KUALA LUMPUR: Orang ramai tidak melepaskan peluang untuk menjadikan rumput dari padang Stadium Nasional Bukit Jalil sebagai tanda mata kenangan di padang bola dan halaman rumah masing-masing.
Tindakan itu susulan Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) memberi kebenaran kepada mana-mana pihak yang berminat, untuk membawa pulang rumput jenis cow grass itu secara percuma pada hari ini.
Rumput di venue keramat pasukan bola sepak kebangsaan itu juga, ialah venue skuad Harimau Malaya meraih kejayaan layak ke Piala Asia 2023 secara merit mengakhiri penantian lebih empat dekad pada Jun tahun lepas, selain pelbagai acara sukan dan hiburan lain.
Petak rumput berukuran 1x1 kaki ditawarkan kepada rakyat sempena kerja-kerja penggantian rumput kepada jenis zeon zoysia yang dijangka bermula esok (1 April) dan sempena ulang tahun ke-25 Bandar Sukan Kuala Lumpur (KLSC).
Ketika tinjauan Bernama pagi tadi, para peminat bola sepak dan orang ramai tidak mahu melepaskan peluang keemasan itu, apatah lagi apabila ia merupakan rumput yang sama skuad Harimau Malaya beraksi sejak 2015.
Seorang peminat yang hadir, Erik Tan, 47, berkata beliau mahu menyimpan rumput berkenaan sebagai kenangan dengan menanamnya di halaman rumah.
"Rumput ini merupakan rumput yang pasukan kita main pelbagai kejohanan dan melayakkan diri ke Piala Asia, selain (upacara perasmian dan olahraga) Sukan SEA juga diadakan di sini.
"Saya mahu membawanya balik, pecah-pecahkan dan tanam di halaman rumah .... Nanti boleh beritahu anak-anak inilah rumput yang pasukan kita pernah main dulu di Stadium Nasional," katanya.
Malaysia menamatkan penantian lebih empat dekad untuk ke Piala Asia selepas meraih tempat kedua dalam Kumpulan E pusingan terakhir Kelayakan Piala Asia 2023 di Stadium Nasional pada Jun 2022.
Kali terakhir Malaysia membuat penampilan di Piala Asia adalah pada edisi 2007 ketika menjadi tuan rumah bersama, namun kali terakhir layak secara merit adalah pada edisi 1980 di Kuwait.
Sementara itu, rumput berkenaan juga akan memanfaatkan pelatih (bekas penagih) untuk aktiviti sukan dan riadah di padang Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Sungai Besi.
Pegawai Pemulihan dari pusat itu, Wan Donne Khalid Wan Abdullah, 45, yang hadir bersama rakan setugasnya, merakamkan penghargaan kepada PSM kerana kos bagi satu petak rumput 1x1 kaki adalah lebih kurang RM4 hingga RM5.
"Kita memang ada aktiviti sukan dan riadah hampir setiap petang, seperti bola sepak. Rumput ini dapat membantu kita menggantikan sedikit sebanyak bahagian padang yang rosak.
"Aktiviti sukan merupakan satu daripada terapi penting kerana sebelum ini mereka mengambil dadah di luar, jarang bersukan. Apabila masuk dalam pusat pemulihan, kita menjadikan aktiviti sukan dan riadah sebagai satu daripada komponen penting untuk gaya hidup sihat," katanya.
Stadium Nasional sebelum ini pernah menggunakan rumput jenis Bermuda Greenless Park bermula 1998-2005, Marimo Seashore Paspalum bersama Zoysia Material (2005-2013), dan Bermuda Mountain Green bersama Princess (2013-2015).
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 31 2023
Notis pemberitahuan yang membolehkan orang ramai mengambil rumput padang Stadium Nasional yang dibuka sehingga petang ini sebelum kerja-kerja memasang rumput baharu. - Foto BERNAMA
Thailand kemas kini program visa jangka panjang untuk tarik bakat asing
Perubahan yang diluluskan Kabinet itu termasuk peluasan sektor sasaran bagi profesional berkemahiran tinggi kepada pelbagai bidang bukan STEM.
Eksklusif! Joe Hart bakal tiba di Malaysia
Joe Hart bakal ke Malaysia dan secara eksklusif akan dibawakan menerusi Nadi Arena Jumaat ini.
CPTPP saluran kritikal kembang pelaburan, perdagangan antara Malaysia, UK - PM Anwar
Anwar berkata ini dapat dilaksanakan susulan daripada langkah kedua-dua negara menyertai perjanjian tersebut.
Malaysia perkasa syarikat pemula, pacu penyelesaian inovatif - Chang
Malaysia akan berusaha memperkasakan syarikat pemula dengan memudahkan kerjasama dan menggalakkan penyelesaian inovatif yang lebih komersial.
Thailand sokong Malaysia sebagai tuan rumah AIPA ke-46 - Johari
Perhimpunan Agung Antara Parlimen ASEAN (AIPA) ke-46 yang bakal dianjurkan di Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia telah mendapat sokongan yang amat baik dari Thailand.
Malaysia sasar perkukuh hubungan digital pada Mesyuarat Menteri Digital ASEAN di Bangkok
Malaysia menyasar untuk memperkukuh hubungan digital pada Mesyuarat Menteri Digital ASEAN (ADGMIN) kelima yang akan berlangsung dari 15 hingga 17 Jan, 2025 di Bangkok, Thailand.
Malaysia perlu rebut peluang peluang perdagangan luar untuk imbangi halangan perdagangan AS
Malaysia perlu mempelbagai rakan dagangan dan tidak bergantung sepenuhnya kepada sumber perdagangan tunggal, untuk mengukuhkan ekonominya.
Singapura perkenal kod amalan untuk aplikasi bagi meningkatkan keselamatan dalam talian
Kategori kandungan berbahaya yang dikenal pasti termasuk kandungan seksual, keganasan, bunuh diri dan mencederakan diri.
Tidak 'janji bulan bintang' MTBC usaha beri penghargaan sewajarnya
Mohd Najeeb menegaskan beliau sentiasa percaya terhadap kemampuan pemain terutama dengan jadual padat menanti mereka sepanjang tahun ini.
Perjanjian Gencatan senjata di Gaza dimeterai, mula Ahad ini
Rundingan gencatan senjata telah mencapai persetujuan berperingkat pada Rabu untuk menamatkan perang di Gaza antara Israel dan Hamas.
Rumput percuma Stadium Nasional Bukit Jalil jadi kenangan berharga
Orang ramai tidak melepaskan peluang untuk menjadikan rumput dari padang Stadium Nasional Bukit Jalil sebagai tanda mata kenangan di padang bola dan halaman rumah masing-masing.