KUALA LUMPUR: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) akan memperketatkan kawalan masuk ke stadium sebagai mengambil iktibar daripada insiden rusuhan di Indonesia malam tadi.
Setiausaha Agung FAM Noor Azman Rahman berkata walaupun Malaysia mempunyai kawalan keselamatan yang baik di stadium, langkah berjaga-jaga perlu bagi mengelakkan insiden di Stadium Kanjuruhan, Malang, Jawa Timur yang meragut ratusan nyawa itu, daripada berlaku di negara ini.
Selain itu, beliau berkata FAM turut akan meneliti semula prosedur operasi standard (SOP) kemasukan penyokong ke dalam stadium.
"Memang kami di pihak persatuan (FAM) dan jawatankuasa keselamatan sentiasa berhati-hati. Saya sendiri yakin dengan jawatankuasa keselamatan FAM di bawah Datuk Seri Hazani Ghazali melaksanakan tugas mereka selama ini," katanya ketika dihubungi Bernama.
Menurut laporan media, insiden di Stadium Kanjuruhan itu tercetus apabila penyokong Arema FC merusuh selepas pasukan mereka tewas 3-2 ke atas Persebaya Surabaya dan setakat ini dilaporkan 129 maut manakala 180 lagi cedera.
[LAPOR LANGSUNG] Rusuhan perlawanan bola sepak Stadium Kanjuruhan: Angka korban dikhuatiri meningkat
Noor Azman pada masa sama berkata insiden di negara jiran itu perlu dijadikan pengajaran buat penyokong bola sepak tanah air supaya sentiasa menunjukkan semangat kesukanan tinggi, selain perlu bersikap terbuka ketika hadir menyaksikan sebarang perlawanan.
Dalam pada itu, beliau berkata FAM turut berdukacita dan mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa yang terkorban dalam tragedi tersebut.
"Kami amat bersimpati dengan apa yang berlaku di Malang semalam dan dengan semangat setiakawan sebagai negara serumpun saya mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa yang terlibat dengan tragedi itu," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 02 2022

FAM berkata, insiden di negara jiran itu perlu dijadikan pengajaran buat penyokong bola sepak tanah air. - Gambar/ Reuters

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Indonesia adakan perlawanan semula antara kelab terlibat rempuhan maut tanpa penonton
Perlawanan antara Persebaya dan Arema FC dilaksanakan tanpa penonton mengikut permit yang dikeluarkan polis.
![[LAPOR LANGSUNG] Rusuhan Stadium Kanjuruhan kejadian kedua terburuk dalam sejarah dunia [LAPOR LANGSUNG] Rusuhan Stadium Kanjuruhan kejadian kedua terburuk dalam sejarah dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/71664768781_AremaFCsupporters.jpg)
[LAPOR LANGSUNG] Rusuhan Stadium Kanjuruhan kejadian kedua terburuk dalam sejarah dunia
Portal berita Indonesia, melaporkan sekurang-kurangnya dua daripada mangsa yang terbunuh terdiri daripada anggota polis tempatan.

Rusuhan Stadium Kanjuruhan: Malaysia sedia hulur bantuan - Ahmad Faizal
Ini kerana Indonesia bukan sekadar negara jiran kepada Malaysia bahkan merupakan sahabat serta saudara serumpun.

Tingkat prosedur kawalan orang ramai di venue sukan - Ti
Selain mengharapkan penyokong dapat mengawal emosi, anggota penguat kuasa yang bertugas juga perlu bijak mengawal keadaan dan provokasi.

Rusuhan Stadium Kanjuruhan: Malaysia ambil iktibar - Faizal Azumu
Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu juga akan berhubung dengan rakan sejawatan di negara itu bagi menawarkan bantuan.

Rusuhan Stadium Kanjuruhan: Anak tunggal jadi yatim piatu sekelip mata
Pasangan suami isteri, M Yulianton dan Devi Ratna antara mangsa yang terkorban dalam dalam rusuhan penyokong ketika aksi Liga 1 Indonesia antara Arema FC dan Persebaya Surabaya di Stadium Kanjuruhan.