000 orang berhimpun dalam cuaca sejuk di Istana Maharaja Jepun bagi meraikan hari keputeraan Maharaja Naruhito.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
FAMA membawa masuk sejumlah 640 metrik tan kelapa dengan peningkatan 30 peratus yang diimport termasuk dari Indonesia.

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.

Manchester United ada lebih banyak masalah daripada penyelesaian - Amorim bakal angkat kaki?
Amorim hanya dapat mengumpulkan 14 mata daripada 14 penampilannya sebagai pengurus United setakat ini.

'Tidur' punca United tumbang di Tottenham
Menurut Owen, Maddison ada banyak masa untuk menolak lantunan bagi jaringan kemenangan Tottenham kerana pertahanan United disifatkannya tidur.

EPL: Tugas saya di Manchester United sangat sukar - Ruben Amorim
United kini tewas 12 daripada 25 aksi EPL musim ini dan merupakan kekalahan terbanyak mereka dalam kempen liga sejak 1973/74.

EPL: Gol tunggal James Maddison hukum Manchester United
Jaringan tunggal dihadiahkan oleh James Maddison pada minit ke-13 selepas menolak masuk bola yang ditepis Andre Onana.

Pemilik Manchester United disaman New Zealand Rugby
All Blacks menuduh gergasi petrokimia itu enggan membayar ansuran bagi perjanjian enam tahun dan cuba 'berhenti tiga tahun lebih awal'.

Piala FA: Harry Maguire wira kemenangan dramatik Manchester United
Maguire menjaringkan gol kontroversi melalui tandukannya dalam waktu kecederaan.

Martinez mungkin terlepas baki saingan musim ini
Pemain Argentina itu mengalami kecederaan ketika perlawanan menentang Crystal Palace di Stadium Old Trafford pada Ahad lalu.

Tidak masuk akal - Cristiano Ronaldo nafi spekulasi kembali ke pangkuan Sporting
Cristiano Ronaldo menafikan spekulasi kepulangannya ke Sporting CP dengan berkata adalah tidak masuk akal untuk dia kembali ke kelab zaman remajanya itu.

Saya pemain paling lengkap, terbaik dalam sejarah - Cristiano Ronaldo
Cristiano Ronaldo percaya dirinya merupakan pemain bola sepak terhebat dengan menegaskan dia telah melakukan sesuatu yang tidak pernah dilakukan oleh pemain lain.